Friday, April 30, 2010

gambar ngeri kejadian bunuh diri


selama nie aku hanya membaca kejadian bunuh diri yang semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat kita sekarang....

tapi semalam....satu kejadian ngeri telah berlaku di kawasan berhampiran tempat tinggal ku pula....siap masuk surat khabar Sinar Harian lagi hari ini.....

kisah nye begini....

ada seorang individu yang dulu nye cukup cemerlang terutamanya dalam akademik....belajar sehingga luar negara dan telah menjadi kebanggaan keluarga nya....

tetapi hanya disebabkan 'makwe' nye meninggalkan dia begitu sahaja....dia telah mengalami kemurungan yang amat dasyat sehingga fikiran nya bercelaru....kadangkala perbuatan nya membimbangkan masyarakat setempat...takut jika dia akan melakukan perkara yang tidak diingini....

walau pun dia menghadapi situasi sebegitu....sikap nya juga ada kala nya 'ok'....dan dia juga tidak mencederakan orang disekelilingnya.....

lebih menyedihkan....sebelum dia melakukan 'perbuatannya' itu....dia sempat ke rumah makcik yang menjual nasi lemak untuk membayar hutang nasi lemak yang dibelinya....


aku bersimpati dengan keluarga beliau....mungkin ini dikatakan takdir....dan kita seharusnya menerima dengan rasa keinsafan dan teladan.....

aku harap...budaya membunuh diri ini hendaklah dihapuskan sama sekali....dalam agama kita pun 'AGAMA ISLAM' melarang sama sekali perbuatan ini....

marilah kita sama-sama tegur menegur dan terima sebarang teguran tu dengan seikhlas hati kita agar ia nya tidak menjadi dendam dan seterusnya mewujudkan rasa marah yang mendalam....

kerana ia nya mungkin akan memberi kesan yang kita sendiri tidak akan ketahui....

renung-renungkan...

By hAng keBun with 3 comments

Wednesday, April 28, 2010

Kisah RM8@7@6


dulu aku ade gak terlibat aktif dengan dunia kawalan keselamatan statik dan 'arm gun'....banyak pengalaman yang aku perolehi dalam memastikan sesuatu tempat pelanggan tu dikawal mengikut kehendak pelanggan....

biasa la kena ikut cakap pelanggan sebab mereka yang bayar perkhidmatan kita tuuuu...

jadi....delima syarikat keselamatan dari dulu hingga la sekarang ialah dalam meletakkan harga kepada bakal pelanggan terutamanya dalam sektor swasta....

alasan yang selalu diberi ialah "bajet kurang la" atau "itu jer la harga yang mampu kami bayar"....

aku mengalu-alu kan sangat dengan keperihatinan pihak kerajaan dalam menangani isu gaji pengawal keselamatan nie terutamanya dalam gerakan untuk mengurangkan tenaga kerja luar dan memberi ransangan kepada orang tempatan terutamanya anggota RELA......

pandangan aku....jika harga yang dikuat kuasa kan tu dapat memberi semangat kepada pengawal keselamatan....pihak kerajaan juga harus memberi arahan dan penguatkuasaan jika mana-mana syarikat yang ingkar dengan harga tersebut boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya....

manakala pihak syarikat kawalan keselamatan pula mesti memastikan mutu serta kecekapan pengawalnya hendaklah dipertingkatkan.....

jangan pula ada alasan lagi dengan meletakkan pengawal keselamatan yang sudah tak "bermaya" lagi....


keratan akhbar pilihan; Utusan Malaysia 28/4/10

Gaji pengawal tetap naik

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.

"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di sini malam tadi.

Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.

Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

“Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja,” katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

“Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

“Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan,” katanya.

By hAng keBun with No comments

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009


aku mengucapkan tahniah kepada Azizul- hasni Awang dan Datuk Nicol Ann David dalam merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati kebangsaan bagi tahun 2009....

mereka berdua nie patut menjadi contoh dan teladan para remaja mengikuti bagaimana cara untuk menjadi individu yang cemerlang kepada diri sendiri dan akhir nya memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara....

kalau kita tidak berjaya di dalam bidang sukan...kita akan berjaya di dalam sesuatu bidang jika kita mengambil perhatian yang lebih 'serius' serta fokus...insyallah

ingat la...setiap individu itu ada kelebihan dan kelemahan....kita sahaja yang akan menentukan hala tuju diri kita sendiri jika kita hendak berjaya dalam hidup....orang di sekeliling kita hanya memberi dorongan dan sokongan ke atas apa yang kita lakukan....

keratan akhbar pilihan :Sinar harian 28/4/10

Azizulhasni, Nicol terbaik 2009

KUALA LUMPUR - Jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009 pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) yang berlangsung malam tadi.

Azizul menewaskan pencabar utama, yang juga pemenang tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei manakala Nicol masih mengekalkan gelaran buat kali ketujuh dalam tempoh sepuluh tahun.

Pencapaiaan cemerlang Azizul tahun lalu berjaya menarik minat pihak Jawatankuasa Pemilihan ASN yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Yassin Mohd Salleh yang bermesyuarat pada 12 April lalu.

Dikenali sebagai ‘The Pocket Rocket Man’, Azizul berjaya menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia menjadikan dia antara pilihan utama untuk meraih gelaran ini.

Kejayaan Nicol mengekalkan kedudukan nombor satu dunia serta mencapai kejayaan terbaik sepanjang 2009 memang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila muncul juara dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk juara Terbuka Texas (Mei), Terbuka Seoul (Jun), Terbuka Malaysia CIMB, Kuala Lumpur (Julai), Skuasy Wanita Singapura, Singapura (Ogos) serta Terbuka Dunia Forex (Sept).

Dengan kemenangan itu, Azizul dan Nicol merangkul hadiah wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang.

Sementara itu, gelaran Pasukan Wanita Kebangsaan dinobatkan kepada pasangan akuatik negara, Leong Mun Ye dan Pandelela Rinong menerusi acara terjun.

Anugerah yang diberikan kepada Mun Yee dan Pandelela berdasarkan kejayaan tahun lalu termasuk mencipta sejarah akuatik negara apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Fina selain turut memenangi pingat emas pada Sukan Mini Olimpik dan beberapa kejohanan yang lain.


Skuad bola sepak negara berjaya merangkul gelaran Pasukan Lelaki Kebangsaan hasil kejayaan meraih pingat emas Sukan Sea di Laos tahun lalu dan menamatkan kemarau pingat emas hampir 20 tahun.

Kedua-dua pemenang Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan, masing-masing menerima RM10,000.

Selain itu, Mohamad Salam Sidik (memanah) turut meraih apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan apabila mencipta rekod cemerlangnya tahun lalu dengan menduduki ranking pertama dunia setelah meraih pingat emas pada Kejuaraan Memanah Dunia IPC, manakala gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan diraih oleh Norhayati Sanoh dari acara boling padang dengan merangkul pingat emas dan perak pada Kejohanan Boling Padang Dunia (Orang Buta).

Mohamad Salam dan Norhayati masing-masing menerima wang tunai RM10,000.

Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan dinobatkan kepada K Rajagobal (bola sepak) dan Yoong Thong Foong (wushu), manakala anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan tiada pemenang.

Anugerah Kepimpinan Kebangsaan diberikan kepada mendiang Edmund Yong Joo Hong (golf), manakala Amugerah Khas Dr Ponniyah Thulukanam dari sukan karate.

Tiada pemenang bagi Anugerah Tokoh Sukan.

By hAng keBun with No comments

Tuesday, April 27, 2010

jangan bertanya jika tak tau...


aku cukup bengkak bila ada pihak yang sebenar nya tak berapa faham mengenai sesuatu perkara tetapi tetap mahu juga membuat pertikaian seolah-olah pihak tersebut dah 'expert' dalam perkara tuuuuu...

atau pihak tu faham tetapi buat-buat tak faham serta menidakkan sesuatu tu ada kebaikkan dan kelebihan yang tak mahu digunakan demi kebaikkan semua...

kita seharusnya memahami dulu apa sahaja situasi sebelum kita hendak mengajukan sebarang soalan bagi menunjukkan kita faham sesuatu perkara yang hendak kita pertikai atau persoalkan...

jangan mengambil 'serangkap jarang' atau membuta tuli kerana akhirnya memberi kesan negatif terhadap pihak yang lain pulak....

By hAng keBun with 4 comments

Monday, April 26, 2010

semangat cam nie la kita hendak



TEKA-teki mengenai senarai pemain yang bakal membarisi skuad Piala Thomas dan Uber negara akhirnya terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkannya semalam.


Kami sedia rampas

PORT DICKSON - Semua pemain badminton negara yang bakal beraksi pada kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber bulan depan kini cukup bersedia untuk menghadapi kejohanan berprestij itu, kata Ketua Jurulatih badminton negara, Rashid Sidek.

Beliau berkata, pemain yang tersenarai adalah pemain terbaik dan mampu menggalas cabaran pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, bermula 9 Mei ini.:

“Secara keseluruhannya, daripada segi fizikal dan mental saya dapati mereka telah bersedia untuk menghadapi kejohanan itu. Semua program memang sudah disusun dan kita telah membuat persediaan terbaik,” katanya selepas majlis penutup kem bina semangat Piala Thomas/Uber oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Bayu Beach Resort, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan pengurus pasukan Datuk Sayed Abu Bakar.:

Rashid berkata, melalui kem tiga hari itu, secara mental pemain sudah bertambah yakin manakala semangat berpasukan pun sudah bertambah bagus.

“Begitu juga kerjasama di antara jurulatih dan pemain didapati mantap dan saya berharap perkara ini akan terus berkekalan sehingga ke pertandingan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata, semua pemain yang dipilih mampu menggalas cabaran sekali gus membawa pulang Piala Thomas dan memberi saingan dalam Piala Uber.

“Sebenarnya sukar untuk membuat keputusan kerana mereka yang terpilih adalah terbaik antara yang terbaik untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan itu nanti,’’ katanya.

Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2010 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei ini.



(antara petikan akhbar Kosmo & Sinar Harian-26/4/2010)



*aku mendoakan semoga berjaya......

By hAng keBun with No comments

Sunday, April 25, 2010

BN

aku nak ucapkan tahniah kepada calon yang menang.....moga apa yang telah dijanjikan hendaklah dilaksanakan dengan bijaksana....kepada yang tidak mendapat tempat....jangan putus asa dan membuat pelbagai cerita yang tidak sepatutnya....dalam situasi ini ada yang menang dan ada yang kalah...


BN rampas Parlimen Hulu Selangor
Oleh Zainudin Isa, Wan Hazmir Bakar dan Zef Othman

2010/04/25

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi.






Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.

1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)

Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177

Majoriti/Majority: 198

By hAng keBun with 2 comments

Saturday, April 24, 2010

BN@PKR???




Besok merupakan hari penentuan bagi kawasan Hulu Selangor.....sama ada BN@PKR yang akan dipilih menjadi "wakil kepada rakyat" bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan tersebut....

Aku berharap bagi parti yang menang teruskan agenda-agenda yang telah diwar-warkan kepada penduduk kawasan tersebut......

Bagi yang tidak terpilih....jangan putus asa....jika perjuangan kalian ikhlas dari hati...insyallah....kejayaan pasti mari!!!! jangan pulak menarik balik benda-benda yang telah ditaburkan sebelum ini....nanti apa kata 'survey'.....

Kepada pengundi yang akan mengundi besok....renung-renung kan....


"SEMOGA BERJAYA!!!!"


artikel pilihan ku hari ini (Sinar Harian-24/4/2010)

YB berjanji, rakyat belum tentu undi - SRI DIAH
Musim berjanji datang lagi! Kali ini kawasan `rumah hinggap’ saya di Hulu Selangor menjadi tumpuan seluruh penggiat politik apabila pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandang sebelum ini Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu. 'Si Kamal, Alan atau Nathan’ dari Barisan Nasional (BN) akan bertembung satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim setelah dua calon bebas sebelum ini menarik diri atas sebab-sebab yang masing-masing telah dinyatakan sebelum ini. Eloklah. Minggu lalu sewaktu 'berhinggap’ seketika di Bukit Beruntung 3 (BB3) telah disaksikan pelbagai aktiviti yang rancak, menarik dan membangkitkan rasa geram. Ketika itu aktiviti memasang sepanduk, kain rentang, banner, belon besar, pintu gerbang bagaikan satu pesta. Bayangkan satu lori penuh dengan alat kempen. Dalam lori itu ada bendera BN, ada bendera PKR, ada lambang roket, ada lambang dacing dan juga ada logo bulan purnama. Besar kontrak yang mereka dapat. Semuanya disapu bersih tidak kira parti dan ideologi. Apa yang penting 'fulus masyuk’. Bilakah erti pembangunan akan singgah di BB3 dan sekitarnya seperti di Bukit Sentosa, di Prima Beruntung, di Taman Bunga Raya dan kawasan sekitarnya? Ia adalah satu perbandaran yang luas namun segalanya telah musnah. Ia bagai kota mati! Dan, janji terus ditabur biarpun sudah berapa ramai yang menjadi susah, diburu ah long, diburu hutang bank dan hidup dalam kesempitan angkara satu kawasan perumahan yang indah khabar dari rupa. Satu demi satu rumah roboh dimakan anai-anai, rosak dimakan masa, usang disimbah matahari dan bocor disimbah hujan. Kini muka baru, P Kamalanathan sekali lagi mengulangi janji serupa oleh Datuk G Palanivel dan juga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad dan janji muka lama tapi baru, Datuk Zaid Ibrahim. Apakah kami di Hulu Selangor ini hanya layak untuk menerima janji demi janji sahaja? Ramai yang berkata, suara rakyat suara keramat. Kalau betullah, harap sangat supaya ia betul-betul menjadi keramat. Keramat yang akan meluluhkan jasad yang berbuat janji, tetapi kemudian melupakannya. Keramat yang akan melaknat sesiapa sahaja yang pandai berjanji tetapi itu hanya dusta semata. Saya paling kecewa apabila rakyat (belum tentu mengundi) digula-gulakan dengan aneka jamuan dan ang pau. Ada sepanduk dan kain rentang yang mengajak rakyat datang mendengar ceramah, kononnya dapat berjumpa sendiri dengan pemimpin dan yang paling dahsyat dipermainkan dengan makluman bahawa jamuan sate disediakan selepas majlis! Hey� rakyat tidak 'hadap’ dengan jamuan. Rakyat tidak lapar dengan hidangan sate! Jika awal-awal rancangan lagi sudah terpesong, saya tak jangka yang datang itu betul-betul mahu mendengar ceramah. Mungkin ramai yang datang itu kerana mahu sate sahaja! Ia samalah juga dengan tarikan supaya majlis disertai ramai wartawan. Penganjur dengan tidak segan silunya berjanji pada kad jemputan – hadiah istimewa disediakan! Wartawan tetaplah tugasnya melaporkan, tidak kira ada hadiah atau tidak. Balik ke pejabat mesti ada berita dibawa pulang. Bos yang rasional pun tidak fikir tulisan itu bagus atau tidak semata-mata kerana wartawan itu sudah mendapat hadiah door gift. Kini keputusan menentukan membangun atau tidak kawasan di Hulu Selangor terletak pada lebih 60,000 pengundi. Saya harap pakcik yang menjual apam balik garing dan sedap di Pasar Kuala Kubu atau penjual Mi Kari Kak Kiah di Jalan Pahang di tengah pekan Kuala Kubu itu dapat membuat pilihan yang tepat. Saya juga berharap 'rumah hinggap’ saya di hari tua nanti di BB3 akan menjadi lebih nyaman dan lebih selesa dalam beberapa tahun mendatang ini. Sambil telinga ini syahdu mendengar suara azan dan mata pula di hala memandang ke arah surah Al Hidayah yang tersergam indah betul-betul berhadapan halaman rumah, saya tentunya gembira memetik ciku, mangga atau jambu air yang lebat berbuah. Semua ini pasti akan menjadi kenyataan jika janji tidak hanya tinggal janji!

By hAng keBun with No comments

Friday, April 23, 2010

kenangan 17 tahun lalu....




Selepas hampir 17 tahun tidak bersatu di atas pentas berskala besar Konsert Double Trouble 2 (DT2) yang akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, pada 1 Mei ini dilihat sebagai medan terbaru Search dan Wings membuktikan mereka masih unggul.

Pada aku kedua-dua kumpulan ni masih mengekalkan prestasi masing-masing walaupun dah lama tak 'perform' untuk konsert sebesar ni......

Teringat aku pada tahun 1993....time tu aku tengah kerja kilang buat 'spare part' kereta proton...rutin aku pada masa tu pergi kerja balik kerja sama ada syif 800pg-800mlm@800mlm-800pg...

Antara lagu yang paling 'ngetop' pada masa tu ialah GEMURUH....siap beli kaset punyer lah nak dengar tiap kali nak pergi dan balik dari kerja.....memang best...rasa pada waktu itu aku la awie...hahahaahaha

Apa pun 'all the best' kepada ke dua-dua kumpulan Search dan Wings.....aku menumpang bangga kalian masih bertahan hingga sekarang dan membuktikan semangat berkumpulan...



GEMURUH

Di dalam gerimis penuh rahmat
Dia tersentuh
Cendawan akrab
Sesegar pagi
Nan permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambakan
Cinta sempurna
Dari jiwa bakal surinya

Di dalam kelambu mendung ungu
Dia kesali
Hilang kayangan
Pedoman
Ikhtiar dan arah
Persis si buta mengangankan
Hidup sederhana
Menjamahi hari hari
Mimpi mimpinya

* Sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan menelan sisa
Pahit maung madah pujangga

** Terbukti kasih
Yang hanya serampang berbisa
Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

*** Tak tersedar
Menyeresapi ke pusar ke insanan
Membibitkan
Titis titis sepekat warna darah dan dosa
Tak tersedar
Menyeresapi ke pusar ke insanan
Membibitkan
Titis titis sepekat warna darah dan dosa…

Lagu: M. Nasir
Lirik: Nurbisa



By hAng keBun with 1 comment

Thursday, April 22, 2010

kempen anti dadah d bawah ngo


aku baru jer balik daripada kawasan hulu selangor....kawan-kawan cakap aku tengah berkempen sama dalam pilihan raya yang sedang hangat sekarang nie....

berkempen tu BETUL la....tapi KEMPEN ANTI DADAH PIMPINAN AKAR UMBI & MASYARAKAT BERSAMA MEMBENTERAS NAJIS DADAH 2010

aku turut bersama-sama dalam menjayakan kempen ini kerana rasa nya hanya ini sahaja cara aku untuk berbakti kepada anak bangsa menjadi insan yang sayang pada diri sendiri dan juga keluarga....

penglibatan aku yang mewakili KPPMS & KDMB turut disertai semua NGO yang berdaftar d negeri selangor khusus nyer kerana program ini akan diteruskan di setiap sekolah dan masyarakat setempat bagi menerangkan kempen tersebut......

semoga hasrat murni ini yang diketuai oleh Ybhg. Hj. Dato' Mat Yasir Ikhsan dan pemimpin-pemimpin ngo yang lain termasuk KPPMS & KDMB akan dipermudahkan serta mendapat sokongan semua lapisan masyarakat juga "pemimpin masyarakat".....




By hAng keBun with No comments

Sunday, April 18, 2010

kekuasaan Allah


ASAP hitam berkepul-kepul naik ke udara kesan daripada gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland, kelmarin. Letusan kedua ini memaksa banyak penerbangan di Eropah terpaksa dibatalkan. - AP


MASYA ALLAH.....bile direnung lama-lama gambar nie...apa yang kita fikirkan????

sekarang nie pun pelbagai bencana dan wabak mula berlaku di negara kita pula....

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dan daripada kehidupan dunia, sedang mereka lalai tentang (kehidupan) akhirat.” (Ar-Rum: 7)

Demikian juga dalam memerhatikan dan memahami ayat-ayat Allah, seandainya mereka melihat ayat-ayat tersebut dengan pandangan mata atau dengan pelbagai aneka fenomena, tetap tidak dapat meletakkan atau memanfaatkannya sebagai bukti keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Malah ia juga tidak dapat membawanya memahami makna hidup dan fungsi serta peranan manusia di pentas dunia ini. Boleh jadi mereka melihatnya sebagai satu perbuatan sihir atau mitos atau boleh jadi juga mereka melihatnya semata-mata sebagai fenomena alam dan tidak mengaitkannya sedikit pun dengan Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud: “Aku akan memalingkan hati orang-orang yang sombong dan takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar daripada memahami ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan Kekuasaan-Ku); “Dan mereka yang bersifat demikian jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepada-Nya, dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripada-Nya.” (al-Araaf: 146)

Jadi, apakah kaitan antara kederhakaan manusia kepada Allah seperti kekufuran dengan bencana alam? Di dalam al-Quran sendiri banyak menyentuh hal sedemikian. Hanya manusia seringkali alpa menemukan makna antara yang makruf dengan yang mungkar.

Dosa dan keingkaran yang dilakukan manusia mengakibatkan gangguan terhadap keseimbangan di darat, di laut dan udara. Ketiadaan keseimbangan itu, mengakibatkan bencana bagi makhluk yang hidup termasuk manusia. Semakin banyak pengurusan terhadap persekitarannya, semakin besar pula kesan keburukanya. Semakin banyak serta bermacam-ragam dosa manusia, semakin parah pula kerosakan persekitarannya. Hakikat ini merupakan kenyataan yang tidak dapat ditolak, apabila kita mengaitkannya dengan fenomena yang melanda manusia akhir-akhir ini. Demikianlah Allah s.w.t menciptakan semua makhluk, saling kait-berkait. Dalam kaitannya yang harmonis, lahir keserasian dan keseimbangan daripada yang terkecil hingga yang terbesar, dan semuanya tunduk dalam pengaturan Allah s.w.t Yang Maha Agung.

Apabila terjadi gangguan pada keharmonian dan keseimbangan itu, maka kerosakan tidak dapat dielak, dan ini memberi kesan kepada seluruh bahagian alam, termasuk manusia.

Alam raya dengan segala bahagiannya yang mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain, bagaikan satu tubuh badan dalam satu ikatan ia merasai rasa sakit atau sihatnya. Demikian juga dalam pelaksanaan kegiatan dan kewajipanya. Seluruhnya saling pengaruh-mempengaruhi, dan sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran, pada akhirnya semua itu akan kembali kepada Allah s.w.t. Apabila salah satu bahagian tidak berfungsi dengan baik atau menyimpang dari jalan yang seharusnya ia tempuh, maka akan tampak kesan negatifnya pada bahagian yang lain. Kesan ini akan mempengaruhi pada seluruh bahagian. Hal ini berlaku terhadap alam raya dan merupakan hukum alam yang ditetapkan Allah s.w.t yang tidak mengalami perubahan, termasuk terhadap manusia, di mana manusia pun tidak mampu mengelakkan diri daripada mengalaminya.

Masyarakat manusia yang menyimpang dari jalan lurus yang di tetapkan oleh Allah, termasuk yang berkaitan dengan alam raya akan terasa impak yang negatif hasil daripada penyelewengan itu. Apabila. keadaan itu terjadi, maka akan lahir krisis dalam kehidupan bermasyarakat serta gangguan dalam interaksi sosial mereka seperti krisis moral, ketandusan kasih sayang dan kekejaman. Bahkan lebih daripada itu akan bertimpa-timpa musibah dan bencana alam seperti “keengganan langit menurunkan hujan atau bumi menumbuhkan tumbuhan”, datangnya banjir atau tanah runtuh serta gempa bumi dan bencana alam yang lain. Semua itu adalah ayat-ayat atau tanda-tanda yang diberikan Allah s.w.t Yang Maha Kuasa.

Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah s.w.t mahu merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Ar-Rum: 41)

Oleh hal yang demikian itu, dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi, kita harus berasa senang, berlapang dada, yakin, dan reda menerima hukum dan peraturan Ilahi. Ia bersesuaian sepertimana firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 59 yang bermaksud: “Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan rasul-Nya kepada mereka, dan berkata, “Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah.” (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).”

Ada pun perkara yang termasuk dalam ruang lingkup yang diterima dengan perasan senang hati (reda) itu ialah ketentuan-ketentuan (qadar) yang sudah ditetapkan Allah untuk setiap orang atau sesuatu bangsa.

Ketentuan-ketentuan itu yang umumnya disebut takdir pada asasnya melibatkan dua perkara. Pertama, berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan senang dan dengan penuh kegembiraan; dan kedua, merupakan bencana (musibah dalam pelbagai bentuk).

Ketika kita ditimpa bencana, sudah tentu kita akan mengeluh, sedih dan berkata-kata dalam hati: mengapa musibah itu menimpa ke atas diri kita. Sikap seumpama ini termasuk dalam kategori tidak reda menerima takdir ketentuan Ilahi.

Walhal dalam Islam dianjurkan agar kita bersikap seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud: “Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, “Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini.” Tetapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki-Nya, Dia perbuat.” Ucapan `kalau-kalau’ itu hanyalah membukakan peranan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Jelasnya, dengan apa yang kita saksikan di sekeliling kita, selain mengakuri keesaan dan kemahakuasaan-Nya, hendaknya kita juga dapat menginsafi bahawa betapa pentingnya manusia diasuh untuk ‘bersahabat’ dengan alam.




By hAng keBun with No comments

selamat berkempen & bertanding...

Pertarungan di Hulu Selangor bermula

seperti sedia maklum semua pihak sudah mengetahui siapa calon-calon yang bertanding Pilihan raya kecil Parlimen (P94) Hulu Selangor dan hari pengundian pada 25 April akan datang.....

aku mengucapkan tahniah kepada yang tercalon dan juga kepada yang mencalonkan diri sendiri....semoga perjuangan masing-masing mendapat perhatian hati pengundi....

siapa yang main kotor...faham-faham jer ler....ingat ler pesanan Pengerusi SPR salah satu kenyataan beliau..."jangan maki hamun..."

semoga "berjaya".....hehehehe

DARI kiri,   Chandran (Bebas),  Kamalanathan (BN),  Zaid  (PKR) dan Johan   (Bebas) selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, semalam.


HULU SELANGOR – Pilihan raya kecil Parlimen (P94) Hulu Selangor yang bermula hari ini akan menyaksikan pertarungan sengit antara calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan dan lawannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Calon bebas yang dijangka turut serta, Johan Md Diah dan VS Chandran pula masing-masing dari UMNO dan MIC memberikan alasan mahu menyertai pilihan raya kecil ini kerana mahu berkhidmat kepada penduduk Hulu Selangor.

Pertandingan kali ini juga dilihat amat menarik sekali kerana Pakatan Rakyat (PR) mahu mengekalkan kerusi ini dan meneruskan rentak ‘tsunami politik’ manakala BN pula kelihatan amat yakin mampu merampas Hulu Selangor.

Sekiranya BN mampu merampas Hulu Selangor, ia akan menjadi penambah moral kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum akan datang dan membuktikan bahawa konsep 1Malaysia mampu diterima rakyat.

Menurut Pensyarah Sains Politik UKM, Prof Madya Mohammad Agus Yussof, kedudukan BN dan PR sekarang benar-benar seimbang di Hulu Selangor dan masih terlalu awal untuk membuat andaian siapa yang akan memenangi pilihan raya kecil ini.

Katanya Zaid dan Kamalanathan masing-masing mempunyai kelebihan dan mampu membuat kejutan tetapi ia ditentukan dengan sentimen yang dimainkan oleh pihak bertanding dan jumlah peratusan yang keluar mengundi.

“Pada pilihan raya umum 2008 lalu, kira-kira 15,000 pengundi tidak keluar di Hulu Selangor, jika mereka keluar siapa yang akan menang? Inilah persoalannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Isu yang dijangka panas dimainkan oleh PR pada permulaan kempen seperti isu Apco, Dasar Ekonomi Baru, fungsi perjumpaan Najib dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama baru-baru ini serta isu pembangunan setempat.

BN pula dijangka membawa isu kegagalan kerajaan PR negeri dan menyerang peribadi Zaid serta kes liwat melibatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lalu, BN melalui krisis untuk memilih calon yang paling sesuai kerana calon yang dikemukakan MIC, Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel ditolak oleh pucuk kepimpinan BN dan Kamalanathan merupakan calon saat akhir yang diterima.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 25 April.

sumber sinar harian

By hAng keBun with 2 comments

Saturday, April 17, 2010

kan aku dah bilang....

kalu kawan-kawan sekalian ada membaca penulisan ku mengenai "patutla sukan kita tak membangun" http://shahrirjani.blogspot.com/2010/03/patutla-sukan-kita-tak-membangun.html

memang terkait ler dengan benda nie.......

jadi fikir-fikirkan la kalau betol-betol nak membangunkan sukan kita diperingkat antarabangsa serta disegani serata dunia....


Azizulhasni kempunan



PELUMBA sensasi negara, Azizulhasni Awang gagal dalam misinya merangkul pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2010 di Velodrom Zayed, Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Lebih malang, Azizulhasni bukan sahaja gagal meraih emas, malah pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dalam acara kegemarannya itu.

Pada saingan semalam, Azizulhasni gagal melangkah ke saingan akhir keirin, sekali gus meneruskan kehampa- annya dalam acara tersebut untuk tahun kedua berturut-turut apabila dia sekadar menduduki tempat keempat pada ACC 2009 di Kalimantan, Indonesia.

sumber akhbar Kosmo

By hAng keBun with No comments

Thursday, April 15, 2010

ape ler korang nie....


selagi masih ade hayat....selagi itu lah aku mohon di beri kekuatan oleh Allah s.w.t agar terus menyanyagi anak atau kanak-kanak yang masih baru nak bernafas....


sedarlah.....anak-anak ini lah yang akan mewarisi kita pada masa akan datang dan akan mendoakan kebahagian kita di akhirat nanti.....insyaallah

Kanak-kanak patut dilindungi

KES kanak-kanak mati akibat didera berlaku lagi. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati awal pagi semalam dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya sejak sebulan lalu. Berdasarkan laporan media, doktor yang memeriksa kanak-kanak malang berkenaan menemui sekurang-kurangnya 30 kesan di tubuh dan kepala kanak-kanak tersebut.

Ekoran kematiannya, polis menahan bapa tiri dan ibu kanak-kanak itu. Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kematian sadis kanak-kanak itu berlaku selepas kira-kira seminggu kempen Kami Prihatindilancarkan. Kami Prihatin bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya menyayangi dan menghargai bayi dan kanak-kanak.

Biarpun masyarakat tidak henti-henti mengutuk perbuatan mendera kanak-kanak setiap kali sesuatu kes dilaporkan, kes berkenaan terus berlaku. Ada yang menyifatkan mereka yang mendera kanak-kanak sebagai tidak bertamadun, tidak kurang juga yang menganggap mereka sebagai tidak sihat dari segi mental dan emosi.

Ini kerana golongan berkenaan tergamak menyeksa sehingga mati seorang kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri.

Sudah banyak peringatan yang dikeluarkan di media cetak dan elektronik dan para pemimpin masyarakat bahawa anak-anak merupakan amanah yang perlu dijaga dan bukannya objek untuk melepaskan geram atau rasa marah.

Dalam kes kematian tragis Allahyarham Syafiah Humairah Sahari yang mendapat liputan luas media beberapa bulan lalu, teman lelaki ibunya yang dilaporkan memijak dan menyepak Allahyarham sehingga mati di padang bola sudah pun dihadapkan ke mahkamah.

Sementara dalam kes Allahyarham Aaliyah Aiman Hussin Abdullah yang didera sehingga mati, warga Sudan yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. Namun masih ada golongan yang belum mengambil pengajaran daripada kes tersebut.

Seperti mana kes Syafiah Humairah dan Aaliyah Aiman, kanak-kanak yang mati akibat didera kali ini disyaki didera oleh bapa tirinya iaitu individu yang rapat atau sekurang-kurangnya dikenali oleh mangsa.

Pengarah Pendidikan dan Latihan Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-Kanak (Protect and Save The Children atau PS The Children) Selangor dan Kuala Lumpur, Nooreen Preusser ketika dihubungi berkata, setiap individu dewasa merupakan pelindung dan perlu bertanggungjawab untuk melindungi seseorang kanak-kanak.

''Ini adalah selaras dengan Konvension Mengenai Hak Kanak-kanak 1995 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dan apabila berlaku kes kematian atau penderaan ini bermakna mereka yang terlibat gagal melaksanakan tanggungjawab dalam melindungi kanak-kanak berkenaan.

''Saya percaya ada kanak-kanak yang didera tidak kiralah dari segi fizikal, psikologi dan emosi tetapi tidak mendapat perhatian media. Mereka ini juga perlu diselamatkan," jelasnya.

Tambah Noreen, kesedaran bahawa setiap individu dewasa merupakan pelindung kepada kanak-kanak dan hak seorang kanak-kanak untuk menikmati kehidupan yang selamat perlu disebarkan sepanjang masa.

''Ada banyak faktor yang menyebabkan berlaku pelbagai bentuk penderaan ke atas kanak-kanak. Antaranya ialah perasaan seseorang dewasa yang ingin membuktikan bahawa mereka jauh lebih berkuasa dan mampu mengawal seseorang kanak-kanak itu.

''Ada juga segolongan individu dewasa yang melihat kanak-kanak sebagaimana benda atau harta lain yang mereka miliki. Golongan ini biasanya memperlakukan kanak-kanak dengan sesuka hati tanpa menghiraukan bahawa kanak-kanak seperti individu dewasa mempunyai hak, perasaan dan emosi mereka sendiri ," jelasnya.

Ketika pelancaran kempen Kami Prihatin pada 8 April baru-baru ini, masyarakat sudah dimaklumkan mengenai Talian Nur 15999 untuk melaporkan mengenai kes penderaan atau mendapatkan sebarang bantuan jika mengandung luar nikah.

Talian berkenaan perlu digunakan dengan sebaik mungkin demi membela nasib kanak-kanak daripada menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

Semua pihak perlu peka dengan sebarang kejadian yang disyaki kes dera selain sentiasa beringat bahawa setiap dewasa bertanggungjawab melindungi seseorang kanak-kanak.

Dengan cara ini, setiap kanak-kanak di negara ini mampu mendapat hak untuk menikmati kehidupan yang selamat serta bebas dari sebarang bentuk penderaan.

By hAng keBun with No comments

terima kasih kawan-kawan...


biler aku 'chek' di statcounter seketika aku merasa sebak di mana telah mendapat sokongan yang amat memberangsang pada aku yang baru nak melibatkan diri dalam dunia 'bloger'....

dalam tempoh 4 bulan pertama nie banyak yang aku pelajari terutamanya dari sifu ku http://hairilhazlan.com tentang semua perkara mengenai blog...terima kasih sifuuuu...hehehehe

jadi ucapan yang tak seberapa ini sebagai tanda ingatan dan kasih ku pada semua blogger....



aku berharap dan berdoa agar niat ku untuk bersama dengan blogger yang dikasihi dapat berkongsi maklumat serta pendapat dalam kita meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

tidak lupa juga aku ingin memohon maaf jika ada beberapa kenyataan yang tidak menyenangkan beberapa pihak atau individu....

tegurlah aku dan nasihatilah aku....kerana aku budak yang baru belajar....


By hAng keBun with 2 comments

baca....fahami.....fikirkanlah


aku amat tertarik dengan salah satu penulisan Dato' Hj A. Aziz Deraman (seperti di bawah) dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang dikasihi sekalian....

Kenapa Melayu malu pertahan hak?
Oleh - A. Aziz Deraman
(sumber Sinar Harian)

Kenapa orang Melayu dan Bumiputera mesti malu mempertahankan hak sen-diri dan hak itu pula telah menjadi hak negara? Kenapa generasi muda Melayu sudah hilang perasaan terhadap kepentingan bangsa sen-diri dan berperasaan malu apabila bercakap tentang hak-hak bangsa? Generasi muda seperti tidak faham aspirasi Perlembagaan, kenapa perkara-perkara pokok kenegaraan seperti kedudukan raja-raja, agama Islam dan bahasa Melayu dimak-tubkan sebagai perkara penting menjadi tonggak citra negara dan bangsa? Agaknya istilah kenega-raan pun mereka kurang hayati dan konsep bangsa pun tidak difa-hami. Juga apakah makna sebuah negara bangsa dan semangat di sebalik gagasan 1Malaysia itu!

Kewujudan Malaysia hendaklah dilihat dari sudut sejarah dan kebudayaannya. Malaysia tidak muncul dari sesuatu yang vakum. Tatkala Amerika terbentuk, Malay-sia sudah melampau puncak kege-milangannya dengan keagungan Empayar Melayu Melaka. Generasi muda Melayu mesti memahami segala hakikat itu. Kalau kita tidak belajar sejarah, maka baca sejarah, agar kita tidak buta sejarah. Ingat, abad ke-21 ini adalah abad anda, generasi muda, abad pertarungan minda, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi yang maha hebat.

Atas kesedaran demikianlah, Gabungan Pelajar Melayu Seme-nanjung (GPMS), Gabungan Per-satuan Penulis Nasional (Gapena) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertindak menganjurkan program Wacana 153 di kampus UiTM pada 15 Mac lalu. Pada zaman moden sekarang, faktor ilmu, fakta dan kemampuan inte-lektual sangat penting agar sesua-tu yang kita pertahankan itu tidak berpandukan emosi semata-mata.

Sejarah dan cabaran terhadap Perkara 153 bukan sedikit. Jurang pembangunan dan kewajipan melaksanakannya mesti dipikul sebagai amanah negara. Kebetulan pada hari wacana tersebut, penulis mempengerusikan forum yang panelnya terdiri daripada Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Datuk Dr Abdul Halim Sidek dan Prof Datuk Mohamed Abu Bakar. Huraian mereka sangat jitu.

Tanggal 15 Mac dipilih sinonim dengan Perkara 153 Perlembagaan yang menetapkan kedudukan isti-mewa orang-orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) dan diperjelaskan lagi dengan Majlis Raja-Raja berkuasa atas pindaan Perkara 38(5), rakyat asal Malaysia timur (161A) dan hak istimewa Per-kara 161A (6). Konsep dan aspirasi Perlembagaan ini hendaklah difahami seluruh lapisan rakyat dan warganegara. Ini bukan lagi persoalan Melayu semata-mata. Maka seharusnya sesiapa jua dari mana-mana parti politik sekalipun, jika memerintah Malaysia, maka segala tuntutan kenegaraan itu mesti dipatuhi dan dipenuhi.

Rakyat mesti sedar apakah bezanya kedaulatan negara dengan kedaulatan rakyat. Golongan poli-tik tertentu banyak mencari helah. Dari slogan kedaulatan rakyat mereka tukarkan kepada ketuanan rakyat bagi menafikan persoalan ketuanan Melayu. Kini dari konsep Malaysian Malaysia, DAP melaung-kan pula ‘Middle Malaysia’ atau Malaysia Pertengahan, tabiat semua tidak kena di hati pembang-kang terhadap gagasan kerajaan seperti 1Malaysia itu. Laungan begitu, tidak lain maksudnya melainkan suatu penafian akan hakikat sejarah dan peradaban Malaysia sejak berzaman usia itu.

Jika diperhatikan senario poli-tik mutakhir tanah air, semakin muncul cita-cita jahat untuk mem-buang kedaulatan negara yang bertunjangkan kedaulatan raja-raja Melayu, menolak keperluan sebuah bahasa, budaya, menyamakan kedudukan semua agama di suatu platform, dan mengikis kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.

Perlembagaan kemerdekaan 1957 itu digubal bukan untuk men-jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera sahaja, tetapi untuk negara dan bangsa Malaysia. Pihak yang tidak bertanggungjawab tidak patut mengaitkan keistime-waan itu dengan perkauman. Salahkah jika kerajaan menunai-kan tanggungjawab memperbaiki kehidupan tidak seimbang? Pemi-likan ekuiti Melayu paling rendah, RM1.9 bilion atau 0.4 peratus berbanding kaum Cina RM207 bilion dan India RM6.4 bilion.

Ketahuilah generasi muda Melayu, perkara itu hendaklah diperjuangkan sebagai hak-hak negara, meskipun asalnya dari hak-hak Melayu. Fahami dengan erti kata mendalam tentang Majlis Raja-Raja, Agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Mela-yu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Juga jangan lupa akan peruntukan kewarganega-raan; Persamaan; Perkara penge-cualian seperti undang-undang untuk personal law: zakat bagi orang Islam, dan penubuhan askar Melayu Di-Raja.

Kita kena ingat, khususnya pimpinan politik, jangan terlalu lantang mempersoal tanpa meno-leh kiri kanan lagi. Bukankah kesemuanya itu tidak boleh diper-soalkan (demi menjaga hak-hak negara) di bawah Akta Hasutan (Ordinan 45, Kuasa-Kuasa Perlu Darurat 1970). Wacana 153 seperti di UiTM itu boleh membuka minda seluruh orang Melayu dan bangsa Malaysia. Orang Melayu segan silu untuk berhimpun dan berbincang masa depan, lebih rela membiar-kan orang lain mencabarnya. Perkara 153 di mata politik puak tertentu pula tidak dilihat sebagai senjata perpaduan rakyat.

Sepatutnya kita semua bertang-gungjawab memastikan Perlemba-gaan negara terus dipertahankan. Perkara-perkara pokoknya dijaga semoga kekal relevan. Tetapi malang sungguh, ada golongan Melayu sendiri yang sanggup bersama-sama kelompok lain menentang peruntukan dalam Perlembagaan. Itulah sifat Melayu yang mudah lupa diri!

By hAng keBun with 2 comments

Tuesday, April 13, 2010

9 Tips Dapatkan Bentuk Badan Ideal Bagi Mereka Yang Kurus!


Memiliki tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri. Mereka takut dikatakan berpenyakit atau kurang berkhasiat padahal setiap hari mereka rasa mereka telah makan makanan yang berkhasiat.

Terlalu kurus juga membuat penampilan kurang cantik, tonjolan tulang sana sini tidak sedap dipandang mata.

Memiliki badan yang gemuk adalah idaman orang yang kurus. Bagi mereka yang ingin menambah berat badan, berikut beberapa cara cepat menggemukkan badan:

1) Bersukan

Dengan bersukan tubuh menjadi sihat, sistem tubuh berfungsi dengan baik. Usahakan bersukan sekurang- kurangnya sekali seminggu. Sukan yang menyebabkan anda berpeluh.

2) Minum Susu

Susu selain daripada menyihatkan badan juga dapat menggemukkan badan anda, khususnya susu full cream. Dicadangkan minum susu full cream dua kali sehari.

3) Kunyah Makanan

Ketika makan kunyahlah makanan sehingga hancur. Ini memudahkan proses pencernaan. Apalagi makan makanan yang sukar dicerna. Kerana selain di mulut tidak ada lagi gigi di tempat lain.

4) Makan Dengan Teratur

Setiap hari makanlah dengan teratur. Pastikan mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam tepat waktunya. Dan di antaranya dapat diselangi makanan tertentu.

5) Jenis Makanan


Jenis makanan sesuaikan dengan aktiviti harian anda. Jika banyak bergerak, maka makanlah makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan lemak. Sebab jika berlebihan karbohidrat dan lemak akan terkumpul. Protein tidak dikumpul oleh tubuh.

6) Tidur Yang Cukup

Tubuh memerlukan 8 jam waktu berehat. Usahakan tidur siang.

7) Kurangkan Merokok

Jika anda merokok, kurangkan atau berhenti sama sekali.

8) Makan telur putih satu kali sehari.

9) Periksa Kesihatan Anda

Jika anda pernah gemuk dan kemudian kurus, sila periksa kesihatan anda.

Jika anda kurang selera makan dan hanya makan sedikit setiap kali mengambil makan tengah hari atau makan malam, maka anda pasti tidak akan berjaya menggemukkan badan!

By hAng keBun with 3 comments

Monday, April 12, 2010

bijak tapi......


‘Kerabat raja’ ditahan

KUANTAN 10 April – Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang supaya dapat mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini.

Bagaimanapun, penyamarannya dengan menggunakan gelaran Tuan Muda terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini mengetahui identiti sebenarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, pelajar berusia 18 tahun itu menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memakai gelaran Tuan Muda.

“Sebelum mengadakan lawatan ke mana-mana kem PLKN yang dihajatinya, pelajar ini akan menghantar surat yang mempunyai kepala surat tertera nama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kehadirannya.


bila aku baca beberapa artikel tentang peristiwa tersebut di atas, tersenyum aku dibuat nya...

mana tak nye...seorang budak yang bijak pandai telah menipulasi kan diri nya dari seorang rakyat biasa kepada 'kerabat diraja'...sampai begitu sekali pemikiran anak-anak muda sekarang di mana mereka ini lah bakal menjadi pemimpin di masa akan datang....

siapakah bersalah????

kenapa boleh jadi sedemikan rupa???

di manakah rasa hormat kita kepada Sultan@Raja kita???

banyak persoalan yang timbul atau akan di timbulkan beberapa pihak ke atas isu ini...

jadi aku berpesan kepada aku dan semua kawan-kawan mari lah kita sama-sama berwaspada dengan tingkah laku anak kita dalam menghadapi arus pemodenan sekarang....

mudah-mudahan anak-anak kita nanti akan menjadi salah seorang pemimpin keluarga,syarikat mahu pun negara dengan cara pimpinan yang mengikut lunas-lunas agama yang kita berikan kepada mereka.....amin


By hAng keBun with No comments

Friday, April 9, 2010

betul ke pengemis satu kerjaya???


aku rase pada masa sekarang nie orang yang paling ok ialah pengemis....mana tidak nye, baru-baru nie aku pergi la ke pasar malam di seksyen 7 shah alam...punyer la aku terkejut ramai gak ler para pengemis yang sedang menjalankan tugas nye bagi mendapat simpati orang ramai di situ....

macam biase ler...masyarakat kita kan perihatin....jadi ramai gak ler yang ringan tangan menghulurkan bantuan....

yang menjadi persoalan di kepala aku nie...mereka-mereka yang baik hati memberi sumbangan tu tak perasan ker ade beberapa 'aksesori' yang dipakai oleh pengemis tu....

sebagai contoh....kasut

dalam diam tak diam, pengemis tu mampu gak beli crocs...tu yang menjadi persoalan yang mendalam...pengemis pun boleh ikut 'trend'......lagi kelakar kalau kawan-kawan tengok gambar yang aku lampirkan kan nie....pada aku ori ke tak ori bukan nya persoalan...tetapi mereka menunjukkan kepada kita sesungguh nye mereka tidak ketinggalan dengan arus fesyen terkini.....

masyarakat semua dah tau...dalam negara kita nie dah ada macam-macam tempat agensi kerajaan mahu pun swasta yang boleh memberi mereka meringan kan beban....tapi mereka tetap juga mahu menjadi pengemis.....KENAPA???? adakah cara sebegini lebih baik kerana ia memberi keuntungan kepada mereka????

atau menjadi pengemis ini merupakan satu kerjaya???

By hAng keBun with 3 comments

Kempen Kami Prihatin dilancar


KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 orang menghadiri majlis pelancaran kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Astro di sini semalam.

Kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi itu turut mendapat perhatian artis- artis terkemuka tanah air.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika merasmikan kempen itu berkata, usaha yang dilakukan melalui kempen itu perlu disokong semua pihak.

Menurutnya, statistik pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak pada ketika ini cukup menyedihkan.

"Sejak empat tahun lalu, sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Nor Hayati Sulaiman; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz dan Presiden Karyawan, Freddie Fernandez.

Sementara itu, Aziz dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu berkata, kempen kemanusiaan tersebut akan diperluaskan dengan pelbagai program bermatlamat membantu menangani gejala sosial.

"Usaha ini dapat dilakukan dengan penyemaian akhlak mulia di kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan konsep jaya waris iaitu 'anak orang anak kita'.

Pada 22 Mac lalu, akhbar Utusan Malaysia menggerakkan kempen Kami Prihatin ekoran gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi.

Melalui projek itu, satu klip video lagu Harapan Tanpa Suara dihasilkan oleh komposer S. Atan dan lirik oleh Habsah Hassan. (sumber dari akhbar Kosmo-9/4/10)

Lagu tema kempen Kami Prihatin
HARAPAN TANPA SUARA
--------------------------
-------------------
Di dalam kandungan ibuku sayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Ku ingin rasai kehangatan pelukan

Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah

Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan

Lirik: Habsah Hassan


Bloggers sokong kempen Kami Prihatin

PULAU PINANG 4 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan seorang penulis blog yang memaparkan logo kempen itu pada blognya.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri berkata, beliau memaparkan logo itu pada blognya kerana mahu usaha murni Utusan Malaysia itu diperluaskan lagi di alam siber.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bloggers lain untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

''Sebagai permulaan, saya menjemput para bloggers dan pengguna facebook, tidak kira yang prokerajaan atau propembangkang untuk bersama-sama menjayakan kempen Kami Prihatin.

''Kita boleh membantu dengan meletakkan logo Kami Prihatin pada blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan terhadap isu masyarakat di negara ini," katanya dalam entri blognya di alamat http://novandri.blogspot.com

Beliau berpendapat, selain isu politik, para bloggers dan pengguna Facebook juga mempunyai tanggungjawab penting untuk mengetengahkan isu-isu masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr. Novandri juga berharap, mesej Kami Prihatin dapat diperluaskan lagi supaya ia meliputi kesedaran agama kerana ada antara kes buang bayi dan penderaan berlaku disebabkan pegangan agama yang longgar.

''Saya menyasarkan lebih 600 bloggers dan pengguna Facebook akan turut serta dalam kempen peringkat siber ini,'' katanya. - Utusan


By hAng keBun with No comments

Wednesday, April 7, 2010

sedar la diri tu woiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!


aku heran betul kenapa kita sering lupa atau buat-buat lupa tentang sesuatu yang sebenar nya amat penting bagi kita...anak-anak kita....warisan kita.....bangsa kita....negara kita........

konon nak jadi hero atau pahlawan....pada hakikat nya hanya sandiwara semata-mata.....demi kepentingan diri sendiri..........

biler aku cakap tak reti bahasa.....ilmu lebih tinggi daripada aku........jadi aku tak tahu nak label kan orang yang macam nie yang akhir nya akan memudaratkan kita...anak-anak kita....warisan kita dan bangsa kita dan akhir nya negara kita nanti.......

jadi pada mereka yang selalu lantang bersuara....ingat la.....sebelum nak mengeluarkan kata-kata hikmat daripada mulut anda fikir la dulu kesan yang mendalam......PAAAHAM!!!!!

niat nak kedepan tu agar orang boleh kenal kita sahaja atau kepandaian kita....malah akhir nya menunjukkan "KEBODOHAN" kita yang sebenar....jika kita asyik dengan irama yang dimainkan oleh kita sendiri...........

sedar la sape diri kita sebenar-benar nya....jangan lupe asal usul kita.....sejarah kita....tanpa itu semua sape laaaa kita nie.............

jadi......JANGAN MAIN HENTAM JER

By hAng keBun with 6 comments

Tuesday, April 6, 2010

Leadership Seminar


"KEARAH JATI DIRI DAN PEMANTAPAN MINDA"

- Terbuka kepada semua ahli perniagaan khususnya Jualan Langsung
- Pengedar, Leader, Speaker, Stokis syarikat jualan Langsung
- Mereka yang ingin atau baru sahaja melibatkan diri dalam dunia perniagaan
- Mereka yang ingin menambahkan lagi ilmu perniagaan dan Jati Diri dalam memantapkan lagi ketahanan jiwa dan fikiran ketika menguruskan perniagaan
- Golongan belia, remaja yang ingin berjaya dalam perniagaan maupun kehidupan tetapi tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan, kewangan, pengurusan serta pendidikan

Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad) Tempat: Hotel CARLTON HOLIDAY, SHAH ALAM Masa: 8:30 am - 7:30 pm Yuran: RM 180.00 "Promotion" (Harga Pasaran: RM 350.00) *termasuk makan & minum, bahan seminar dan sijil*


Pendaftaran & Bayaran sebelum "26 APRIL 2010"

PENYERTAAN TERHAD....SIAPA CEPAT DIA DAPAT

untuk pendaftaran sila isi borang yang disediakan dan kami akan hubungi anda secepat mungkin....terima kasih

http://www.emailmeform.com/fid.php?formid=587761

By hAng keBun with 2 comments
Related Posts with Thumbnails