Monday, April 26, 2010

semangat cam nie la kita hendak



TEKA-teki mengenai senarai pemain yang bakal membarisi skuad Piala Thomas dan Uber negara akhirnya terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkannya semalam.


Kami sedia rampas

PORT DICKSON - Semua pemain badminton negara yang bakal beraksi pada kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber bulan depan kini cukup bersedia untuk menghadapi kejohanan berprestij itu, kata Ketua Jurulatih badminton negara, Rashid Sidek.

Beliau berkata, pemain yang tersenarai adalah pemain terbaik dan mampu menggalas cabaran pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, bermula 9 Mei ini.:

“Secara keseluruhannya, daripada segi fizikal dan mental saya dapati mereka telah bersedia untuk menghadapi kejohanan itu. Semua program memang sudah disusun dan kita telah membuat persediaan terbaik,” katanya selepas majlis penutup kem bina semangat Piala Thomas/Uber oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Bayu Beach Resort, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan pengurus pasukan Datuk Sayed Abu Bakar.:

Rashid berkata, melalui kem tiga hari itu, secara mental pemain sudah bertambah yakin manakala semangat berpasukan pun sudah bertambah bagus.

“Begitu juga kerjasama di antara jurulatih dan pemain didapati mantap dan saya berharap perkara ini akan terus berkekalan sehingga ke pertandingan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata, semua pemain yang dipilih mampu menggalas cabaran sekali gus membawa pulang Piala Thomas dan memberi saingan dalam Piala Uber.

“Sebenarnya sukar untuk membuat keputusan kerana mereka yang terpilih adalah terbaik antara yang terbaik untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan itu nanti,’’ katanya.

Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2010 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei ini.



(antara petikan akhbar Kosmo & Sinar Harian-26/4/2010)



*aku mendoakan semoga berjaya......

By hAng keBun with No comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails