aku nak ucapkan tahniah kepada calon yang menang.....moga apa yang telah dijanjikan hendaklah dilaksanakan dengan bijaksana....kepada yang tidak mendapat tempat....jangan putus asa dan membuat pelbagai cerita yang tidak sepatutnya....dalam situasi ini ada yang menang dan ada yang kalah...
BN rampas Parlimen Hulu Selangor
Oleh Zainudin Isa, Wan Hazmir Bakar dan Zef Othman
2010/04/25
KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.
Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi.
Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.
1. P. Kamalanathan (BN): 24,997
2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272
Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935
Peratus/Percentage: 75.87
Undi rosak/Spoilt votes: 731
Majoriti/Majority: 1,725
Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)
Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)
Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177
Majoriti/Majority: 198
2 comments:
tahniah2.. tak banyak beza tu...jumlah mejoriti
akan ramai la menuntut janji yg diberi...
Post a Comment