Besok merupakan hari penentuan bagi kawasan Hulu Selangor.....sama ada BN@PKR yang akan dipilih menjadi "wakil kepada rakyat" bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan tersebut....
Aku berharap bagi parti yang menang teruskan agenda-agenda yang telah diwar-warkan kepada penduduk kawasan tersebut......
Bagi yang tidak terpilih....jangan putus asa....jika perjuangan kalian ikhlas dari hati...insyallah....kejayaan pasti mari!!!! jangan pulak menarik balik benda-benda yang telah ditaburkan sebelum ini....nanti apa kata 'survey'.....
Kepada pengundi yang akan mengundi besok....renung-renung kan....
"SEMOGA BERJAYA!!!!"
artikel pilihan ku hari ini (Sinar Harian-24/4/2010)
YB berjanji, rakyat belum tentu undi - SRI DIAH
Musim berjanji datang lagi! Kali ini kawasan `rumah hinggap’ saya di Hulu Selangor menjadi tumpuan seluruh penggiat politik apabila pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandang sebelum ini Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu. 'Si Kamal, Alan atau Nathan’ dari Barisan Nasional (BN) akan bertembung satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim setelah dua calon bebas sebelum ini menarik diri atas sebab-sebab yang masing-masing telah dinyatakan sebelum ini. Eloklah. Minggu lalu sewaktu 'berhinggap’ seketika di Bukit Beruntung 3 (BB3) telah disaksikan pelbagai aktiviti yang rancak, menarik dan membangkitkan rasa geram. Ketika itu aktiviti memasang sepanduk, kain rentang, banner, belon besar, pintu gerbang bagaikan satu pesta. Bayangkan satu lori penuh dengan alat kempen. Dalam lori itu ada bendera BN, ada bendera PKR, ada lambang roket, ada lambang dacing dan juga ada logo bulan purnama. Besar kontrak yang mereka dapat. Semuanya disapu bersih tidak kira parti dan ideologi. Apa yang penting 'fulus masyuk’. Bilakah erti pembangunan akan singgah di BB3 dan sekitarnya seperti di Bukit Sentosa, di Prima Beruntung, di Taman Bunga Raya dan kawasan sekitarnya? Ia adalah satu perbandaran yang luas namun segalanya telah musnah. Ia bagai kota mati! Dan, janji terus ditabur biarpun sudah berapa ramai yang menjadi susah, diburu ah long, diburu hutang bank dan hidup dalam kesempitan angkara satu kawasan perumahan yang indah khabar dari rupa. Satu demi satu rumah roboh dimakan anai-anai, rosak dimakan masa, usang disimbah matahari dan bocor disimbah hujan. Kini muka baru, P Kamalanathan sekali lagi mengulangi janji serupa oleh Datuk G Palanivel dan juga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad dan janji muka lama tapi baru, Datuk Zaid Ibrahim. Apakah kami di Hulu Selangor ini hanya layak untuk menerima janji demi janji sahaja? Ramai yang berkata, suara rakyat suara keramat. Kalau betullah, harap sangat supaya ia betul-betul menjadi keramat. Keramat yang akan meluluhkan jasad yang berbuat janji, tetapi kemudian melupakannya. Keramat yang akan melaknat sesiapa sahaja yang pandai berjanji tetapi itu hanya dusta semata. Saya paling kecewa apabila rakyat (belum tentu mengundi) digula-gulakan dengan aneka jamuan dan ang pau. Ada sepanduk dan kain rentang yang mengajak rakyat datang mendengar ceramah, kononnya dapat berjumpa sendiri dengan pemimpin dan yang paling dahsyat dipermainkan dengan makluman bahawa jamuan sate disediakan selepas majlis! Hey� rakyat tidak 'hadap’ dengan jamuan. Rakyat tidak lapar dengan hidangan sate! Jika awal-awal rancangan lagi sudah terpesong, saya tak jangka yang datang itu betul-betul mahu mendengar ceramah. Mungkin ramai yang datang itu kerana mahu sate sahaja! Ia samalah juga dengan tarikan supaya majlis disertai ramai wartawan. Penganjur dengan tidak segan silunya berjanji pada kad jemputan – hadiah istimewa disediakan! Wartawan tetaplah tugasnya melaporkan, tidak kira ada hadiah atau tidak. Balik ke pejabat mesti ada berita dibawa pulang. Bos yang rasional pun tidak fikir tulisan itu bagus atau tidak semata-mata kerana wartawan itu sudah mendapat hadiah door gift. Kini keputusan menentukan membangun atau tidak kawasan di Hulu Selangor terletak pada lebih 60,000 pengundi. Saya harap pakcik yang menjual apam balik garing dan sedap di Pasar Kuala Kubu atau penjual Mi Kari Kak Kiah di Jalan Pahang di tengah pekan Kuala Kubu itu dapat membuat pilihan yang tepat. Saya juga berharap 'rumah hinggap’ saya di hari tua nanti di BB3 akan menjadi lebih nyaman dan lebih selesa dalam beberapa tahun mendatang ini. Sambil telinga ini syahdu mendengar suara azan dan mata pula di hala memandang ke arah surah Al Hidayah yang tersergam indah betul-betul berhadapan halaman rumah, saya tentunya gembira memetik ciku, mangga atau jambu air yang lebat berbuah. Semua ini pasti akan menjadi kenyataan jika janji tidak hanya tinggal janji!
0 comments:
Post a Comment