Tuesday, January 18, 2011

Memohon simpati seluruh rakyat Malaysia



Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Malaysia

JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT & RAKAN MUDA (JKMRM) MAJLIS BELIA MALAYSIA merayu dan memohon simpati seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sedikit sumbangan kepada seorang belia kita yang cedera parah melecur seluruh badan akibat terkena talian eletrik voltan tinggi putus atas badan mangsa...semasa bekerja di sebuah lading.

Mangsa bernama HAIRUMAN, seorang anak yatim piatu sejak berusia 5 tahun dan tinggal bersama kakaknya PUAN MARYUNI MISKON. Beliau memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 26/11/2010 dan sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil terhadap insiden terbabit. Bahkan, tiada bantuan diterima dari mana-mana jabatan dan agensi kerajaan. Kemungkinan besar, hari ini mangsa akan dipindahkan ke Hospital Klang kerana keadaannya fizikalnya yang semakin teruk. Mangsa stabil dan boleh bercakap.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, (JKMRM) Majlis Belia Malaysia merayu semua pihak khususnya pemimpin masyarakat, ahli politik, pegawai agensi-agensi kebajikan untuk membantu mangsa dan keluarga yang kini dalam keadaan cukup tertekan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Kepada mereka yang bermurah hati yang jauh dari Selangor, sumbangan boleh terus disalurkan kepada mangsa seperti butiran di bawah:

Nama Mangsa: Hairuman
Nama Kakak: Maryuni Bt Miskon
No. Telefon: 0183807867 –
No Akaun :162030632448
Bank: Maybank
Alamat kediaman : No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar 45500 Tanjong Karang, Selangor


Sama-samalah kita membantu dan berdoa buat mangsa dan keluarganya.

Terima kasih.



Maklumat dari;

Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: +60122853630 / +60137733676
FB: www.facebook.com/mdrizanhassan
FB 1B1K: http://www.facebook.com/pages/1Belia-1Kemahiran/140946845950665?ref=ts
FB JKMRM: http://www.facebook.com/group.php?gid=278321043532
FB Aduan Belia: http://www.facebook.com/group.php?gid=302324266537
FB HBN: http://www.facebook.com/haribelianegara2011

By hAng keBun with 1 comment

1 comments:

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

Related Posts with Thumbnails