Thursday, April 15, 2010

baca....fahami.....fikirkanlah


aku amat tertarik dengan salah satu penulisan Dato' Hj A. Aziz Deraman (seperti di bawah) dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang dikasihi sekalian....

Kenapa Melayu malu pertahan hak?
Oleh - A. Aziz Deraman
(sumber Sinar Harian)

Kenapa orang Melayu dan Bumiputera mesti malu mempertahankan hak sen-diri dan hak itu pula telah menjadi hak negara? Kenapa generasi muda Melayu sudah hilang perasaan terhadap kepentingan bangsa sen-diri dan berperasaan malu apabila bercakap tentang hak-hak bangsa? Generasi muda seperti tidak faham aspirasi Perlembagaan, kenapa perkara-perkara pokok kenegaraan seperti kedudukan raja-raja, agama Islam dan bahasa Melayu dimak-tubkan sebagai perkara penting menjadi tonggak citra negara dan bangsa? Agaknya istilah kenega-raan pun mereka kurang hayati dan konsep bangsa pun tidak difa-hami. Juga apakah makna sebuah negara bangsa dan semangat di sebalik gagasan 1Malaysia itu!

Kewujudan Malaysia hendaklah dilihat dari sudut sejarah dan kebudayaannya. Malaysia tidak muncul dari sesuatu yang vakum. Tatkala Amerika terbentuk, Malay-sia sudah melampau puncak kege-milangannya dengan keagungan Empayar Melayu Melaka. Generasi muda Melayu mesti memahami segala hakikat itu. Kalau kita tidak belajar sejarah, maka baca sejarah, agar kita tidak buta sejarah. Ingat, abad ke-21 ini adalah abad anda, generasi muda, abad pertarungan minda, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi yang maha hebat.

Atas kesedaran demikianlah, Gabungan Pelajar Melayu Seme-nanjung (GPMS), Gabungan Per-satuan Penulis Nasional (Gapena) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertindak menganjurkan program Wacana 153 di kampus UiTM pada 15 Mac lalu. Pada zaman moden sekarang, faktor ilmu, fakta dan kemampuan inte-lektual sangat penting agar sesua-tu yang kita pertahankan itu tidak berpandukan emosi semata-mata.

Sejarah dan cabaran terhadap Perkara 153 bukan sedikit. Jurang pembangunan dan kewajipan melaksanakannya mesti dipikul sebagai amanah negara. Kebetulan pada hari wacana tersebut, penulis mempengerusikan forum yang panelnya terdiri daripada Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Datuk Dr Abdul Halim Sidek dan Prof Datuk Mohamed Abu Bakar. Huraian mereka sangat jitu.

Tanggal 15 Mac dipilih sinonim dengan Perkara 153 Perlembagaan yang menetapkan kedudukan isti-mewa orang-orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) dan diperjelaskan lagi dengan Majlis Raja-Raja berkuasa atas pindaan Perkara 38(5), rakyat asal Malaysia timur (161A) dan hak istimewa Per-kara 161A (6). Konsep dan aspirasi Perlembagaan ini hendaklah difahami seluruh lapisan rakyat dan warganegara. Ini bukan lagi persoalan Melayu semata-mata. Maka seharusnya sesiapa jua dari mana-mana parti politik sekalipun, jika memerintah Malaysia, maka segala tuntutan kenegaraan itu mesti dipatuhi dan dipenuhi.

Rakyat mesti sedar apakah bezanya kedaulatan negara dengan kedaulatan rakyat. Golongan poli-tik tertentu banyak mencari helah. Dari slogan kedaulatan rakyat mereka tukarkan kepada ketuanan rakyat bagi menafikan persoalan ketuanan Melayu. Kini dari konsep Malaysian Malaysia, DAP melaung-kan pula ‘Middle Malaysia’ atau Malaysia Pertengahan, tabiat semua tidak kena di hati pembang-kang terhadap gagasan kerajaan seperti 1Malaysia itu. Laungan begitu, tidak lain maksudnya melainkan suatu penafian akan hakikat sejarah dan peradaban Malaysia sejak berzaman usia itu.

Jika diperhatikan senario poli-tik mutakhir tanah air, semakin muncul cita-cita jahat untuk mem-buang kedaulatan negara yang bertunjangkan kedaulatan raja-raja Melayu, menolak keperluan sebuah bahasa, budaya, menyamakan kedudukan semua agama di suatu platform, dan mengikis kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.

Perlembagaan kemerdekaan 1957 itu digubal bukan untuk men-jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera sahaja, tetapi untuk negara dan bangsa Malaysia. Pihak yang tidak bertanggungjawab tidak patut mengaitkan keistime-waan itu dengan perkauman. Salahkah jika kerajaan menunai-kan tanggungjawab memperbaiki kehidupan tidak seimbang? Pemi-likan ekuiti Melayu paling rendah, RM1.9 bilion atau 0.4 peratus berbanding kaum Cina RM207 bilion dan India RM6.4 bilion.

Ketahuilah generasi muda Melayu, perkara itu hendaklah diperjuangkan sebagai hak-hak negara, meskipun asalnya dari hak-hak Melayu. Fahami dengan erti kata mendalam tentang Majlis Raja-Raja, Agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Mela-yu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Juga jangan lupa akan peruntukan kewarganega-raan; Persamaan; Perkara penge-cualian seperti undang-undang untuk personal law: zakat bagi orang Islam, dan penubuhan askar Melayu Di-Raja.

Kita kena ingat, khususnya pimpinan politik, jangan terlalu lantang mempersoal tanpa meno-leh kiri kanan lagi. Bukankah kesemuanya itu tidak boleh diper-soalkan (demi menjaga hak-hak negara) di bawah Akta Hasutan (Ordinan 45, Kuasa-Kuasa Perlu Darurat 1970). Wacana 153 seperti di UiTM itu boleh membuka minda seluruh orang Melayu dan bangsa Malaysia. Orang Melayu segan silu untuk berhimpun dan berbincang masa depan, lebih rela membiar-kan orang lain mencabarnya. Perkara 153 di mata politik puak tertentu pula tidak dilihat sebagai senjata perpaduan rakyat.

Sepatutnya kita semua bertang-gungjawab memastikan Perlemba-gaan negara terus dipertahankan. Perkara-perkara pokoknya dijaga semoga kekal relevan. Tetapi malang sungguh, ada golongan Melayu sendiri yang sanggup bersama-sama kelompok lain menentang peruntukan dalam Perlembagaan. Itulah sifat Melayu yang mudah lupa diri!

By hAng keBun with 2 comments

2 comments:

Melayu takut kerana terasa perlu berselindung di sebalik ketiak orang lain! Sikap dan sifat Melayu itu sendiri dah begitu... Tapi kita sebagai bangsa yang sedar, harus mengubah keadaan. Ajar anak2 kita supaya berani kerana hak.

mudah-mudahan kita dapat mengembalikan keyakinan kepada anak-anak kita agar lebih kuat dan berani dalam menghadapi arus kehidupan semasa...

Related Posts with Thumbnails