Wednesday, April 28, 2010

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009


aku mengucapkan tahniah kepada Azizul- hasni Awang dan Datuk Nicol Ann David dalam merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati kebangsaan bagi tahun 2009....

mereka berdua nie patut menjadi contoh dan teladan para remaja mengikuti bagaimana cara untuk menjadi individu yang cemerlang kepada diri sendiri dan akhir nya memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara....

kalau kita tidak berjaya di dalam bidang sukan...kita akan berjaya di dalam sesuatu bidang jika kita mengambil perhatian yang lebih 'serius' serta fokus...insyallah

ingat la...setiap individu itu ada kelebihan dan kelemahan....kita sahaja yang akan menentukan hala tuju diri kita sendiri jika kita hendak berjaya dalam hidup....orang di sekeliling kita hanya memberi dorongan dan sokongan ke atas apa yang kita lakukan....

keratan akhbar pilihan :Sinar harian 28/4/10

Azizulhasni, Nicol terbaik 2009

KUALA LUMPUR - Jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009 pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) yang berlangsung malam tadi.

Azizul menewaskan pencabar utama, yang juga pemenang tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei manakala Nicol masih mengekalkan gelaran buat kali ketujuh dalam tempoh sepuluh tahun.

Pencapaiaan cemerlang Azizul tahun lalu berjaya menarik minat pihak Jawatankuasa Pemilihan ASN yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Yassin Mohd Salleh yang bermesyuarat pada 12 April lalu.

Dikenali sebagai ‘The Pocket Rocket Man’, Azizul berjaya menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia menjadikan dia antara pilihan utama untuk meraih gelaran ini.

Kejayaan Nicol mengekalkan kedudukan nombor satu dunia serta mencapai kejayaan terbaik sepanjang 2009 memang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila muncul juara dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk juara Terbuka Texas (Mei), Terbuka Seoul (Jun), Terbuka Malaysia CIMB, Kuala Lumpur (Julai), Skuasy Wanita Singapura, Singapura (Ogos) serta Terbuka Dunia Forex (Sept).

Dengan kemenangan itu, Azizul dan Nicol merangkul hadiah wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang.

Sementara itu, gelaran Pasukan Wanita Kebangsaan dinobatkan kepada pasangan akuatik negara, Leong Mun Ye dan Pandelela Rinong menerusi acara terjun.

Anugerah yang diberikan kepada Mun Yee dan Pandelela berdasarkan kejayaan tahun lalu termasuk mencipta sejarah akuatik negara apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Fina selain turut memenangi pingat emas pada Sukan Mini Olimpik dan beberapa kejohanan yang lain.


Skuad bola sepak negara berjaya merangkul gelaran Pasukan Lelaki Kebangsaan hasil kejayaan meraih pingat emas Sukan Sea di Laos tahun lalu dan menamatkan kemarau pingat emas hampir 20 tahun.

Kedua-dua pemenang Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan, masing-masing menerima RM10,000.

Selain itu, Mohamad Salam Sidik (memanah) turut meraih apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan apabila mencipta rekod cemerlangnya tahun lalu dengan menduduki ranking pertama dunia setelah meraih pingat emas pada Kejuaraan Memanah Dunia IPC, manakala gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan diraih oleh Norhayati Sanoh dari acara boling padang dengan merangkul pingat emas dan perak pada Kejohanan Boling Padang Dunia (Orang Buta).

Mohamad Salam dan Norhayati masing-masing menerima wang tunai RM10,000.

Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan dinobatkan kepada K Rajagobal (bola sepak) dan Yoong Thong Foong (wushu), manakala anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan tiada pemenang.

Anugerah Kepimpinan Kebangsaan diberikan kepada mendiang Edmund Yong Joo Hong (golf), manakala Amugerah Khas Dr Ponniyah Thulukanam dari sukan karate.

Tiada pemenang bagi Anugerah Tokoh Sukan.

By hAng keBun with No comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails