Wednesday, April 28, 2010

Kisah RM8@7@6


dulu aku ade gak terlibat aktif dengan dunia kawalan keselamatan statik dan 'arm gun'....banyak pengalaman yang aku perolehi dalam memastikan sesuatu tempat pelanggan tu dikawal mengikut kehendak pelanggan....

biasa la kena ikut cakap pelanggan sebab mereka yang bayar perkhidmatan kita tuuuu...

jadi....delima syarikat keselamatan dari dulu hingga la sekarang ialah dalam meletakkan harga kepada bakal pelanggan terutamanya dalam sektor swasta....

alasan yang selalu diberi ialah "bajet kurang la" atau "itu jer la harga yang mampu kami bayar"....

aku mengalu-alu kan sangat dengan keperihatinan pihak kerajaan dalam menangani isu gaji pengawal keselamatan nie terutamanya dalam gerakan untuk mengurangkan tenaga kerja luar dan memberi ransangan kepada orang tempatan terutamanya anggota RELA......

pandangan aku....jika harga yang dikuat kuasa kan tu dapat memberi semangat kepada pengawal keselamatan....pihak kerajaan juga harus memberi arahan dan penguatkuasaan jika mana-mana syarikat yang ingkar dengan harga tersebut boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya....

manakala pihak syarikat kawalan keselamatan pula mesti memastikan mutu serta kecekapan pengawalnya hendaklah dipertingkatkan.....

jangan pula ada alasan lagi dengan meletakkan pengawal keselamatan yang sudah tak "bermaya" lagi....


keratan akhbar pilihan; Utusan Malaysia 28/4/10

Gaji pengawal tetap naik

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.

"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di sini malam tadi.

Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.

Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

“Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja,” katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

“Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

“Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan,” katanya.

By hAng keBun with No comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails