aku nak berkongsi pendapat dengan kawan-kawan sekalian.....terlebih dahulu baca sebahagian petikan akhbar nie.....
Azizulhasni sertai tiga acara di ACC Dubai
2010/03/30
PEMENANG pingat perak kejohanan dunia, Mohd Azizulhasni Awang akan menjadi sandaran utama skuad basikal negara untuk meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 10 April ini.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata Mohd Azizulhasni yang menang perak acara keirin itu di Copenhagen, Denmark minggu lalu akan menyertai tiga acara.
“Selain mempertahankan dua emas dimenanginya dalam acara pecut 200 meter dan pecut berpasukan, Azizulhasni juga diharapkan akan menjuarai acara keirin,” katanya, semalam.
Abu Samah bagaimanapun berkata sekiranya sasaran tiga emas itu tidak tercapai, PKBM tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
“Ini kerana ACC pada tahun ini lebih dianggap sebagai persediaan menghadapi dua kejohanan lebih besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia penghujung tahun ini.
“Ia juga adalah peluang terbaik menguji kekuatan lawan terutama pelumba dari China yang mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini,” katanya.
aku heran betul kenapa kita masih membuat kenyataan sedemikian rupa??? perlukah kita memberi alasan sebegitu bagi mengelakkan kita mendapat malu dalam sesuatu acara sukan???
pada pendapat aku....jika kita hendak maju dalam apa jua acara sukan 'mind set' dan motivasi kita hendaklah semaxima mungkin...tidak kira taraf sukan tu peringkat sekolah ker...kebangsaan ker...olimpik ker...dan sebagai nye....
kalau peringkat awal lagi kita dah meletakkan kegagalan tu sebagai perkara yang mudah...tak hairan la kalau pencapaian sukan kita mengalami pasang surut nya....akhir nya kita gigit jari jer....
sedar la wahai pemimpin sukan sekalian....berilah kenyataan yang membangunkan bukan sekadar melepas batuk di tangga jer....
kita sekarang dah masuk tahun 2010....kalau pemimpin sukan sendiri dah meletakkan harapan yang tidak memberi motivasi kepada atlet sukan....kesan nya????
beginikah cara nya kita ingin menunjukkan kehebatan kita di mata dunia????
renung-renungkan laaaaa....
0 comments:
Post a Comment