Monday, May 31, 2010

berapa jam lagi akan mencapai 1,000...boleh ker???


.......................aku mensasarkan bulan nie (mei) seramai 1,000 pengunjung yang mengunjungi blog aku....

biler aku lihat di statcounter.com..... aku punye blog sikitttttt lg nak capai ke arah itu.....

terima kasih kepada kawan-kawan yang selama ini menyokong atau mengunjungi blog aku nie....

jangan luper juga sertai kontest




"TERIMA KASIH YER"

By hAng keBun with No comments

"KORANG KOMEN DAPAT HADIAH"

seperti yang aku janjikan.....berikut adalah beberapa perkara yang kawan-kawan perlu patuhi sebelum menyertai kontest ini.....


NAMA KONTEST :
"KORANG KOMEN DAPAT HADIAH"


TARIKH :
1HB. JUN - 30HB. JUN 2010
(sblm 12.00 tgh malam)



SYARAT PENYERTAAN :

1. Korang perlu ada blog/website sendiri.

2. Hendaklah meletakkan "banner" kontest seperti di bawah di blog/website korang.

  • Kontest Korang Komen Dapat Hadiah








  • 3. Komen terbanyak akan memenangi tempat pertama kontest tersebut.

    4. Point hanya akan dikira berdasarkan jumlah komen bermula dari hari Selasa iaitu 1 Jun hingga hari Rabu iaitu pada 30 Jun 2010 (sebelum 12.00 tengah malam)

    5. Jumlah komen korang akan dianalisis menggunakan sistem kiraan yang tepat.

    6. Lagi banyak komen lagi cerah peluang untuk memenangi kontest tersebut.


    HADIAH:


    Tempat Pertama :
    Barangan berharga RM50.00

    Tempat Kedua :
    Barangan berharga RM30.00

    Tempat Ketiga :
    Barangan berharga RM20.00



    PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 1HB. JULAI 2010....

    SELAMAT MENGOMEN!!!!

    By hAng keBun with No comments

    Sunday, May 30, 2010

    subsidi tu untuk siapa???


    beberapa hari lepas ada beberapa kenyataan mengenai pemberian subsidi kepada rakyat dan isu ini juga telah dibentangkan dalam Maklmal Subsidi di kuala lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan respon dan pandangan masyarakat....


    "dalam tempoh 9 tahun lagi negara akan bankrap jika teruskan pemberian subsidi kepada rakyat"....


    harus diingat dan rase nya memang dah tau atau buat-buat tak tau......


    apakah peranan kerajaan kepada rakyat nya???

    Secara umumnya, subsidi merujuk kepada suatu bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk pengeluaran/pembayaran kepada institusi rumah tangga ataupun swasta.


    Kiralah juga mereka yg bekerja sendiri dan para pertani dan nelayan yg tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada harga komoditi yang turun naik. Berapa peratuskah mereka dalam masyarakat kita. Ibu tunggal dll. Nanti ramai pulak yg. termasuk dlm kategori miskin. Kena fikirkan juga harga kos makanan yg semakin meningkat dan kita kurang berdaya saing dengan negara lain. Kan tanggungjawab sesebuah kerajaan yg memerintah untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakyatnya. Kalau nak diambil kira kes penyulupan minyak atau barang-barang lain, kan mereka beli juga dari stesen atau pembekal dari sinin bukannya free. Masalah ini hanya disempadan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja (di Johor, orang Singapura datang kena beli juga dgn wang kita bukannya merompak)

    Jadi janganlah dianak tirikan kami yang menetap ditengah-tengah semenanjung Malaysiani, seperti Melaka, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang dan Selangor ini yg kesemuanya menanggung Kos sara hidup yg tinggi. Kalau sekarang kuih seringgit dapat 3, nanti seringgit dapat 2 je atau RM1.40 dapat satu je (Macam kat Putrajaya Waterfront. Macammana nak bagi belanja anak sekolah? Fikir2kan lah.


    Masih terdapat golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kerajaan. Sementelah penarikan semula subsidi juga tidak selari dengan konsep Rakyat Didahulukan yang menjadi salah satu komponen daripada gagasan 1Malaysia.

    Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar. Malangnya, sebahagian besar daripada rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.

    Golongan ini memerlukan bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan di sebalik kos sara hidup yang tinggi, lebih-lebih lagi di bandar besar. Melainkan kerajaan bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai yang munasabah, masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi mahu ditarik semula.

    Apa yang dapat diperhatikan daripada isu ini adalah pemberian subsidi tidak diuruskan menerusi satu mekanisme yang tersusun.

    Subsidi yang turut dinikmati oleh golongan kaya masih lagi menjadi cabaran kepada pelaksanaan dasar ini sehingga hari ini. Beberapa langkah yang diambil seperti program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) dan pembelian petrol menggunakan kad pengenalan yang dilaksanakan nampaknya tidak menunjukkan hasil memberangsangkan.

    Antara yang sering ditekankan ialah mengenal pasti kumpulan sasaran yang layak menikmati subsidi menerus i pengelasan penduduk kepada tiga kategori iaitu miskin, sederhana dan tinggi. Pengelasan itu perlu mengambi kira beberapa perkara seperti jumlah tanggungan, pendapatan dan kos sara hidup setiap isi rumah.

    Maklumat-maklumat itu pula perlu setara dengan lokasi tempat tinggal sama ada di luar, pinggir atau di tengah-tengah bandar besar. Perincian juga perlu dijalankan dengan teliti kerana tidak semua yang tinggal di bandar adalah golongan berpendapatan tinggi dan begitu jugalah sebaliknya penduduk di luar bandar. Maklumat mengenai isu rumah rakyat ini boleh dikumpul menerusi program bancian penduduk yang dijalankan saban tahun oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menerusi satu pangkalan data khusus mengenai penduduk pula, kerajaan dapat mengenal pasti golongan mana yang layak mendapat subsidi dan sebaliknya.

    Dari situ juga, kerajaan dapat merangka satu sistem pemberian subsidi secara terus kepada rakyat yang layak dan tidak lagi menerusi pemberian secara langsung seperti ketika ini. Masalahnya negara ketika ini tidak mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai latar belakang isi rumah. Sebab itulah, program Subur iaitu salah satu subsidi secara langsung kepada penduduk miskin yang sepatutnya dilaksanakan awal tahun ini terpaksa ditangguhkan.

    Alasan campur tangan politik bagi menentukan penduduk yang layak menerima subsidi itu menyebabkan ia tertangguh tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mempunyai pangkalan data yang lengkap bagi setiap isi rumah. Sistem pemberian kupon itu jika berjalan lancar dan telus boleh menjadi sistem yang sangat berkesan serta cekap.

    Misalnya, di Amerika Syarikat (AS), sistem yang hampir serupa dikenali sebagai 'food stamp' sudah memberi manfaat kepada golongan miskin sejak lebih 30 tahun yang lalu. Agak menghairankan kenapa maklumat sebegitu tidak dimuatkan di dalam kad pengenalan bercip MyKad yang dikatakan paling canggih di dunia. Jika aplikasi MyKad itu benar-benar diperluas, kerajaan seharusnya tidak mempunyai masalah untuk mengenalpasti pendapatan isi rumah.

    Ia juga boleh menjadi penyelesaian dalam pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran. Kaedah penggunaan MyKad di stesen minyak sebelum ini pernah dicadangkan, namun masih belum dilaksanakan sepenuhnya sehingga hari ini.

    Kaedah ini serta pendekatan lain yang dilihat sesuai wajar diperhalusi sebelum kerajaan mengambil keputusan memansuhkan subsidi waima secara berperingkat.

    Penarikan semula subsidi dalam keadaan ekonomi rakyat yang tidak menentu ketika ini dibimbangi akan mencetuskan masalah sosial yang lain.

    Kerajaan masih mempunyai kira-kira sembilan tahun lagi menjelang 2019 seperti yang dibimbangkan oleh MRS. Tempoh ini sangat kritikal kepada kerajaan untuk menilai semula mekanisme subsidi sama ada diteruskan atau sebaliknya.

    Tetapi dalam tempoh itu juga, kerajaan masih mempunyai masa dan peluang untuk memperkemas pemberian subsidi supaya menguntungkan rakyat sekali gus mengurangkan risiko kerugian kepada pendapatan negara. Adalah satu kerugian kepada rakyat dan kerajaan sekiranya subsidi dimansuhkan sepenuhnya sedangkan kerajaan sebenarnya mempunyai pilihan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    By hAng keBun with 2 comments

    Saturday, May 29, 2010

    Anak adalah amanah

    Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa yang perlu dididik supaya menjadi insan yang berguna. - Gambar hiasan

    Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.

    Sekiranya anak itu hak kita, tentulah apabila kita berkahwin kita akan terus mendapat anak seperti mana yang kita kehendaki.

    Ada pasangan yang 10 tahun kahwin tetapi tidak juga mendapat anak. Ini kerana ia tidak mendapat keizinan dari-pada Allah. Sebaliknya, ada orang yang baru enam bulan saja kahwin tetapi sudah mendapat anak.

    Sedar akan hakikat bahawa anak yang dianugerahkan kepada ibu dan bapa itu adalah satu amanah daripada Allah. Maka menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.

    Sebagaimana anak wajib berbakti kepada ibu bapanya, ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi segala yang menjadi hak anaknya.

    Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka. Ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anaknya juga boleh dianggap sebagai derhaka. Tetapi orang tidak biasa menyebutnya derhaka. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah berlaku zalim.

    Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh membuktikan adanya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.

    Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang di-katakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya.

    Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.

    "Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran".

    Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran".

    Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepada-mu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu".

    Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya.

    Kita mesti mencari ibu yang baik baginya. Kita mesti mencari wanita yang sihat, sempurna dan cantik. Lebih penting lagi, kita mesti mencari wanita yang solehah dan keturunan yang baik.

    Ketika anak berada dalam kandungan, kita wajib menjaganya dengan baik. Si ibu mesti memakan makanan yang baik lagi halal.

    Jika ibunya memakan benda-benda haram, ia akan menjadi darah daging bagi si anak dan akan mempengaruhi jiwanya setelah dewasa nanti.

    Apabila anak lahir, dia berhak untuk diazan, ditahnik, diberi nama yang baik, dicukur rambutnya dan dibuat akikah.

    Setelah anak itu nampak sudah faham akan sesuatu, dia mesti diajar mengaji, ditanam kepadanya masalah akidah, diajar masalah halal haram, mengerjakan solat dan sebagainya.

    Dengan kata lain, ibu bapa bukan saja diwajibkan memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anaknya. Malah lebih dari itu ibu bapa wajib mendidik dan memberi pelajaran agar mereka membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

    Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim dan Baihaqi)

    Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari.

    Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing.

    Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya.

    Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.

    Dalam memperkatakan tentang pemberian pelajaran kepada anak-anak, satu perkara yang amat mendukacitakan kita ialah sikap dan tanggungjawab ibu bapa serta bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak.

    Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini kesedaran ibu bapa terhadap kemajuan persekolahan anak-anak memang amat ketara sekali.

    Mereka rela membayar yuran persekolahan anak-anak hingga berpuluh-puluh ringgit untuk menjamin kejayaan masa depannya.

    Bagaimana pula halnya kalau kita bertanya tentang kemajuan pendidikan rohani khususnya kemampuan anak-anak untuk membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi.

    Jawapannya adalah amat mengecewakan. Boleh dikatakan majoriti belia kini tidak tahu membaca jawi. Jika boleh pun bacaan mereka merangkak-rangkak.

    Para ibu bapa tidak sedikit pun merasa runsing dan bimbang dengan anak-anak mereka yang tidak boleh membaca jawi dan tidak tahu membaca al-Quran. Sumbangan ibu bapa terhadap perkembangan rohani anak-anak mereka adalah begitu rendah sekali.

    Hati mereka merasa begitu berat untuk memberi sumbangan atau hadiah kepada tok-tok guru yang mengajar al-Quran anak-anak mereka.

    Namun, mereka tidak memprotes atau bersungut tentang kadar yuran tuisyen anak-anak yang begitu tinggi.

    Melihat kepada keadaan ini, satu persoalan boleh diketengahkan. Apakah sikap ibu bapa sebegini boleh dianggap sebagai ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dianugerahkan Allah itu?

    Sedarkah para ibu bapa bahawa pendidikan sekular sedikit sekali dapat membantu dan menjamin hidup yang bahagia kepada anak-anak mereka di akhirat kelak.

    Sesungguhnya anak yang baik akan membawa manfaat kepada ibu bapanya. Dia akan meneruskan perjuangan ibu bapanya dan menolong mereka sesudah tua.

    Setelah ibu bapa meninggal dunia, anak itu akan mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya.

    Menyedari hakikat bahawa sifat amanah adalah semulia-mulia sifat di sisi Allah SWT, maka menganggap barang amanah dengan sambil lewa dan cuai dikira sebagai satu perbuatan mencuri. Hukumannya adalah berdosa besar.

    Oleh itu awasilah anak dengan sebaik mungkin kerana anak adalah amanah Allah.




    Oleh Hashim Ahmad

    By hAng keBun with 3 comments

    Friday, May 28, 2010

    Kedudukan tasauf dalam Islam


    Tidak lengkap agama seseorang tanpa rukun Islam, iman dan ihsan.


    Marilah kita memahami di mana letak duduknya tasauf dalam kerangka agama kita. Setiap Muslim perlu benar-benar memahami bahawa agama Islam itu terdiri daripada tiga rukun iaitu Islam, iman dan ihsan.

    Setiap rukun saling perlu memerlukan dalam mencapai kesempurnaan al-Din (agama) seseorang manusia. Tidak lengkap agama seseorang tanpa ketiga-tiga rukun tersebut.

    Pembahagian agama ini telah disebut di dalam hadis Jibril a.s yang masyhur dan panjang itu. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa dialog antara baginda SAW dan Jibril a.s adalah untuk mengajar tentang al-Din agama itu sendiri.

    Dalam hadis tersebut, rukun ihsan telah dijelaskan oleh Nabi SAW sebagai: Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. (riwayat Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnadnya)

    Hadis ini menjelaskan tentang rukun-rukun dalam agama. Sangat wajarlah jika hadis ini yang sering ditekankan di tengah masyarakat agar mereka memperoleh tasawur (world view) yang lebih lengkap tentang agama.

    Sebaliknya, terlalu menekankan hadis tentang bidaah akan memberi kesan yang berbeza.

    Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691 H - 751 H) mensyarahkan perkataan al-Harawi di atas dengan katanya: "Asal tarekat adalah untuk menyempurnakan makrifat, melazimkan muraqabah kepada Allah dalam setiap gerak geri, hembusan nafas dan langkah sehingga hati dikuasai oleh kebenaran dan terputus darinya segala hubungan keduniaan".

    Daripada sini, dapat difahami bahawa rukun ihsan itu terbahagi kepada dua tahap iaitu muraqabah dan musyahadah.

    Di dalam hadis di atas, musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya), disebut sebelum muraqabah (sekiranya kamu tidak melihat-Nya, maka Allah memandang kamu).

    Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan musyahadah melebihi muraqabah.

    Dalam suluk atau perjalanan kerohanian tasauf dan peningkatan tahapnya atau dikenali juga sebagai makam, biasanya dimulai dengan muraqabah. Dengan berterusan atas muraqabah, seseorang itu akan diwariskan pula dengan musyahadah.

    Keselarian sifat dua makam utama dalam ilmu tasauf ini dengan rukun ihsan jelas menunjukkan bahawa tasauf menempati kedudukan yang sangat asasi dalam agama kita.

    Tasauf sebagai hakikat agama

    Tasauf sebagai rukun ihsan juga turut diistilahkan oleh para ulama bahawa ialah adalah hakikat agama. Cuma harus diingat, penggunaan istilah hakikat di sini adalah dalam konteks yang khusus dan bukannya dengan erti sesuatu yang berlawanan dengan dakwaan atau gambaran.

    Tasauf sebagai hakikat agama difahami sebagai salah satu dimensi dan rukun yang tidak terpisah dengan syariat. Hakikat dan syariat bukannya saling bercanggah sebaliknya berjalan seiringan dan saling memerlukan.

    Dalam hal ini, telah masyhur kata-kata Imam Malik r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat".

    Golongan yang pertama dikira zindiq kerana hanya memandang kepada hakikat tanpa disertai dengan syariat.

    Golongan yang kedua dianggap fasik kerana tidak masuk ke dalam hatinya cahaya ketakwaan, rahsia keikhlasan, peringatan muraqabah dan jalan muhasabah sehingga dia tidak mengenal pasti maksiat yang dilakukan.

    Golongan yang ketiga menjadi ahli hakikat kerana dia mengumpulkan kesemua rukun agama; iaitu iman, Islam dan ihsan sebagaimana yang dihimpunkan di dalam hadis Jibril di atas. (Al-Muhaddith Abdullah al-Ghumari, Al-I'lam Bianna al-Tasauf min Syariah al-Islam, H: 25)

    Melihat tasauf sebagai hakikat agama juga disandarkan oleh para ulama kepada hadis Muaz ibn Jabal r.a yang telah dikeluarkan Abu Nu'aim r.a di dalam Hilyah al Auliya' daripada Anas ibn Malik r.a, bahawa Muaz ibn Jabal bertemu Rasulullah SAW, maka nabi SAW bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada pagi ini, wahai Muaz?" Jawab Muaz r.a, "Aku pada pagi ini benar-benar beriman kepada Allah SWT". Sabda Rasulullah SAW,

    "Sesungguhnya setiap perkataan ada tanda kebenarannya, setiap kebenaran ada hakikatnya, maka apakah tanda kebenaran yang kamu katakan?" Jawabnya, "Wahai Nabi Allah! Tidaklah aku berpagi-pagi pada setiap pagi, melainkan aku menyangka bahawa usiaku tidak sampai ke petang, dan tidaklah aku berpetang-petang melainkan aku menyangka bahawa umurku tidak akan sampai ke Subuh. Tidaklah aku melangkah dengan satu langkah melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan berkesempatan melangkah seterusnya dan aku seolah-olah sedang melihat sekalian umat yang sedang duduk diseru melihat kitabnya (buku catatan amalan masing-masing untuk dihisab) bersamanya ada nabinya dan berhala-berhala yang telah mereka sembah selain Allah, dan seolah-olah aku sedang melihat kepada balasan azab ahli neraka dan balasan pahala ahli syurga".

    Sabda Baginda SAW, "Engkau telah mengetahuinya, maka teruskanlah (apa yang telah diamalkan oleh Muaz r.a tersebut sehingga dikurniakan nikmat yang disebutkan di atas)".

    Kita mencadangkan di sini bahawa kunci kepada memahami tasauf adalah dengan mendekatinya sebagai ilmu yang menghuraikan rukun ihsan dan hakikat agama kita.

    Dengan izin-Nya, kita akan mengembangkan perbincangan tentang perkara ini dengan turut mengaitkannya dengan satu lagi istilah yang sangat rapat dengan tasauf dan sering menjadi punca kekeliruan iaitu tarekat.



    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

    By hAng keBun with No comments

    Wednesday, May 26, 2010

    [H1N1 dalam diam] berhati-hati semua



    mungkin kita sedar atau tidak, dalam diam-diam penyakit H1N1 nie dah meragut nyawa manusia dalam masa terdekat ini.....

    jadi aku menyarankan agar kita semua berhati-hati semasa kita berada di luar rumah dan sebelum nak masuk rumah.....

    senantiasa berwaspada disekeliling kita dan patuhi arahan seperti dalam kempen penyakit H1N1 sebelum ini.... http://www.moh.gov.my


    berita terkini.....

    Wanita 41 tahun korban terbaru H1N1

    KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang wanita berumur 41 tahun dari Pulau Pinang menjadi mangsa terbaru meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah terkini kematian akibat H1N1 seramai 87 orang.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa yang dilaporkan mengalami gejala demam, batuk dan masalah pernafasan selama dua hari telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.

    “Mangsa mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk semasa dalam rawatan dan meninggal dunia pada hari yang sama.

    “Hasil perbincangan pakar-pakar telah mengesahkan punca kematian pesakit ini disebabkan jangkitan virus H1N1,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

    Sehingga 21 Mac lalu, dianggarkan lebih 16,931 kematian dicatatkan akibat H1N1 di seluruh dunia dengan kawasan aktif jangkitan di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. - Utusan




    By hAng keBun with 2 comments

    MID YEAR KONTEST

    aku begitu terharu dengan sambutan dan sokongan kawan-kawan semua dalam aku terus berbloging....

    sebagai tanda penghargaan aku kepada semua....

    aku akan mengadakan satu KONTEST seperti berikut;


    NAMA KONTEST :
    "KORANG KOMEN DAPAT HADIAH"


    TARIKH
    :

    1HB. JUN - 30HB. JUN 2010 (sblm 12.00 tgh malam)


    SYARAT PENYERTAAN
    :

    AKAN DIMAKLUMKAN SEBELUM
    1HB. JUN 2010


    HADIAH
    :

    AKAN DIMAKLUMKAN SEBELUM
    1HB. JUN 2010




    pastikan kawan-kawan semua tidak ketinggalan untuk menyertainya.....

    keputusan pemenang akan diumumkan pada 1hb. Julai 2010....
    sempena ulang tahun kelahiran ku...hakssss






    By hAng keBun with 4 comments

    Tuesday, May 25, 2010

    tak payah ler sampai pukul memukul wahai mas idayu



    NAIK 'bengang' penyanyi Mas Idayu, apabila anak Align Centerdidik atau protegenya, Shaq gagal memberikan persembahan yang diharapkan pada konsert mingguan Mentor 4, di Shah Alam, Ahad lalu. Dengan mata yang terbeliak dan suara lantang, Mas Idayu melepaskan geramnya pada sidang media selepas acara selesai.


    "Saya tak tahu apa dah jadi dengan Shaq. Suaranya memang tenggelam berbanding Mohd. Sebutan lirik serta penyampaian vokalnya tidak jelas. "Saya akan beri hukuman berat kepada Shaq dan akan mendendanya untuk meningkatkan persembahan pada konsert akan datang. "Terus terang, saya tak puas hati langsung sebab Shaq dapat markah terendah untuk konsert malam ini. Pemarkahan juri awam dan profesional yang kurang boleh menjejaskan kedudukannya. Lebih kecewa, peminat Shaq malam ini lebih ramai berbanding Ila dan Nani," kata Mas Idayu.


    Shaq pula hanya berdiam diri dan mendengar nasihat yang diberikan mentornya.


    Tidak lama selepas itu, Shaq kemudian menitiskan air mata dan dipujuk penasihat Mentor 4, Ajai selain rakannya. Drama itu jelas satu lagi babak menarik dalam Mentor 4 yang sekarang mendapat 'rating' tertinggi. Minggu lalu Ziana Zain menyingkirkan protegenya, Thalia, yang khabarnya ada hubung kait dengan komitmen, disiplin serta sikap. Apa yang nyata, persaingan hangat antara tiga peserta Kumpulan A pada konsert Mentor 4 terus sengit. Jelas selepas selesai, protege Joe Flizzow, Ila, mengungguli konsert itu.


    Pada saingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Ila atau Damiaa Johar, 21, menyerlah melalui Jeritan Batinku yang melonjak mendapat markah tertinggi sebanyak keseluruhan 37 mata.


    Nani atau Nurhadzwani Salleh, 24, (protege Azmeer) mendapat 36 mata sementara juara dua minggu lalu, Mohd Shabini Ibrahim atau Shaq, 25, protege Mas Idayu tercicir di bawah dengan 27 mata.


    Bagi markah keseluruhan, Ila (Joe Flizzow) menduduki tangga teratas kumpulan A dengan 70 mata diikuti Shaq (69) dan Nani (61).


    Joe nyata cukup gembira usaha keras berlatih selama tiga hari di studio memberi hasil.


    "Kami mengambil risiko kerana suara Ila lebih kepada rock dan kurang sesuai untuk lagu kedua. Apapun, saya gembira mendapat perhatian juri profesional.


    Kami akan memilih lagu lebih sesuai dengan vokal Ila nanti," katanya.


    Pada persembahan pertama, Shaq menyampaikan lagu Zapin Ya Salam dan berduet bersama protege Ziana Zian, Mohd dengan membawa lagu Aduhai Seribu Kali Sayang. Ila pula berduet bersama Ayim (Mus May) dengan lagu Paling Comel dan Jeritan Batinku.


    Nani pula menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah serta bermain gitar membawa lagu Bencinta sebelum berduet bersama Adi (Dayang Nurfaizah) menyampaikan Ghazal Untuk Rabiah. Pemarkahan dibuat berdasarkan tiga bahagian. 50 peratus melalui juri profesional, 30 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sementara 20 peratus menerusi juri awam. Peserta diadili dua juri profesional, Aubrey Suwito dan Yasin manakala ia dihoskan Ally Iskandar.


    By hAng keBun with 12 comments

    Rawatan guna rafflesia bahaya

    Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana, Khairunnadwa Jemon mendapati organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia, selama 14 hari telah menjadi kecil.

    Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan oleh lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.

    Dr. Nazlina berkata, dalam satu artikel portal berita universiti itu bahawa penyelidikan oleh Khairunnadwa, di bawah penyeliaannya, mendapati limpa itu mampu mendetoksifikasi bahan daripada tunas Rafflesia azlanii.

    "Tapi proses ini juga mengecutkan limpa daripada saiz asalnya. Dengan itu ujian itu mengesahkan keupayaan tunas bunga itu. Tetapi risiko yang memberi kesan ke atas organ penting lain juga wujud, iaitu limpa," kata Dr. Nazlina dalam artikel itu.

    Beliau berkata, wanita yang mengamalkan meminum air dimasak dengan tunas Rafflesia selepas rawatan kelahiran perlu menimbangkan dengan serius keburukan dan kesan berbahaya ini.

    Dr. Nazlina berkata, kadar ketoksikan dalam kajian ini perlu menjadi amaran kepada orang yang mengambil 'jamu' seperti ini memandangkan penggunaan bahagian Rafflesia azlanii sebagai sumber ubatan tradisional adalah tidak selamat.

    "Jika seseorang mahu mengurangkan berat badan, mereka perlu mempunyai diet seimbang dan beriadah. Ini lebih berkesan dan selamat," katanya.

    Dr. Nazlina berkata, orang ramai juga perlu mengelak daripada merosakkan keindahan bunga Rafflesia, yang telah menjadi satu ikon dalam industri pelancongan di Malaysia, untuk tujuan melangsingkan badan, dan dalam proses itu membahayakan diri sendiri.

    Rafflesia, yang terkenal sebagai bunga gergasi di dunia merupakan tumbuhan yang jarang ditemui di kawasan hutan hujan tropika. Ia tergolong dalam keluarga Rafflesiaceae.

    Beliau berkata, ia sebenarnya parasit wajib dan tumbuhan menjalar bagi kumpulan genus Tetrastigma (Vitaceae).

    Ia hidup antara dua hingga tiga tahun tetapi bunga itu hanya kembang untuk beberapa hari sebelum mengecut dan mereput. Keunikan dan kecantikannya menarik ramai pencinta alam, penyelidik dan pelancong dari dalam dan luar negara.

    Penyelidikan mengenai penggunaan dana daripada Skim Pemulihan Rafflesia di Taman Kinabalu mendapati pulangan setahun daripada industri eko-pelancongan lebih tinggi jika kawasan tanah yang sama digunakan untuk tujuan pertanian, katanya.

    Sejak beberapa generasi, Rafflesia telah digunakan sebagai sumber pembuatan perubatan tradisional dan tunas Rafflesia dijual pada harga RM9 hingga RM25 bergantung kepada saiznya. - Bernama

    By hAng keBun with 3 comments

    Monday, May 24, 2010

    Berita baru Desperate Housewives




    DI kala siri televisyen lain diarah untuk diberhentikan penerbitan dan tayangannya ekoran jumlah penontonan yang tidak memberangsangkan, lain pula dengan nasib siri drama popular, Desperate Housewives (DH).

    Biarpun siri itu tidak sehangat kemunculannya hampir enam tahun lalu, tetapi populariti masih lagi berada di tahap yang membanggakan kerana memiliki kelompok peminat tersendiri.

    Demi memastikan rating rancangan itu terus berada di kelompok 10 siri terbaik di Amerika Syarikat (AS), penerbit dan pencipta DH, Marc Cherry mengumumkan berita baru yang bakal mewarnai DH untuk musim akan datang.

    Berita gembira yang diumumkan baru-baru ini adalah penyertaan pelakon dan penyanyi popular, Vanessa Williams yang akan muncul sebagai salah seorang pelakon tetap DH untuk musim terbaru kelak.

    Selepas siri Ugly Betty dihentikan, ternyata rezeki masih lagi berpihak kepada Williams untuk meneruskan kerjaya seninya sebagai seorang aktres televisyen.Buat masa ini, watak dan karakter yang bakal dilakonkan oleh Williams masih lagi dirahsiakan sehingga pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

    Dalam masa yang sama, ada berita sedih buat penggemar siri itu apabila pemain watak Orson Hodge iaitu Kyle MacLachlan mengumumkan akan mengundurkan diri daripada siri itu.





    Pengunduran MacLachlan dikatakan ada berkaitan dengan ketidakpuasan aktor itu terhadap watak yang dilihatnya tidak banyak berkembang selepas empat tahun diperkenalkan dalam siri itu.

    Siri baru DH dijangka akan ditayangkan di AS pada penghujung tahun ini dan peminat siri itu di Malaysia akan berpeluang menyaksikannya tahun depan.

    By hAng keBun with 3 comments

    Saturday, May 22, 2010

    Kapal udara terbesar dunia


    kapal udara Bullet 580 yang diletakkan di Garrett Coliseum, Montgomery, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.

    MONTGOMERY, Amerika Syarikat (AS) - Kapal udara terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Bullet 580 akan menjalani ujian penerbangan pada musim panas ini.

    Kapal udara sepanjang 71.62 meter dan berdiameter 19.18 meter itu dibina oleh syarikat E-Green Technologies dengan menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi.

    "Ia cukup perlahan untuk menikmati pemandangan dari udara, boleh membawa kargo sehingga berat 907 kilogram pada ketinggian 6,000 meter dan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh atau dikendalikan oleh seorang krew," kata Ketua Pegawai Eksekutif E-Green Technologies, Mike Lawson.

    Kapal udara itu berharga AS$7.8 juta (RM25.7 juta) dan dibekalkan oleh tujuh beg berisi gas helium dan bergerak pada kelajuan 56 kilometer sejam.

    Kapal itu akan melakukan misi mengukur kelembapan bumi dengan kerjasama Universiti Old Dominion dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik AS. - Agensi

    By hAng keBun with No comments

    Friday, May 21, 2010

    Pencipta mesin pengeluar wang automatik mati


    JOHN SHEPHERD-BARRON


    LONDON - Bekas pekerja sebuah syarikat pencetak wang kertas, John Shepherd-Barron yang mendapat idea untuk mencipta mesin pengeluar wang automatik meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berumur 84 tahun kerana sakit.

    Dia mendapat idea untuk mencipta mesin itu semasa berada dalam bilik air selepas pulang dari bank kerana tidak dapat mengeluarkan wang.

    Shepherd-Barron mendapat idea itu dengan menggunakan konsep mesin coklat.

    Dia kemudian menjual konsep mesin pengeluar wang automatik itu kepada Bank Barclays di Britain.

    Namun, pada mulanya, mesin itu tidak menggunakan kad tetapi cek khas. - Reuters Life

    By hAng keBun with No comments

    Thursday, May 20, 2010

    'gelagat' juara top host 2010 setelah menjadi JUARA



    sebelum aku komen apa-apa yang patut....ucapan TAHNIAH kepada Syazwani Diyana kerana dinobatkan sebagai juara program realiti iaitu TOP HOST 2010 dan SYABAS kepada TV3 kerana dapat 'melahirkan' satu bintang 'lagi' dalam dunia penyiaran di negara kita...

    pagi tadi Malaysia Hari Ini telah membawa sang juara untuk 'tatapan' penonton bagi mendapat reaksi dan komen cik Syazwani kita....

    tapi yang menjadi perhatian ialah......lihat jer lah gambar yang telah aku paparkan....

    rujuk juga kepada entri aku sebelum nie mengenai 'pengacara' top host nya....





    By hAng keBun with 5 comments

    Tips Kendali Kecemasan Ketika Percutian



    aku ingin berkongsikan tips-tips yang boleh anda lakukan jika anda menghadapi situasi kecemasan sewaktu anda sedang bercuti mahupun melancong.



    BERTENANG

    Walau apa pun keadaan yang dihadapi ketika itu, perkara pertama yang perlu ada dalam diri ialah bertenang. Jangan terheret dengan emosi kerana anda adalah orang harapan, apatah lagi jika ia berlaku ditempat orang.



    RAWAT

    Rawat insan kesayangan anda. Gunakan pengetahuan pertolongan cemas anda untuk itu. Bagi sesetengah negara tiada pasukan paramedik yang diujudkan. Jadi, pengetahuan bagaimana mengaplikasikan pertolongan cemas adalah amat penting.



    CARI BANTUAN

    Jika anda menginap dihotel, atau rumah tumpangan, minta bantuan daripada kakitangan tempat berkenaan. Jika masalah bahasa menjadi isu utama, cari pilihan lain yang terdekat. Pihak berkuasa tempatan atau kedutaan asing. Tak kira kedutaan negara mana sekali pun, mereka ada kakitangan yang boleh berbahasa Inggeris dan akan menolong anda.



    PENGESAHAN DAN DOKUMEN

    Jika anda seorang pemegang polisi insuran, pastinya ada tuntutan yang bakal dibuat. Anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang perlindungan polisi insuran yang anda miliki Dapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk itu.



    Utamakan keselamatan. Jika sesuatu kecemasan atau kemalangan berlaku, anda pasti bersyukur kerana bersedia.









    By hAng keBun with No comments

    Wednesday, May 19, 2010

    buat kereta dengan buluh




    KERETA daripada buluh? Pasti sesiapa sahaja akan pelik apabila ada yang memberitahu sumber alam semula jadi itu mampu dijadikan bahan penting dalam industri automotif negara pada masa depan.

    Jika sebelum ini, kegunaan buluh terhad kepada beberapa fungsi seperti bahan perabot, kraf tangan atau rumah, sudah tentu kebolehannya menjadi bahan penting dalam industri automotif tidak dapat digambarkan.

    Kereta buluh bukanlah bermaksud sebuah kereta yang dihasilkan menggunakan buluh sepenuhnya. Sebaliknya tanpa kita sedari banyak bahagian penting pada kereta terpaksa diimport dari luar negara, sedangkan Malaysia mampu tampil dengan kepakaran sendiri melalui sumber-sumber yang boleh diinovasikan termasuklah buluh.

    Prototaip Bambu

    Presiden Pertubuhan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI), Datuk Ghazi Sheikh Ramli berkata, buluh ialah tumbuhan rumput yang paling cepat membesar iaitu mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sahaja.

    "Kajian selama satu setengah tahun mendapati kekuatan buluh adalah lebih besar berbanding kayu dan sekiranya melalui proses pengawetan yang tepat, ia mampu menjadi lebih kuat berbanding besi.

    "Secara semula jadi ia juga adalah sumber antibakteria, antikulat, hipoelergenik dan lebih bersih berbanding fabrik konvensional. Ia juga melepaskan lebih banyak oksigen berbanding pokok tetapi memerlukan kurang air dan penyelenggaraan," katanya.

    Justeru, Ghazi berhasrat mempromosikan kegunaan buluh secara optimum dalam penghasilan kereta, sejajar usaha kerajaan bagi membangunkan teknologi hijau dan juga bersempena tahun kreatif dan inovasi 2010.

    "Saya mahu mengajak universiti-universiti tempatan dan para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan bagi mengumpulkan sebanyak mungkin pengetahuan dan penemuan melalui buluh dan daripada penyelidikan itu satu hasil terbaik akan diperoleh.

    "Daripada hasil-hasil terbaik itu kita dapat gabungkan dan membina prototaip yang dapat dibangun dan dikomersialkan, seterusnya menjadi satu produk yang dapat dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.


    PROTOTAIP Bambu dibangunkan sebagai mengorak langkah kepada sebuah kereta daripada buluh.


    "Kami sudah mempunyai prototaip kereta yang diberi nama Bambu. Ia jentera yang menggunakan lima jenis buluh untuk menghasilkan beberapa bahagian dalam kereta seperti badan kereta, tayar, fabrik tempat duduk, stereng dan sebagainya," ujar beliau.

    Menurut Ghazi, kelima-lima jenis buluh yang digunakan ialah buluh gading, buluh duri, buluh betung, buluh semantan dan buluh nipis. Kesemuanya ialah spesies buluh tempatan.

    "Buluh-buluh ini menjalani proses pengawetan tertentu untuk dijadikan bahagian-bahagian dalaman dan luaran kereta iaitu badan kereta, skirt, spoiler, hub roda, papan muka, panel pintu, tikar lantai, stereng dan tombol gear.

    "Proses menyiapkan prototaip ini dijalankan di SIRIM menggunakan kepakaran lapan jurutera dan penyelidik daripada SIRIM serta menggunakan kos sebanyak RM50,000 termasuk nilai kereta asal," katanya mengenai prototaip yang menggunakan 10 peratus bahan buluh itu.

    Menurutnya, pengawetan untuk tujuan membuat prototaip ini mengambil masa selama hampir tiga bulan iaitu dengan melalui proses kimia menggunakan asid borik dan bahan-bahan lain tertentu.

    "Ia juga memerlukan masa untuk proses pengeringan melalui cahaya matahari sebelum boleh digunakan untuk menyiapkan prototaip ini," katanya.

    Tambahnya, setakat ini prototaip yang dihasilkan adalah sebagai contoh dan inspirasi kepada peserta yang mengambil bahagian dan kita akan melihat apakah hasil terbaik yang diperoleh daripada pertandingan ini untuk digabungkan bagi tujuan penambahbaikan prototaip sedia ada.

    Kereta impian


    GHAZI (depan kiri) bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof menunjukkan nama Bambu pada majlis demonstrasi prototaip jentera itu baru-baru ini.


    Mahu mengangkat lagi idea kereta buluh dengan menaikkan lagi peratusan penggunaan buluh ke atas kereta Bambu, baru-baru ini MACRI melancarkan pertandingan Kereta Super Hibrid Buluh Impian Malaysia bersempena minggu kreativiti dan Inovasi 2010 bagi mencabar para penyelidik, universiti-universiti tempatan mahupun individu berkaitan bagi menghasilkan kereta menggunakan buluh.

    "Ia bagi memberi idea dan petunjuk kepada peserta pertandingan bagi menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan. Kami mahu melihat berapa peratus buluh dan jenisnya dapat digunakan bagi menghasilkan sebuah kereta," jelas Ghazi.

    Selain itu katanya, bukan sahaja aspek penggunaan buluh diambil kira, tetapi bagaimana ia ditransformasi menjadi produk yang mempunyai kualiti dari segi reka bentuk luaran, dalaman dan penggunaan tenaga.

    "Reka bentuk luaran adalah perhatian pertama sesiapa sahaja, kemudian barulah reka bentuk dalamannya dan seterusnya fungsinya sebagai sebuah kereta yang mesra kepada alam sekitar," katanya.

    Katanya lagi, beliau melihat masa depan industri automotif negara berubah sepenuhnya apabila buluh diadaptasi menjadi satu bahan penting daripada idea orang Malaysia yang mampu dibangunkan ke peringkat antarabangsa.

    "Di Amerika seorang lelaki berjaya menghasilkan sebuah kereta menggunakan 90 peratus kayu, jadi tidak mustahil rakyat negara ini mampu menghasilkan kereta menggunakan buluh yang ternyata lebih kuat berbanding kayu.

    "Saya juga mahu menarik perhatian pembuat kereta untuk menyokong usaha ini sekali gus mengambil hasil daripada pertandingan ini untuk dimasukkan ke dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka," katanya.


    Masa yang tepat

    Menurut Ghazi, usaha membangunkan buluh sebagai sumber inovasi pernah dilakukan sejak 20 tahun lalu tetapi kurang mendapat sokongan banyak pihak.

    "Ikutkan sejarah, gelombang pertama pembangunan industri berasaskan buluh telah bermula pada tahun 1980-an tetapi tidak berpanjangan. Begitu juga pada gelombang kedua pada tahun 1990-an.

    "Tahun 2010 adalah masa yang tepat kerana bukan sahaja kerajaan menggalakkan pembangunan teknologi hijau, tetapi perkembangan teknologi ini turut mendapat sokongan industri dan masyarakat yang mula sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar," katanya.


    SAINTIS berjaya menghasilkan fabrik yang diproses daripada buluh.


    Tambah Ghazi, penyerapan teknologi hijau berasaskan buluh ke atas pembangunan industri automotif hanyalah permulaan kerana masa depannya dilihat lebih jauh dari itu.

    "Kita bermula dengan kereta kerana semua orang tahu dan kenal kereta. Jika dilihat secara lebih meluas, ia mampu menyumbang kepada lebih banyak industri termasuk pakaian, makanan, hiasan dalaman, pembinaan, hiburan dan perubatan.

    "Selain itu, ia juga mampu membangunkan ekonomi rakyat yang pada asalnya kurang menyedari kepentingan buluh dalam menjana pendapatan mereka. Justeru, rakyat mesti bantu dan memberikan sokongan," katanya.

    Tegas beliau, tidak mustahil dengan menghasilkan kereta menggunakan buluh sebagai salah satu bahan utama, harga kereta tempatan mampu dikurangkan kerana menggunakan sumber-sumber yang didapati sendiri.

    "MACRI hanyalah pemangkin dan jambatan kepada usaha penyelidik untuk membawa masa depan buluh sebagai produk yang mampu diinovasikan dan menembusi pasaran.

    "Dengan usaha kerajaan memberi sokongan dan fokus kepada pembangunan industri berasaskan buluh, tidak mustahil impian ini akan dicapai," katanya.



    sumber dari akhbar Kosmo

    By hAng keBun with No comments

    Tuesday, May 18, 2010

    [gambar] panas woiiiiii

    Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA


    RIMA memberikan senyuman semasa dia dimahkotakan sebagai pemenang Ratu Cantik USA 2010 di Las Vegas semalam.


    LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

    Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

    Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

    Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

    Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

    Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

    Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

    Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

    Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

    Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi



    sumber akhbar Kosmo 18/5/2010

    By hAng keBun with No comments

    Tangguh bayar, saman terus naik


    JPJ mengambil pendekatan drastik mengenakan penalti terhadap pesalah jalan raya selepas kes saman tertunggak semakin bertambah. - Gambar hiasan.

    Pemilik kenderaan yang gemar bertangguh membayar saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu berfikir panjang jika ingin meneruskan tabiat berkenaan selepas ini.

    Ini berikutan tindakan JPJ untuk memperkenalkan satu sistem yang bukan saja tidak akan memberi lagi diskaun saman tetapi mengenakan penalti dengan kadarnya terus meningkat selagi bayaran tidak dijelaskan.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, kertas kerja pelaksanaan konsep saman 'lebih lama ditangguh, lebih banyak perlu dibayar' itu telah siap dan akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.



    Pelaksanaan pastikan denda PDRM, JPJ sama: Musa

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut menguatkuasakan pemansuhan kadar diskaun saman kepada pengguna jalan raya di negara ini yang melakukan kesalahan lalu lintas, seperti dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ia bagi memastikan dua agensi penguat kuasa itu melaksanakan mekanisme dan undang-undang lalu lintas yang sama ke atas semua pesalah trafik di negara ini. Beliau berkata, sebagai dua agensi menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi, kesamaan dalam menentukan hukuman, termasuk tidak membenarkan lagi diskaun saman perlu dilaksana bersama bagi mengelak kekeliruan.

    “Kita akan selaras semua (pemansuhan diskaun saman dan mengenakan penalti jika lewat menjelaskan saman antara PDRM dan JPJ)... tak boleh ada dua pelaksanaan hukuman dan peraturan yang berbeza,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

    Kelmarin, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, dilaporkan berkata, JPJ kini memansuhkan kadar diskaun yang ditawarkan kepada penerima saman pelbagai kesalahan lalu lintas, berkuat kuasa minggu lalu.

    Solah dilaporkan berkata, satu pendekatan lain juga akan dilaksanakan, iaitu dengan mengenakan penalti jika lewat menjelaskan bayaran saman.
    Sebelum ini, Musa dilaporkan berkata, PDRM tidak bercadang mengadakan operasi besar-besaran bagi memastikan pesalah lalu lintas yang belum menjelaskan saman berbuat demikian.

    Katanya, mereka yang tidak menjelaskan saman itu sudah pasti terpaksa juga berbuat demikian selepas tempoh tertentu apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu disebabkan nama mereka sudah disenarai hitam.

    Mengulas lanjut, Musa berkata, tiada sebab mengapa pesalah trafik tidak mahu atau terlewat menjelaskan saman kerana PDRM sudah melaksanakan pelbagai kaedah bagi memudahkan mereka berbuat demikian termasuk menyediakan kaunter saman di lokasi tertentu.

    Katanya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi menentukan jumlah kadar penalti yang mungkin dikenakan terhadap pesalah trafik yang lewat menjelaskan bayaran saman mereka.

    Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah keseluruhan saman PDRM kepada pesalah trafik yang belum dijelaskan sehingga kini.

    By hAng keBun with No comments

    Monday, May 17, 2010

    mentor 4 buat gempak ker

    Ziana gugurkan protege sendiri


    ZIANA berduet dengan protege barunya Mohd. Izwan pada program realiti Mentor 4 di Shah Alam semalam.


    Penyanyi popular, Ziana Zain membuat kejutan apabila mengumumkan penguguran protegenya, Thalia pada program realiti popular, Mentor musim keempat kerana didapati kurang bersedia dari segi fizikal dan mental.

    Menurut Ziana, pengganti Thalia atau nama sebenarnya Ketty Natalia Rasul, 22, ialah Mohd. Izwan Mohd. Nor@Mohd., juga 22 tahun.


    Thalia


    "Ini bukan keputusan saya seorang, tetapi perbincangan sudah dilakukan dengannya dan pihak produksi yang terlibat," katanya.

    Beliau ditemui selepas program berkenaan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini semalam.

    By hAng keBun with 3 comments

    Sunday, May 16, 2010

    siapa sangka cempedak dah jadi nangka


    orang ramai menanti dengan debar keputusan pilihan raya kecil di sibu,sarawak

    dalam kita mengharungi bermacam-macam aktiviti, rintangan, cabaran, cerita panas, isu semasa... terutama nya sukan dalam minggu ini yang mendendangkan berita-berita yang kurang mengembirakan.....

    kita juga dikejutkan suasana politik di sarawak pula....

    mungkin ada beberapa pihak tidak mengambil kisah sangat apa yang sedang berlaku di sibu, sarawak kerana minggu ini sahaja macam-macam perkara telah berlaku seperti piala thomas, hari belia, hari ibu dan hari guru......


    DAP rampas kerusi Parlimen Sibu

    sumber Berita Harian 16/5/2010

    SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

    Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

    Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

    Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

    Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
    Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.



    keputusan lepas....


    By hAng keBun with No comments

    "selamat hari guru, cikgu...."...


    sempena Hari Guru pada 16/5/2010 aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu-cikgu ku dari tadika hingga ke pusat pengajian tinggi.....(tinggi ker...) hakssss...

    bagi aku jasa guru amat tak ternilai harga nya....kalau kita fikir sejenak dari kecil kita dididik masuk je dari tadika pasti kita akan mengingati kenangan-kenangan zaman pemprosesan persekolahan kita tuuuu sehingga sekarang kan....

    tak kira la perkara yang kita lakukan tu betul atau pun salah....

    dulu kita cukup takut dengan cikgu kenapa???

    kerana kita menghormati cikgu walau pun dia sering memarahi kita.....

    sebenar nya cikgu tu sayang kepada kita semua.....mereka hendak melakukan yang terbaik pada kita agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang....

    sekarang ni kita berguna atau tidak???

    sekurang-kurang nya pada;

    mak dan ayah, isteri dan anak-anak, suudara-mara, masyarakat, dan negara......

    itu semua adalah hasil pembelajaran yang kita pelajari dari seorang yang bernama cikgu.....


    "SELAMAT HARI GURU"

    By hAng keBun with No comments

    Saturday, May 15, 2010

    nak jadi belia contoh




    adakah aku masih BELIA????

    jawapan nye.....MASIH!!!!

    apakah peranan belia kepada semua?????


    Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara

    "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." Itulah kata kata yang lahir daripada Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.

    Kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau ini sebagai generasi muda yang merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan.

    Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogankata-cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan mereka seperti ‘Belia Tonggak Negara', ‘Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok' dan sebagainya.

    Mengikut Dasar Pembangunan Belia dan Akta Pertubuhan Belia serta Pembangunan Belia Malaysia, belia ditakrifkan dalam akta ini sebagai seseorang yang berumur tidak kurang lima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun. Memandangkan jumlah golongan belia yang agak besar, maka sumbangan dan tanggungjawab belia juga dilihat begitu besar.

    Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.

    Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia berada dalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantu kemajuan dirinya dan juga ummah.

    Namun begitu, apa yang dapat kita lihat dalam suasana semasa, dalam arus kemodenan dan kemajuan ini, golongan belia menghadapi cabaran sangat hebat. Golongan ini bukan sahaja terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat seperti budaya Hedonisme iaitu yang suka berfoya-foya, dan berhibur dengan keterlaluan dan melalaikan, bahkan mereka seringkali dikaitkan dengan kegiatan penagihan dadah, rempit dan jenayah, ragut, lumba haram dan sebagainya.

    Mungkin pada hari ini jumlah ini sudah bertambah. Apakah punca permasalahn ini terus berlaku? Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk mempersiapkan belia ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan agama masa akan datang?

    Jika dimbas semasa zaman kegemilangan tamadun Islam, antara tokoh belia yang perlu dicontohi ialah Usama Bin Zaid yang ketika itu berusia 18 tahun telah menjadi panglima perang untuk menentang kerajaan Rom di Syam. Begitu juga semasa perkembangan Islam di Mekah sehingga berkembang ke Madinah, golongan muda seperti Saidina Ali Ibni Abi Talib, Saidina Osman Ibni Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi para sahabat nabi yang ketika itu menjadi pelopor kepada kebangkitan dan menjadi penggerak dan sentiasa berjuang dan berjihad dalam menegakkan ajaran Allah s.a.w. Kebanyakan mereka pada ketika itu, berusia kurang daripada 40 tahun.

    Melihat kepada suasana semasa, bagaimana sejarah lampau ini dapat diulangi semula, jika sebahagaian besar golongan belia tidak mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dan ummah? Sehubungan itu, dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai cermin masa hadapan negara, maka golongan belia ini perlu meletakkan diri mereka sebagai penggerak dan pembina tamadun yang unggul, yang dihormati oleh masyarakat dunia.

    Justeru itu, mereka perlu memikirkan masa depan agar dapat menghasilkan kesedaran. Bak kata pepatah "Menyesal dahulu pendapatan ,menyesal kemudian tidak berguna." Nama baik dan keperibadian yang tinggi perlu dijaga untuk jaminan masa depan. Oleh itu, golongan belia hari ini perlu menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang boleh menjamin masa depan cemerlang.

    Sebenarnya pada usia muda ini adalah waktu yang paling baik untuk menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dan apabila seseorang itu telah mencapai usia 40 tahun, dia dikatakan telah mencapai tahap kematangan. Apabila kematangan itu dicapai maka seseorang itu bolehlah memikul atau menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Nabi Muhammad SAW sendiri telah dilantik menjadi rasul ketika baginda berusia 40 tahun.

    Seperkara lagi golongan belia juga perlu menekankan kepada akhlak. Akhlak yang baik harus diiringi bersama-sama pegangan agama yang tidak longgar. Akhlak Rasulullah s.a.w perlu dijadikan contoh yang terbaik terutama di kalangan belia. Akhlak baginda Rasulullah s.a.w adalah seumpama al Quran.

    Andai akhlak baginda menjadi ikutan, kita dapat melahirkan pemimpin pada hari esok yang berakhlak mulia, berilmu dan mengamalkan amalan kerohanian yang mantap dalam semua hal terutama menguruskan pentadbiran negara.

    Walau apapun suasana semasa, kita masih tidak terlambat untuk membangunkan golongan belia hari ini. Usaha memperkasakan ilmu, selain kesedaran golongan belia hari ini terhadap gaya hidup Muslim yang mengamalkan ajaran islami, mampu mengangkat martabat golongan belia.

    Dalam pada itu, golongan belia perlu bersedia dalam memajukan diri dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Semoga golongan belia hari ini bersedia untuk menjadi seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat dalam usaha menjauhkan diri daripada sebarang amalan dan tindakan yang boleh merosakkan diri, maruah dan melemahkan umat Islam.

    Jika persediaan ini disempurnakan dengan baik dan rapi, maka cogankata "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara" dapat dilihat dan dilaksanakan dengan jayanya.


    "SELAMAT HARI BELIA"



    By hAng keBun with 2 comments

    Friday, May 14, 2010

    Abuya meninggal dunia ...Al-Fatihah

    Bekas pengasas dan pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Asaari Muhammad, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist di sini, pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

    Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.

    Anak Asaari, Mohd Niqdad, 29, yang dihubungi Berita Harian mengesahkan ketika menghembuskan nafas terakhir, ibunya, Tengku Noriah Tengku Abdullah dan dua ibu tiri, Hatijah Aam dan Noraziah Ibrahim, berada di sisi bapanya.

    "Abuya (bapa) memang kurang sihat sejak akhir-akhir ini tetapi doktor menyatakan kematiannya disebabkan paru-paru berair. Abuya singgah sebentar di sini selepas balik dari program ziarah di Thailand dan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu," katanya.

    Mohd Niqdad, anak ke-15 Asaari, berkata jenazah bapanya dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

    Jenazah Asaari yang dikenali sebagai `Abuya' di kalangan pengikutnya, dibawa ke rumah tamu syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) di Lorong Raja DiHilir, Tambun di sini, untuk solat jenazah selepas solat Asar. Kira-kira 100 pengikutnya berada di rumah berkenaan.
    Selepas itu, jenazah dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard beserta beberapa kenderaan lain keluar dari pekarangan banglo itu kira-kira jam 5.40 petang untuk dibawa ke Negeri Sembilan.

    Di pintu masuk banglo berkenaan, ada sepanduk tertera ‘Selamat Pulang Abuya Fata At Tamimi ke Malaysia' manakala di sepanjang pagar beberapa sepanduk kecil tertera logo syarikat serta perkataan seperti Abuya Penyelamat Kami, Abuya Bapa Poligami dan Abuya Hidup Mati Kami.

    Sementara itu, seorang kakitangan Global Ikhwan, Marzuki Hussain, 57, berkata Allahyarham singgah di sini dalam perjalanan pulang dari Thailand atas urusan perniagaan.

    "Allahyarham adalah Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan dan berada di sini beberapa hari lalu untuk pertemuan dengan kakitangan syarikat di sini," katanya.

    Beliau berkata, Asaari dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di rumah tamu berkenaan.

    Kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.

    Asaari yang dilahirkan pada 30 Oktober 1937, ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan Al-Arqam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pernah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan dalam kumpulan berkenaan.

    Allahyarham pernah dikenakan tahanan rumah di kediamannya di Rawang, Selangor dan Pulau Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Oktober 2004.


    sumber: Berita Harian 14/5/2010

    By hAng keBun with 2 comments

    Thursday, May 13, 2010

    penangan i-city klang


    tiap-tiap hari boleh dikatakan i-city klang menjadi perhatian orang ramai.....

    baik dari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar daerah.....

    sekarang nie setiap penjuru jalan nak masuk ke lokasi tersebut pasti menghadapi kesesakan lalu lintas terutamanya setiap hari jumaat hingga ahad....

    maklumlah hari-hari cuti hujung minggu....

    sekurang-kurangnya ia menjadi juga salah satu sumber pelancongan di negeri selangor dan memberi sumber pendapatan kepada peniaga kerana setiap malam diadakan seperti "up town".....sesak beb








    By hAng keBun with 2 comments

    Wednesday, May 12, 2010

    Ally Iskandar tayang dada nampak tahi lalat


    setiap pagi isnin hingga jumaat boleh dikatakan aku senantiasa menonton satu program di TV3 iaitu MALAYSIA HARI INI (MHI).....

    banyak juga maklumat-maklumat yang kita boleh perolehi daripada isu-isu semasa, kesihatan, perundangan, aktiviti-aktiviti terkini dan banyak lagi.....

    pagi tadi Ally dgn AG Hot FM yang mengelola rancangan tersebut.....

    yang aku hairan, semasa Ally menemuramah tetamu jemputan, cara pemakaiannya macam tak siap jer....

    dah la antara tetamu yang ditemuramah tu dari golongan akedemik tak kan 'krew' MHI tak perasan mengenai cara pemakaian si Ally tu sehingga menampakkan dada yang bertahi lalat la pulak....

    atau si Ally tu sengaja nak menunjukkan dada nya yang bertahi lalat kepada penonton terutamanya kaum Hawa yang masih bujang????

    aku harap pihak penerbitan TV3 kene lah memandang perkara ini lebih teliti....jangan memandang remeh tentang pemakaian sebelum dipertonton kan kepada masyarakat dan kena lah mengikut kesesuaian program atau acara.....

    bagi Ally pula mungkin perkara ini dianggap biasa atau tidak sengaja, tapi harus diingat bahawa saudara juga sedang menguruskan program realiti TV, Malaysian Top Host di mana memberi pembelajaran dan pengetahuan kepada peserta mengenai cara pengendalian sesuatu program.....

    jangan nanti orang mengata "BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS....



    By hAng keBun with 4 comments

    lagi cerita kecuaian hospital kerajaan



    Mungkin kita sudah jelak disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada sahaja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang aku bimbang dengan perkhidmatan yang disediakan.

    Hospital yang sepatutnya menjadi rumah bagi mereka yang dahagakan rawatan akhirnya menjadi pemula segala episod derita yang tak pernah diimpikan. Kadang-kadang takut merujuk hospital kala dihambat kesakitan. Risau pula penyakit lain yang datang.

    Bila kita bercerita tentang hospital kerajaan, nanti dikatakan pula tidak menghargai perkhidmatan yang diberi dengan bayaran yang tidak setinggi berbanding hospital swasta.

    Masalahnya bukannya bayaran perkhidmatan, tetapi perkhidmatan itu sendiri yang menjadi keraguan kepada masyarakat.

    Baru tadi aku menerima berita sahabat aku yang baru berkahwin, isterinya keguguran kerana ketidak pastian pihak hospital kerajaan terhadap status kandungan yang berpunca dari beberapa kali pendarahan.

    Yang aku pelik, bermacam-macam kaedah telah dilakukan 'rodok sana sini' sampai bengkak tangan, tapi tak dapat memastikan kandungan dalam perut.

    Dalam keadaan begitu, pihak hospital tersebut siap boleh memberi arahan kepada isteri sahabat ku ini dengan memberi kebenaran keluar dari wad dan boleh datang semula pada minggu hadapan untuk 'chek' sekali lagi.

    Sahabat ku ini menjadi resah dan menghubungi aku meminta pandangan dan aku mengsyorkan agar terus merujuk kepada salah satu hospital swasta.

    Apabila sahabat ku ini pergi membawa isterinya ke hospital swasta akhirnya dia mendapat kepastian daripada doktor yang bertugas di mana kandungan dalam perut isterinya sudah tiada, dalam erti kata lain dah gugur.

    Aku cukup hairan, rasanya kelengkapan hospital kerajaan pada masa sekarang tidak lagi seperti dulu. Peralatannya boleh dikatakan sudah canggih.

    Kenapa boleh jadi kes sebegini????

    Kalau sahabat aku tadi tidak pergi merujuk kepada hospital swasta, sampai minggu depan la baru dia dapat tau kandungan dalam perut isterinya sudah tiada dan isterinya pula terpaksa menahan sakit sambil menunggu temujanji pada minggu hadapan.

    Kalau hendak disenaraikan memang ada banyak lagi. Tapi pada pandangan aku perkhidmatan rawatan hospital-hospital kerajaan masih ditahap yang menyedihkan.

    Aku tidak kisah kalau orang mahu mengata yang fasiliti kita kelas ketiga. Umpama negara yang baru lepas perang, biarlah, tapi yang penting tahap profesionalisma dan mutu perkhidmatan biar kelas pertama, sebab sekali kita melakukan kesilapan nyawa yang menjadi taruhan!


    Apa-apa pun.....

    "SELAMAT HARI JURURAWAT"

    kepada semua penjawat jawatan tersebut.....

    aku harap isu-isu yang timbul ini dapat memberi rasangan yang positif bagi mempertingkatkan

    mutu perkhidmatan dan kemahiran dalam sistem perubatan di negara kita....


    By hAng keBun with 4 comments
    Related Posts with Thumbnails