Mungkin kita sudah jelak disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada sahaja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang aku bimbang dengan perkhidmatan yang disediakan.
Hospital yang sepatutnya menjadi rumah bagi mereka yang dahagakan rawatan akhirnya menjadi pemula segala episod derita yang tak pernah diimpikan. Kadang-kadang takut merujuk hospital kala dihambat kesakitan. Risau pula penyakit lain yang datang.
Bila kita bercerita tentang hospital kerajaan, nanti dikatakan pula tidak menghargai perkhidmatan yang diberi dengan bayaran yang tidak setinggi berbanding hospital swasta.
Masalahnya bukannya bayaran perkhidmatan, tetapi perkhidmatan itu sendiri yang menjadi keraguan kepada masyarakat.
Baru tadi aku menerima berita sahabat aku yang baru berkahwin, isterinya keguguran kerana ketidak pastian pihak hospital kerajaan terhadap status kandungan yang berpunca dari beberapa kali pendarahan.
Yang aku pelik, bermacam-macam kaedah telah dilakukan 'rodok sana sini' sampai bengkak tangan, tapi tak dapat memastikan kandungan dalam perut.
Dalam keadaan begitu, pihak hospital tersebut siap boleh memberi arahan kepada isteri sahabat ku ini dengan memberi kebenaran keluar dari wad dan boleh datang semula pada minggu hadapan untuk 'chek' sekali lagi.
Sahabat ku ini menjadi resah dan menghubungi aku meminta pandangan dan aku mengsyorkan agar terus merujuk kepada salah satu hospital swasta.
Apabila sahabat ku ini pergi membawa isterinya ke hospital swasta akhirnya dia mendapat kepastian daripada doktor yang bertugas di mana kandungan dalam perut isterinya sudah tiada, dalam erti kata lain dah gugur.
Aku cukup hairan, rasanya kelengkapan hospital kerajaan pada masa sekarang tidak lagi seperti dulu. Peralatannya boleh dikatakan sudah canggih.
Kenapa boleh jadi kes sebegini????
Kalau sahabat aku tadi tidak pergi merujuk kepada hospital swasta, sampai minggu depan la baru dia dapat tau kandungan dalam perut isterinya sudah tiada dan isterinya pula terpaksa menahan sakit sambil menunggu temujanji pada minggu hadapan.
Kalau hendak disenaraikan memang ada banyak lagi. Tapi pada pandangan aku perkhidmatan rawatan hospital-hospital kerajaan masih ditahap yang menyedihkan.Aku tidak kisah kalau orang mahu mengata yang fasiliti kita kelas ketiga. Umpama negara yang baru lepas perang, biarlah, tapi yang penting tahap profesionalisma dan mutu perkhidmatan biar kelas pertama, sebab sekali kita melakukan kesilapan nyawa yang menjadi taruhan!
Apa-apa pun.....
"SELAMAT HARI JURURAWAT"
kepada semua penjawat jawatan tersebut.....
aku harap isu-isu yang timbul ini dapat memberi rasangan yang positif bagi mempertingkatkan
mutu perkhidmatan dan kemahiran dalam sistem perubatan di negara kita....
4 comments:
Dahsyatnya. Sampai gugur. Ish3.
time training dulu pun main2..itu yang servis langsung tak bagus tu..pernah baca artikel yang nurse pun kira specialist dekat UK sebab diorang memang betul2 specialist=)
Bersalin anak sulong dulupun kat hospital kerajaan. Sampai takut dah nak bersalin sebab layanan y teruk. Anak y lain semua bersalin di hospital swasta. layanan dasyat...terasa senang je beranak walaupun sakit.
lagi menyedihkan...pd masa yg sama, ada satu kes...seorang ibu muda bersalin kembar tp kandungan nya meninggal dunia...
Post a Comment