NAIK 'bengang' penyanyi Mas Idayu, apabila anak didik atau protegenya, Shaq gagal memberikan persembahan yang diharapkan pada konsert mingguan Mentor 4, di Shah Alam, Ahad lalu. Dengan mata yang terbeliak dan suara lantang, Mas Idayu melepaskan geramnya pada sidang media selepas acara selesai.
"Saya tak tahu apa dah jadi dengan Shaq. Suaranya memang tenggelam berbanding Mohd. Sebutan lirik serta penyampaian vokalnya tidak jelas. "Saya akan beri hukuman berat kepada Shaq dan akan mendendanya untuk meningkatkan persembahan pada konsert akan datang. "Terus terang, saya tak puas hati langsung sebab Shaq dapat markah terendah untuk konsert malam ini. Pemarkahan juri awam dan profesional yang kurang boleh menjejaskan kedudukannya. Lebih kecewa, peminat Shaq malam ini lebih ramai berbanding Ila dan Nani," kata Mas Idayu.
Shaq pula hanya berdiam diri dan mendengar nasihat yang diberikan mentornya.
Tidak lama selepas itu, Shaq kemudian menitiskan air mata dan dipujuk penasihat Mentor 4, Ajai selain rakannya. Drama itu jelas satu lagi babak menarik dalam Mentor 4 yang sekarang mendapat 'rating' tertinggi. Minggu lalu Ziana Zain menyingkirkan protegenya, Thalia, yang khabarnya ada hubung kait dengan komitmen, disiplin serta sikap. Apa yang nyata, persaingan hangat antara tiga peserta Kumpulan A pada konsert Mentor 4 terus sengit. Jelas selepas selesai, protege Joe Flizzow, Ila, mengungguli konsert itu.
Pada saingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Ila atau Damiaa Johar, 21, menyerlah melalui Jeritan Batinku yang melonjak mendapat markah tertinggi sebanyak keseluruhan 37 mata.
Nani atau Nurhadzwani Salleh, 24, (protege Azmeer) mendapat 36 mata sementara juara dua minggu lalu, Mohd Shabini Ibrahim atau Shaq, 25, protege Mas Idayu tercicir di bawah dengan 27 mata.
Bagi markah keseluruhan, Ila (Joe Flizzow) menduduki tangga teratas kumpulan A dengan 70 mata diikuti Shaq (69) dan Nani (61).
Joe nyata cukup gembira usaha keras berlatih selama tiga hari di studio memberi hasil.
"Kami mengambil risiko kerana suara Ila lebih kepada rock dan kurang sesuai untuk lagu kedua. Apapun, saya gembira mendapat perhatian juri profesional.
Kami akan memilih lagu lebih sesuai dengan vokal Ila nanti," katanya.
Pada persembahan pertama, Shaq menyampaikan lagu Zapin Ya Salam dan berduet bersama protege Ziana Zian, Mohd dengan membawa lagu Aduhai Seribu Kali Sayang. Ila pula berduet bersama Ayim (Mus May) dengan lagu Paling Comel dan Jeritan Batinku.
Nani pula menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah serta bermain gitar membawa lagu Bencinta sebelum berduet bersama Adi (Dayang Nurfaizah) menyampaikan Ghazal Untuk Rabiah. Pemarkahan dibuat berdasarkan tiga bahagian. 50 peratus melalui juri profesional, 30 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sementara 20 peratus menerusi juri awam. Peserta diadili dua juri profesional, Aubrey Suwito dan Yasin manakala ia dihoskan Ally Iskandar.
12 comments:
tak suka la mas idayu.. over sangat mentor kali ni..
My latest entry : Sekuel Tebaru Iron Man, Ironing Man !
dah tau nak kalah kot...hehe
o0o0..da mcm bce berita plak kt blog ni..hehe
salam..
kaknon rasa, mas idayu tersalah pilih.. hahahaha.. kan Mohd tu short listed die.. tapi ntah camne die leh nampak shaq pulak.. ade sorang lagi peserta short listed die.. nyanyi muka slumber jer.. suara sedap tapi rupa kureng cket.. memang nampak Mohd dengan Shaq la lebih bgs.. kekekekeke..
macam bagus sgt lar mas idayu tu...musim lepas menang pn sbb suara black memang sedap dan dia pandai nyanyi...
http://ceritasekupang.blogspot.com/
mulut je terlebih laser..
raih undi ler tuuu...last2 terkeluar lak...
mas oh mas... mas cotek lagi mantap...
dan sedap d kunyah...
pukul tanda sayang!
mas mas... pecita alahai
melebih2 pulak si mas ni..mmg menyampah @_@
Post a Comment