DI kala siri televisyen lain diarah untuk diberhentikan penerbitan dan tayangannya ekoran jumlah penontonan yang tidak memberangsangkan, lain pula dengan nasib siri drama popular, Desperate Housewives (DH).
Biarpun siri itu tidak sehangat kemunculannya hampir enam tahun lalu, tetapi populariti masih lagi berada di tahap yang membanggakan kerana memiliki kelompok peminat tersendiri.
Demi memastikan rating rancangan itu terus berada di kelompok 10 siri terbaik di Amerika Syarikat (AS), penerbit dan pencipta DH, Marc Cherry mengumumkan berita baru yang bakal mewarnai DH untuk musim akan datang.
Berita gembira yang diumumkan baru-baru ini adalah penyertaan pelakon dan penyanyi popular, Vanessa Williams yang akan muncul sebagai salah seorang pelakon tetap DH untuk musim terbaru kelak.
Selepas siri Ugly Betty dihentikan, ternyata rezeki masih lagi berpihak kepada Williams untuk meneruskan kerjaya seninya sebagai seorang aktres televisyen.Buat masa ini, watak dan karakter yang bakal dilakonkan oleh Williams masih lagi dirahsiakan sehingga pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.
Dalam masa yang sama, ada berita sedih buat penggemar siri itu apabila pemain watak Orson Hodge iaitu Kyle MacLachlan mengumumkan akan mengundurkan diri daripada siri itu.
Pengunduran MacLachlan dikatakan ada berkaitan dengan ketidakpuasan aktor itu terhadap watak yang dilihatnya tidak banyak berkembang selepas empat tahun diperkenalkan dalam siri itu.
Siri baru DH dijangka akan ditayangkan di AS pada penghujung tahun ini dan peminat siri itu di Malaysia akan berpeluang menyaksikannya tahun depan.
3 comments:
entah tahun bila lah citer ni nak habes...dah macam anime
my favourite kott citer DH niee ;)
leh jd panduan gak bg yg belum berumah tangge...
Post a Comment