mungkin kita sedar atau tidak, dalam diam-diam penyakit H1N1 nie dah meragut nyawa manusia dalam masa terdekat ini.....
jadi aku menyarankan agar kita semua berhati-hati semasa kita berada di luar rumah dan sebelum nak masuk rumah.....
berita terkini.....
Wanita 41 tahun korban terbaru H1N1
KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang wanita berumur 41 tahun dari Pulau Pinang menjadi mangsa terbaru meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah terkini kematian akibat H1N1 seramai 87 orang.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa yang dilaporkan mengalami gejala demam, batuk dan masalah pernafasan selama dua hari telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
“Mangsa mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk semasa dalam rawatan dan meninggal dunia pada hari yang sama.
“Hasil perbincangan pakar-pakar telah mengesahkan punca kematian pesakit ini disebabkan jangkitan virus H1N1,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Sehingga 21 Mac lalu, dianggarkan lebih 16,931 kematian dicatatkan akibat H1N1 di seluruh dunia dengan kawasan aktif jangkitan di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. - Utusan
2 comments:
bahaya tu
bahaya tu...
Post a Comment