Walaupun agenda lompat parti itu dikatakan demokrasi sebab hak wakil rakyat berkenaan untuk menentukan arah politiknya yang disebabkan oleh pada alasan kebiasaan dan logiknya seperti berikut:-
i. Hilang kepercayaan kepada bos lama
ii. Menjaga kepentingan wakil rakyat yang diwakilinya
Tapi pada hakikatnya, hak dan tanggungjawab rakyat ditidakkan dan dipinggirkan oleh 'prinsip wakil rakyat' berkenaan. Persoalan keduanya, apakah prinsip wakil rakyat ini yang terbaik bagi rakyat yang diwakilinya? Jika diimbas dan pada pendapat saya, rakyat memilih wakil rakyat berkenaan kerana kepercayaan dan keyakinan kepada parti yang diwakili terlebih dahulu baru diikuti oleh peribadi wakil rakyat itu.
Oleh itu, apakah kita mahu sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan kita pada masa hadapan dicorak dan dikias oleh agenda lompat parti ini? Jika hal ini berlaku, maka geo-politik kita akan tidak pernah bebas daripada ketidakstabilan sebab kita dan kerajaan kita yang membenarkannya berlaku.
Adalah dicadangkan agar kita terus bersuara agar agenda lompat parti ini terus diharamkan dan perkara berikut hendaklah dikuatkuasakan demi kepentingan rakyat.....
i. Memberi hak kepada rakyat semula untuk membuat undian semula kiranya wakil rakyat mereka lompat parti. Maksudnya adalah wakil rakyat berkenaan hilang hak sebagai wakil rakyat jika dia melompat parti. Maka rakyat diberi kepuasan untuk memilih semula.
ii. Mengharamkam sama sekali agenda lompat parti ini.
iii. Tidak membenarkan langsung aktiviti lompat parti terutamanya setiap kali kempen pilihanraya.
Sebenarnya undang-undang melarang perbuatan melompat parti telah pun wujud di tiga buah negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Kelantan. Perlembagaan Negeri Sarawak telah dipinda pada bulan November 1994 dengan menambah Klausa 7 kepada Artikel 17 Perlembagaan Negeri bagi membenarkan undang-undang antilompat digubal.
Klausa 7(a) antaranya menyebut: "Mana-mana orang yang secara sukarela memberi akujanji kepada Speaker secara bertulis bahawa dia tidak akan meninggalkan keahliannya daripada parti politik yang beliau bertanding atau yang dia ceburi apabila dilantik di Dun hendaklah, sekiranya dia meninggalkan parti politik selepas dipilih, hilang kelayakan demi kepentingan integriti politik dan moraliti daripada terus menerus menjadi ahli Dun dan berkuatkuasa daripada tarikh dia meninggalkan parti politik tersebut."
Manakalah Klausa 7(b) pula menyebut: "Bagi mengelak sebarang keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan klausa ini tidak boleh diambil sebagai mengenakan halangan mana-mana orang daripada menjadi ahli mana-mana parti politik, secara kekal atau sebaliknya.”
2 comments:
nampak sangat tak ada jati diri...
jgn join politik jika hanya mementingkn rm....
Post a Comment