Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH & ABAH

Assalamu’alaikum,

Kepada Bapa-bapa sekelian, hayatilah firman Allah dan terjemahan di bawah;

Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka”

Kaum Muslimin sekelian, kamu diibaratkan seperti

payung

Menjaga kami dari kehinaan di dunia dan keazaban di akhirat. Wallahu’lam.






By hAng keBun with No comments

Friday, June 18, 2010

Terbaru: Pengiklanan untuk bloger

ManggaAd ni adalah revolusi pengiklanan terbaru di blog atau web,jadi kepada rakan-rakan blogger yang masih mencari pengiklanan tu, boleh mencuba dengan ManggaAd.

Anda boleh terus lawati lamannya http://network.manggaonline.com.my dan dibawakan terus ke page seperti gambar di atas.Pilihan view dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris diberikan.

Hanya dengan 3 langkah yang mudah,blog anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan.

5 SEBAB UTAMA mengapa ManggaAd adalah Rangkaian Iklan Blog TERBAIK di Malaysia! :-

1. KEUNTUNGAN YANG LEBIH TINGGI.
2. DASHBOARD AHLI YANG MENARIK.
3. DISOKONG SYARIKAT MEDIA BERPENGARUH.
4. BAYARAN YANG CEPAT DAN MUDAH.
5. RANGKAIAN SOSIAL UNTUK PENULIS BLOG.

Itu adalah sedikit sebanyak sebab mengapa harus menggunakan perkhidmatan ManggaAd ini.

Untuk pengetahuan, ManggaAd sedang menjalankan peraduan untuk merekrut para blogger menyertai syarikat pengiklanan sebagai publisher / blogger mereka dan hadiah-hadiah menarik menanti anda.Untuk maklumat lanjut sila klik iklan di bawah ni :-

By hAng keBun with No comments

Wednesday, June 16, 2010

haa!!!! masuk i-city klang sekarang kene bayar


baru-baru nie saja jer aku nak pusing bawak anak-anak tengok lampu yang macam-macam rekaan dan warna....

walau pun sebenar nya ia laluan aku hari-hari dari rumah aku di klang ke rumah keluarga ku di shah alam...tapi nak memenuhi permintaan anak aku yang kecik nie, aku pun masuk ler laluan ke arah lokasi tersebut....

pada mulanya aku tak heran ler bab kereta kene beratur sebelum nak masuk ke tempat tersebut kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan

tapi rupa nya ada sebab lain la pulak.....

BAYAR RM1 untuk masuk

BAYAR RM10 (parking vip) bagi yang nak letak kereta betol-betol dekat dengan kawasan lampu yang cantik tu....

kalau tak kene la letak kereta jauh sikit dari kawasan tersebut....makna nya kene la jalan kaki...

pada aku bayaran yang dikenakan tu ok ler jugak....

bagi yang rasa nak buat senaman kaki leh masuk dalam bajet RM1 jer....

dan kawasan tu pun sekarang dah meriah....macam-macam jenis lampu ade, kemudian dah ade macam 'up town' pulak tu.....

bagi yang masih belum ke sana pergi la....takut nanti kadar bayaran makin lama makin naik pulak....




By hAng keBun with No comments

Monday, June 14, 2010

nak bukak khidmat sosial


kadang kala kita ade menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan tidak kira dari segi wang ringgit mahu pun tenaga....

tidak kurang juga ada yang menghulurkan bantuan dengan memberi pandangan serta nasihat agar sesuatu pihak itu mendapat manafaat nye....

itu semua kalau kita lihat boleh dikategorikan sebagai 'pemberi khidmat sosial'.....

pada masa sekarang perkara seumpama ini dah banyak di tubuhkan melalui badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan (ngo) atau pun individu-individu yang telah memberi maklumat kepada orang ramai berkenaan kegiatan yang aku sebut kan tadi....

tapi ada juga pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan aktivti ini bagi mengaut keuntungan dan apabila perkara ini terjadi, masyarakat merasakan mereka telah tertipu mahu pun terpedaya.....

apabila perkara ini terjadi, maklumat tidak sampai kepada golongan yang betol-betol memerlukan bantuan....

oleh itu, dengan rasa rendah diri aku menawarkan satu perkhidmatan yang dinamakan "KHIDMAT SOSIAL" kepada masyarakat di luar sana....

perkhidmatan yang aku berikan adalah berlandaskan pengalaman aku dalam perkara ini lebih kurang 15 tahun serta maklumat-maklumat tepat yang boleh aku salurkan tanpa mengenakan sebarang bayaran....

dalam erti kata lain "PERKHIDMATAN SOSIAL INI ADALAH PERCUMA"....


antara perkhidmatan yang akan aku berikan ialah;

1. khidmat nasihat (yang munasabah sahaja, seperti contoh pembelajaran dan pekerjaan)

2. memberi maklumat tepat berkenaan saluran-saluran yang boleh
membantu permasalahan yang dihadapi



boleh menghubungi aku di email berikut;
shahrirjani@gmail.com

By hAng keBun with No comments

Saturday, June 12, 2010

dah ade company sendiri


alhamdulillah.....aku bersama rakan kongsi telah menubuhkan satu syarikat bagi memeriahkan lagi dunia perniagaan masa kini....ini pun hasil cadangan rakan kongsi juge....

kali ini aku akan memberi tumpuan kepada aktiviti utama syarikat bersama-sama dengan rakan kongsi yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan saling berbincang antara kami walau pun jarang berjumpa tapi masih sempat call@sms....

tangungjawab ku terhadap urus tadbir koperasi serta penglibatan ku dengan badan-badan bukan kerajaan yang lain akan tetap ku teruskan seperti mana yang dirancang sebelum ini....

aku berdoa agar penglibatan aku kali ini akan memperoleh kejayaan seperti mana orang lain juga yang mahu berjaya.....aminnnnnn

bagi kawan-kawan semua yang ade kaitan dengan peralatan komunikasi di tempat kerja....leh ler hubungi untuk keterangan lanjut....hehehehe


*klik jer logo syarikat di atas.....tq

By hAng keBun with No comments

Friday, June 11, 2010

dah leh sambung komen

bagi yang tak sabar nak bagi komen setiap entri aku untuk makluman keadaan dah kembali normal....haksssss

mohon maaf jika sebelum nie ade masalah yang tak dapat dielakkan..........tapi memang lawak rupanye masalah tu kecik jer rupanya......hahahaha

maklum ler budak baru belajar berbloging...........

aku jugak menjemput kawan-kawan semua memeriahkan kontest yang aku anjurkan nie.....

terima kasih atas sokongan semua.............komen jangan tak komen




By hAng keBun with No comments

debaran 4 tahun sekali dah tiba


aku sebenarnya kaki bola juga cuma semenjak kawin 11 tahun nie memang berat nak turun padang bagi meringan kan kaki serta mengurang kan otot-otot yang tak sepatut nya ade di dalam badan ku....hehehe

walau pun begitu....semangat aku pada bola sepak nie tak pernah luntur sehingga kini....insyallah

sekarang tiba demam bola sepak bagi melihat aksi-aksi pemain hebat di dunia lebih kurang selama sebulan....

pasti kita akan melihat pelbagai kerenah baik pemain dan penyokong nya.....

bagi pemain pula akan menunjukkan aksi masing-masing terutamanya untuk mendapatkan status pemain terbaik dan juga penjaring terbanyak.....



By hAng keBun with No comments

Wednesday, June 9, 2010

haiwan pun sayang kan anak nye


baru-baru nie aku pergi minum dengan kawan aku di suatu tempat...

apa yang menyentuh perasaan aku ialah apabila melihat seekor anjing tengah melindungi anak-anak nye dari kesejukan sebab baru jer lepas ujan.....

jadi aku harap sangat kita yang manusia nie yang mempunyai akal fikiran yang waras jangan ler membuat angkara dengan membuang anak tak tentu hala....

pagi tadi sempat gak aku menonton slot malaysia hari ini di tv3 di mana sekarang ade beberapa pihak sedang rancak menyediakan satu tempat khas bagi mereka yang nak 'buang anak' boleh meletakkan di tempat yang di sediakan.....

pada aku benda ni ada baik dan buruk nya....renung-renung kan



By hAng keBun with No comments

Monday, June 7, 2010

azmeer...suratan@kebetulan ke separuh akhir mentor4


kita sedia maklum bagi kumpulan A mas idayu bersama protegenya Shaq tidak dapat meneruskan perjuangan mereka ke peringkat separuh akhir mentor musim ke 4.....

apa-apa pun tahniah kepada mereka yang layak terutamanya joe flizzow bersama protegnya ila atau Damiaa Johan menjadi juara kumpulan A dengan markah 109...

Nani atau Nurhadzwani Salleh, 24, (protege Azmeer) mendapat 98 mata.....

Mohd Shabini Ibrahim atau Shaq, 25, protege Mas Idayu tercicir di bawah dengan 96 mata....






By hAng keBun with No comments

Tuesday, June 1, 2010

TERUS PERTAHANKAN NEGARA TERCINTA

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.


TUDM akan menyambut Ulangtahun ke 52 pada 1 Jun 2010. Bagi memperingati hari bersejarah ini, pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan pelbagai pihak samada anggota TUDM yang sedang berkhidmat, yang telah bersara dan juga masyarakat awam. Sambutan kali ini akan bertumpu di Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang merupakan pangkalan pertama Tentera Udara Diraja Malaysia.



"TAHNIAH DAN TERUSKAN MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA YANG TERCINTA"



http://www.airforce.gov.my

By hAng keBun with No comments
Related Posts with Thumbnails