Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Warga emas 100 tahun tetap mahu mengundi


 "Kalau masih dipanjangkan umur, Pak Long akan tetap keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Semoga Allah panjangkan usia Pak Long supaya dapat mengundi lagi," demikian kata Othman Daud dari Kampung Tanah Liat, Mukim 8 di sini yang menyambut hari lahirnya yang ke-100 hari ini.

Beliau berkata, beliau mula mengundi sejak pilihan raya umum pertama pada 1959 dan tidak pernah terlepas keluar mengundi pada setiap kali pilihan raya diadakan. 


Hari lahirnya diraikan dengan meriah oleh sanak-saudara dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya. 


Namun beliau tidak pernah berkahwin kerana lebih selesa hidup bersendirian. 

Ditanya pemberita mengenai rahsia beliau kekal sihat, Pak Long berkata, beliau sering mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan ulam-ulaman termasuk pucuk 'maman'.

"Tak dak sebarang petua yang diamalkan untuk kekal sihat. Rutin harian Pak Long seperti biasa. Sejak muda lagi selepas solat Subuh, Pak Long akan bersarapan sebelum kayuh basikal kira-kira satu kilometer ke bendang.

"Jam 11 pagi, Pak Long balik berehat dan pi balik ke bendang lepas Zohor. Sekurang-kurangnya empat jam Pak Long di bendang setiap hari," katanya. 
Mengenai keluarganya, Othman adalah anak sulung daripada 12 adik- beradik berkata hanya dua adik perempuan dan seorang adik lelakinya yang masih hidup.

"Lapan lagi adik beradik Pak Long dah meninggal. Pak Long tinggal dengan anak saudara Pak Long, Faridah Ariffin dan dua adik perempuan Pak Long yang berusia 71 dan 75 tahun.

"Faridah yang jaga makan pakai kami," tambahnya.

Penglihatannya masih jelas dan tidak memerlukan cermin mata untuk membaca atau melaksanakan aktiviti harian.

"Pak Long juga suka membaca dan Alhamdulillah mata masih OK dan tidak perlu cermin mata. Sehingga hari ini Pak Long rasa bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit," katanya dengan wajah yang ceria.

Faridah, 44, berkata beliau tidak sukar menjaga bapa saudaranya itu yang masih kuat untuk menguruskan keperluannya sendiri.

"Saya bekerja sebagai operator pengeluaran dan sekiranya tidak sibuk, saya masak untuk tengah hari dan jika tidak, Pak Long akan makan di luar. 

"Pak Long mengerjakan sawah hanyalah untuk mengisi masa terluang, kerana dia sudah biasa tidak boleh duduk diam sejak muda," tambahnya.

Di samping itu Othman mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. - BERNAMA

By hAng keBun with

Sunday, November 25, 2012

'Ini cara kami cegah gejala maksiat' - ada berani


PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.
Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.
Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.
"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



By hAng keBun with
Related Posts with Thumbnails