Saturday, July 30, 2011

Syarat Sah Puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Sempurna akal fikirannya pada hari itu
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

By hAng keBun with

Friday, July 29, 2011

Rukun-rukun Puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).

By hAng keBun with No comments

Thursday, July 28, 2011

Syarat Wajib Berpuasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

By hAng keBun with No comments

Wednesday, July 27, 2011

Hukum Berpuasa

Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 tiap-tiap bulan

Tempoh haram puasa merupakan tempoh tertentu yang umat Islam dilarang (diharamkan) berpuasa.

By hAng keBun with No comments

Tuesday, July 26, 2011

Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.



By hAng keBun with No comments

Wednesday, July 20, 2011

Pemutihan PATI

Program yang dinamakan '6P iaitu pendaftaran, pemutìhan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan.Ia akan dilaksana melalui gerakan pendaftaran merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.


* Jika ada individu-individu berikut di bawah jagaan anda boleh hubungi saya 010-3065 879 @ email shahrirjani@gmail.com....komisen juga disediakan

By hAng keBun with 2 comments

Tuesday, July 19, 2011

pegrhhh...cikgu sekolah pun dpt ipad...tahniah cikgu




Ibu bapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Mereka merupakan insan yang memerlukan bimbingan agar menjadi orang berguna kepada negara dan bangsa pada masa hadapan.

Melalui pendidikan awal, keperibadian anak-anak ini dapat dibentuk untuk memastikan mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa sekaligus menyumbang kepada negara.

Bagaimanapun, di sebalik tugasan harian yang dibebani ibu bapa, kadang kala menyukarkan pemantauan terhadap gerak geri anak-anak terutamanya apabila melangkah ke alam persekolahan sehingga mereka terdedah kepada gejala ponteng sekolah yang seterusnya menyumbang kepada masalah sosial.

Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu pembentukan keperibadian anak-anak, syarikat bumiputera Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.

Sebagai permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman, Terengganu telah menjadi perintis dalam penggunaan aplikasi ini.

Ia telah membekalkan sebanyak 41 iPad untuk guru-guru kelas di sekolah berkenaan.

Selain daripada Apple, ia juga mendapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang sememangnya memberi penekanan terhadap pendidikan.

Selepas tiga bulan tempoh percubaan, jika mendapat maklum balas baik daripada guru dan ibu bapa, ia akan diteruskan usaha ke sekolah seterusnya iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, Terengganu dengan menggunakan iPad2.

By hAng keBun with No comments

Tuesday, July 12, 2011

Tau kah anda apa itu Sindrom Williams

KANAK-KANAK ini kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Sikap ramah mereka kadangkala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik keceriaan itu, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit.

Malah, ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut.

Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, SW pula sebaliknya. SW juga tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ).

Sukar dikesan

Di Amerika Syarikat misalnya, nisbah kelahiran bayi yang menghidap penyakit SW ialah 1:20,000 atau 30,000.

Menurut Ketua Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Thong Meow Keong, bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung.

“Sukar untuk mengesan SW kerana terdapat kombinasi ciri yang pelbagai dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap SW,” katanya.

Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J. Williams, iaitu doktor pertama yang mengenal pasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.

Melalui jurnalnya, Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.

Meow Keong berkata SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa.

Sebaliknya ia berlaku apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang.

Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung.

“Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.

Otak

“Sukar untuk mengesan SW pada peringkat awal kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah kita kenali pada kanak-kanak Sindrom Down,” kata Meow Keong.


KANAK-KANAK SW mempunyai ciri-ciri tertentu pada wajah mereka seperti bengkak di sekitar mata dengan kelopak mata yang berlipat dan mulut yang lebar.


Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan.

Di Malaysia dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah PJJ.

Meow Keong berkata pesakit SW jika tidak diagnosis lebih awal boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi terutama membabitkan jantung.

“Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, SW boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung.

“Kemudian, pesakit akan terus dirujuk kepada doktor kardiologi untuk menjalankan pembedahan jantung ataupun injap yang sempit bagi menyelamatkan bayi atau kanak-kanak Sindrom Williams,” katanya.

Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak SW juga agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah.

“Ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu merujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.

“Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal,” katanya.

Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit SW mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa.

Dikenali dengan wajah ceria happy face, kajian menunjukkan pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.

“Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami. Namun, memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik.

“Malah, ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik,” katanya.

By hAng keBun with No comments

Saturday, July 9, 2011

Promosi Kuih Raya telah bermula!!!!!!!!




Untuk gambar kuih yang lain leh klik http://www.facebook.com/event.php?eid=115091171916458 @ http://www.facebook.com/media/set/?set=a.247423158601560.73125.100000016347001


Harga RM21.00 1 bekas ada 50 biji/ketul

Kecuali Mini Popia RM16.00 1/2 kilo




By hAng keBun with No comments

Friday, July 8, 2011

Parlimen Belia dijangka tahun 2013

Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksanakan menjelang tahun 2013 dengan melibatkan seramai 222 perwakilan belia dari setiap Parlimen di seluruh negara.

Bagaimanapun, pelan tindakan penubuhan PBM akan melalui beberapa peringkat sebelum ia dapat direalisasikan untuk menjana pembangunan generasi muda masa hadapan.

Antara peringkat yang kritikal adalah seperti pemilihan perwakilan yang bersesuaian untuk mewakili komuniti termasuk persidangan percubaan selama setahun bagi menilai keberkesanan penubuhan modul yang dirancang.

Pada penghujung pelan tindakan yang dirancang, penambahbaikan pelaksanaan akan dilakukan untuk menilai kelemahan yang timbul sebelum persidangan sebenar berlangsung.

Penubuhan Parlimen Belia akan melihat kerjasama orang muda dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk menjadikan resolusi institusi tersebut menjadi polisi dan dasar kerajaan.

By hAng keBun with No comments

Thursday, July 7, 2011

Mati ditembak oleh penganalisis jenayah

Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin.

Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar.

Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.


Kamal


Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri.

Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya

By hAng keBun with No comments

Wednesday, July 6, 2011

235,000 bayi luar nikah


Sejumlah 235,000 bayi atau sembilan peratus daripada keseluruhan 2.48 juta kelahiran yang didaftarkan antara 2006 hingga 2010 adalah bayi luar nikah dan daripada jumlah itu, 34.5 peratus atau 81,000 adalah Islam.

Hasil kajian membabitkan 2,800 oleh Universiti Tuanku Abdul Rahman merupakan remaja antara usia 15-25 tahun itu mendapati 21 peratus mengadakan hubungan seks sebelum kahwin berbanding Brazil (33 peratus), Amerika Syarikat (50 peratus) dan Britain (60 peratus).

Tetapi tidak semua kes membabitkan remaja tempatan kerana kira-kira 50 peratus kes pembuangan bayi membabitkan warga asing.

By hAng keBun with No comments
Related Posts with Thumbnails