Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Blogger boleh kritik kerajaan

Kerajaan tidak takut kehadiran penulis blog, sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka dan mengetahui pandangan mereka, termasuk bersifat membina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya hubungan ini penting berlandaskan sikap saling menghormati.

”Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat serupa sepanjang masa, tetapi kita tidak boleh bermusuhan.

“Apa yang penting kita mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat membina sebuah negara dan masa depan lebih baik,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung Blog House Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, era ‘kerajaan tahu semuanya’ sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

“Kita perlu wujudkan garis sempadannya. Jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal separuh benar, ia suatu perbuatan tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan tidak boleh kita langgar,” katanya.

Najib berkata, sekiranya penulis blog tidak melampaui garis ditetapkan, beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting membentuk masa depan lebih gemilang untuk Malaysia dan Asean.

Menurutnya, kerajaan memerintah bukan sahaja dicabar gerila dan tentera upahan dilengkapi pelbagai senjata canggih, tetapi askar siber melancarkan peperangan virus melalui penggunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti dapat dilihat dalam perang Twitter di Iran dan revolusi: Facebook: di Mesir.

“Kita antara peminat Facebook paling tegar, terdapat 10.1 juta pengguna Facebook. Saya berani mengatakan Malaysia memiliki sfera blog paling meriah di dunia dan cukup bebas, walaupun bukan paling bebas.

“Sekali lagi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Koridor Raya Multimedianya, Tun berjanji kepada dunia, Malaysia tidak akan menapis kandungan Internet. Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu; kami tidak akan memungkiri janji beliau,” katanya.

Najib berkata, beliau yakin Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan masyarakat berilmu.

“Ini terpakai untuk semua masyarakat, kerajaan tidak berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan," katanya. Bernama

By hAng keBun with No comments

Sunday, March 6, 2011

Dun Kerdau & Merlimau milik BN





By hAng keBun with No comments

Selamat mengundi Dun Kerdau & Merlimau

By hAng keBun with No comments

Saturday, February 12, 2011

Berakhirnya era Hosni Mubarak




Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.


“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.

Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.


Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

By hAng keBun with No comments

Sunday, January 30, 2011

BN menang di Tenang


BN 6699 undi
Pas 2992 undi
Majoriti 3707

By hAng keBun with No comments

Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam tadi


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan

By hAng keBun with No comments

Sunday, May 16, 2010

siapa sangka cempedak dah jadi nangka


orang ramai menanti dengan debar keputusan pilihan raya kecil di sibu,sarawak

dalam kita mengharungi bermacam-macam aktiviti, rintangan, cabaran, cerita panas, isu semasa... terutama nya sukan dalam minggu ini yang mendendangkan berita-berita yang kurang mengembirakan.....

kita juga dikejutkan suasana politik di sarawak pula....

mungkin ada beberapa pihak tidak mengambil kisah sangat apa yang sedang berlaku di sibu, sarawak kerana minggu ini sahaja macam-macam perkara telah berlaku seperti piala thomas, hari belia, hari ibu dan hari guru......


DAP rampas kerusi Parlimen Sibu

sumber Berita Harian 16/5/2010

SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.



keputusan lepas....


By hAng keBun with No comments
Related Posts with Thumbnails