Monday, November 26, 2012
Ape bezanye 'keeper' Malaysia dgn Singapura - renung2 kan
Sunday, October 7, 2012
Kejohanan Woodsball
Semoga berjaya.....
Sunday, August 14, 2011
Tidak ade nasib jer...Syabas Lee Chong Wei
Kejayaan Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama Kejohanan Badminton Dunia BWF gagal membuang ‘badi’ kejohanan selepas kalah kepada seteru utama, Lin Dan, 22-20, 14-21, 21-23.
Badi kejohanan terus membelenggu pemain No. 1 dunia itu selepas enam kali mencuba apabila gagal dalam satu perlawanan final sengit untuk membawa pulang kejuaraan dunia buat kali pertama.
Thursday, August 4, 2011
Harimau Muda garang di Slovakia
SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.
"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. “Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.
Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. “Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan.
Bahan dari: Akhbar KOSMO
Thursday, February 24, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Kuatkan semangat "The Pocket Rocketman"

"Tidak... tidak...tidak... saya tidak akan patah semangat." Demikian tegas pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang kini terlantar di Hospital Diraja Manchester di sini, selepas selamat menjalani pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kakinya.
Menurut pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, meskipun sedih dengan kemalangan tersebut ia tidak akan mematah semangatnya, apatah lagi mengalah dan berundur daripada sukan tersebut.
"Saya mahu cepat sembuh dan kembali berlatih," katanya dalam pertemuan dengan wartawan Malaysia di sini, semalam.
Menurut pelumba yang mendapat jolokan The Pocket Rocketman itu, kemalangan kelmarin merupakan yang terburuk dalam sejarah kariernya sebagai pelumba basikal negara.
"Semuanya berlaku dengan pantas tetapi apa yang berlaku adalah risiko yang perlu ditanggung pelumba. Saya bersyukur kecederaan tidak serius," ujarnya.
Menurut Azizulhasni, selepas menjalani pembedahan selama hampir satu jam bagi mengeluarkan kayu yang menembusi betisnya, doktor memaklumkan kayu tersebut tidak mengena bahagian utama badan seperti saraf tulang.
"Sebenarnya saya hendak cabut apabila melihat kayu di betis. Pada mulanya saya tidak terasa apa-apa tetapi selepas seketika saya terasa pitam sebelum rebah di trek selepas menamatkan perlumbaan tersebut," katanya.
Utusan Malaysia difahamkan ketika kemalangan berlaku Azizulhasni berada pada kedudukan baik untuk memotong pelumba Scotland, Chris Hoy yang memenangi perlumbaan akhir keirin Piala Dunia Klasik, kelmarin.
Azizulhasni menambah, beliau yakin kemalangan tersebut ada hikmahnya dan tidak akan menjejaskan peluang bertanding di Sukan Olimpik 2012.
"Sekarang kedudukan dalam ranking pun masih selamat dan saya harap dapat balik cepat untuk menjalani latihan," ujarnya.
Perbualan yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad bertukar sebak apabila Azizulhasni seketika sempat berbicara buat pertama kali bersama ibu dan isteri selepas kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, Shabery berkata, doktor memaklumkan kecederaan yang menimpa Azizulhasni merupakan kecederaan biasa.
"Mengikut perkiraan pakar dia mungkin boleh kembali berlatih dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya.
Beliau menambah, kerajaan sedia menghantar Azizulhasni menjalani lawatan ke luar negara jika perlu kerana dia merupakan prospek utama untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012.
Dalam usia 23 tahun berbanding Hoy 33 tahun, Azizulhasni masih berada pada ranking pertama UCI.
Biarpun sekadar memenangi gangsa pada perlumbaan kelmarin, ia sudah memadai untuk membawa Azizulhasni mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Dunia Klasik buat kali ketiga. - Utusan
Saturday, January 29, 2011
Monday, July 26, 2010
TAHNIAH MALAYSIA

Pasukan bola sepak kebangsaan membuktikan mereka kini wajar untuk terus digeruni apabila berjaya mengejutkan skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh pemain tengah Selangor, Safiq Rahim pada awal separuh masa kedua.
Sunday, July 11, 2010
Hari Penentuan Belanda-Sepanyol

aku harap perlawanan akhir akan lebih menarik seperti perlawanan Jerman-Uruguay yang berakhir 3-2....
saksikan aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City awal pagi esok....
aku tak nak buat sebarang ramalan....apa yang pasti aku nak menonton satu perlawanan yang menarik dalam dunia bolasepak....
maka akan berakhir la pesta bola sepak dunia yang di adakan 4 tahun sekali.....akan datang pada tahun 2014 di mana Brazil menjadi tuan rumah dan seterus nyer menjadi JUARA.....yeahhhhhh
Monday, June 21, 2010
Selangor no 2 - Sukma XIII Melaka 2010

dalam kita leka dengan sukan bola sepak piala dunia yang sedang rancak sekarang mungkin ada antara kita terlepas pandang keputusan keseluruhan Sukma XIII 2010 di Melaka baru-baru ini.....
jadi,aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kelahiran ku iaitu SELANGOR walau pun berada di tempat ke 2.....syabas aku ucapkan dan teruskan usaha memartabatkan sukan diperingkat sekolah....
aku difahamkan, acara sukan sukma akan diadakan setiap tahun selepas ini bermula dengan negeri Pahang menjadi tuan rumah.....
sumber:
http://www.sukma2010.com.my
[Gambar] Punca Kaka kene buang padang
inilah lakonan dalam permainan bola sepak sekarang....tak pasal-pasal jer kena buang padang dek kerana lakonan yang sangat berjaya dari pasukan lawan....
nasib badan si kaka....
janji brazil menang 3-1....hakssss
Friday, June 11, 2010
debaran 4 tahun sekali dah tiba

aku sebenarnya kaki bola juga cuma semenjak kawin 11 tahun nie memang berat nak turun padang bagi meringan kan kaki serta mengurang kan otot-otot yang tak sepatut nya ade di dalam badan ku....hehehe
walau pun begitu....semangat aku pada bola sepak nie tak pernah luntur sehingga kini....insyallah
sekarang tiba demam bola sepak bagi melihat aksi-aksi pemain hebat di dunia lebih kurang selama sebulan....
pasti kita akan melihat pelbagai kerenah baik pemain dan penyokong nya.....
bagi pemain pula akan menunjukkan aksi masing-masing terutamanya untuk mendapatkan status pemain terbaik dan juga penjaring terbanyak.....





