Tuesday, March 30, 2010

free web hosting


If you wish to have a professional shared hosting quality in a free hosting package, come and host with 000webhost.com and experience the best service you can get absolutely free.

Founded in December 2006, 000webhost.com has a trusted free hosting members base of over 60,000 members and still counting! Offering professional quality hosting, support, uptime and reliability, we have a great community of webmasters, you'd love to be a part of!

Register now and get it all free:
*** 1500 MB of disk space
*** 100 GB of data transfer
*** PHP and MySQL support with no restrictions
*** cPanel control panel
*** Website Builder
*** Absolutely no advertising!

Join us now: http://www.000webhost.com/287897.html

By hAng keBun with No comments

patutla sukan kita tak membangun


aku nak berkongsi pendapat dengan kawan-kawan sekalian.....terlebih dahulu baca sebahagian petikan akhbar nie.....

Azizulhasni sertai tiga acara di ACC Dubai

2010/03/30

PEMENANG pingat perak kejohanan dunia, Mohd Azizulhasni Awang akan menjadi sandaran utama skuad basikal negara untuk meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 10 April ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata Mohd Azizulhasni yang menang perak acara keirin itu di Copenhagen, Denmark minggu lalu akan menyertai tiga acara.

“Selain mempertahankan dua emas dimenanginya dalam acara pecut 200 meter dan pecut berpasukan, Azizulhasni juga diharapkan akan menjuarai acara keirin,” katanya, semalam.

Abu Samah bagaimanapun berkata sekiranya sasaran tiga emas itu tidak tercapai, PKBM tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.

“Ini kerana ACC pada tahun ini lebih dianggap sebagai persediaan menghadapi dua kejohanan lebih besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia penghujung tahun ini.

“Ia juga adalah peluang terbaik menguji kekuatan lawan terutama pelumba dari China yang mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini,” katanya.


aku heran betul kenapa kita masih membuat kenyataan sedemikian rupa??? perlukah kita memberi alasan sebegitu bagi mengelakkan kita mendapat malu dalam sesuatu acara sukan???

pada pendapat aku....jika kita hendak maju dalam apa jua acara sukan 'mind set' dan motivasi kita hendaklah semaxima mungkin...tidak kira taraf sukan tu peringkat sekolah ker...kebangsaan ker...olimpik ker...dan sebagai nye....

kalau peringkat awal lagi kita dah meletakkan kegagalan tu sebagai perkara yang mudah...tak hairan la kalau pencapaian sukan kita mengalami pasang surut nya....akhir nya kita gigit jari jer....

sedar la wahai pemimpin sukan sekalian....berilah kenyataan yang membangunkan bukan sekadar melepas batuk di tangga jer....

kita sekarang dah masuk tahun 2010....kalau pemimpin sukan sendiri dah meletakkan harapan yang tidak memberi motivasi kepada atlet sukan....kesan nya????

beginikah cara nya kita ingin menunjukkan kehebatan kita di mata dunia????

renung-renungkan laaaaa....


By hAng keBun with No comments

Friday, March 26, 2010

SHOW YOUR SUPPORT


SHOW YOUR SUPPORT
Whether you are an individual, a business, a school or a city, you can show your support for Earth Hour by turning off your lights at 8.30PM on March 27 wherever you are on the planet.


You can support Earth Hour by:
Turning off your lights at 8.30PM on March 27
Showing your support and adding yourself to our world map
Adding Earth Hour widgets, logos and banners to your blog or website to help us spread the word. You could even be our Earth Hour Online Supporter of the Day.


Talking about Earth Hour in your social network by updating your Facebook status, grabbing a Twibbon, tweeting about your support, and more
Get together with your friends and family, by hosting an Earth Hour party or holding your own candlelit affair


Rally your local council or community group to run an Earth Hour event for your community
Encourage your employer and workmates to take part in Earth Hour and make energy savings every day


Make an Earth Hour Lantern as a symbol of hope for the future
Be creative! Find a new way to mark Earth Hour and let us know all about it!



http://malaysia.youthsays.com/shahrirjani/earthhour2010

By hAng keBun with 3 comments

Sunday, March 21, 2010

6 Perkara Yang Anda Rasa Betul, Tetapi.. sebenarnya SALAH!


Salam, kali ini, saya ingin berkongsi 6 tips yang mungkin berguna untuk anda sebagai seorang ibu atau bapa.

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.
Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.

2. Anak anda hilang di tempat awam.
Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.

3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.
Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.

4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang.
Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian. Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda. Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.

5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish).
Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH! Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan. Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

By hAng keBun with 4 comments

Friday, March 19, 2010

terima kasih isteri ku


alhamdulillah....

dah 11 tahun usia perkahwinan ku....macam-macam dugaan dan rintangan telah ku hadapi bersama-sama isteri ku yang tersayang dan tidak lupa juga kepada 2 cahaya mata yang menjadi nadi kekuatan kami iaitu alya & amni....baba & mama amat sayang kepada kamu berdua...muuuaahhhhh

pada ayah & mak serta adik beradik ku....juga keluarga mertua ku....terima kasih atas sokongan dan nasihat yang diberi dalam aku menongkah arus bersama isteri & anak2 ku...

kepada saudara mara dan sahabat handai....tidak kira bagaimana keadaan pun masih boleh mendengar dan memberi pandangan kepada ku untuk mengolah cara bagaimana yang terbaik dalam menjalani hidup berumahtangga agar aman & sejahtera....

kepada isteri ku yang tersayang....segala jasa mu hingga akhir hayat pun abang belum tentu dapat membalas nye....hanya Allah sahaja yang dapat memberi kekuatan kepada mu agar bersabar dengan tingkah laku ku selama ini....terima kasih kerana setia hidup semati dengan ku...doa abang agar usia perkahwinan kita akan berpanjangan hingga akhir hayat kita nanti...amin

By hAng keBun with 4 comments

Monday, March 15, 2010

Chong Wei pahat 100 tahun All England


BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.

Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.

Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.

"Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.

"Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,'' kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.

Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.

Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.

Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.

Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.

Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.

Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.

Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar.

Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.

Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran.


sumber berita: Utusan Malaysia-15/3/10


tahniah aku ucapkan kepada datuk lee chong wei kerana memberi inspirasi kepada negara dalam sukan badminton...

aku harap beliau akan menjadi contoh yang terbaik bagi anak muda sekarang dalam menongkah arus perdana yang pelbagai rintangan dan cabaran....

pada pendapat aku...apabila kita menghormati guru kita sebaik mungkin...balasan nye pasti mari...

tengok jer ler contoh yang ada nie...renung2 kan




By hAng keBun with 1 comment

Tuesday, March 9, 2010

mencari yang hilang


Sister of YouthSays member is missing!

About:

YouthSays member's Razan beloved sister gone missing last week and no news so far. We call all YouthSays.com members out there to give a hand of help for Razan’s family and spread the message.



aku dapat info ader satu laporan kehilangan seorang perempuan.....berita lanjut kawan2 semua boleh clik jer di bawah nie...atas keperihatinan...

http://malaysia.youthsays.com/shahrirjani/sitimissing

By hAng keBun with 1 comment

Monday, March 8, 2010

kemahiran kecemasan


Jauh di lubuk hati kita terpendam satu rasa, pada suatu saat apabila terjadinya keadaan kecemasan dan kita adalah antara yang terlibat. Samada kita yang memberi bantuan, atau kita yang memerlukannya. Kadang-kadang kemungkinan itu agak mendebarkan.

Bagaimanapun, jika anda salah seorang dari yang berpengetahuan dan tahu mengenai keselamatan dan tanggungjawap dalam keadaan kecemasan, peluang untuk anda panik akan reda dan tidak wujud dan hasilnya pendirian positif akan muncul dari diri anda.

Pertamanya, jika anda ada ahli keluarga yang mengalami atau menghidapi penyakit yang mengancam nyawa seperti sakit jantung atau diabetes, anda seharusnya menjadi seorang yang berpengetahuan dan sentiasa bersedia tentangnya. Walaupun anda tidak tinggal bersama mereka tetapi anda mesti sekurang-kurangnya tahu akan bagaimana keadaan mereka. Antara sebabnya, tiada siapa yang tahu apa akan terjadi.

Apabila terjadi keadaan kecemasan, sifat tidak mahu ambil tahu dan menyerahkan segala-galanya pada pasukan bantuan perubatan adalah satu keadaan yang merugikan dan kadangkala memilukan. Dalam kata lain berserah pada takdir.. persoalannya tahukah kita apa yang telah ditakdirkan?

Ia tentang perkara yang membezakan antara hidup dan mati. Kemahiran menyelamatkan ini bukanlah sasuatu yang amat sukar dipelajari, malangnya tak ramai yang menyedari betapa pentingnya ia. Ditambah lagi dengan kesukaran dimana untuk mendapatkannya, ia seakan terpinggir tanpa mengira statistik kematian mengejut yang entah bila boleh menurun.

Kemahiran CPR atau teknik menghidupkan semula jantung dan paru-paru ini mudah dipelajari, dan setelah mempelajarinya, anda sebenarnya sudah pun bersedia. Ia adalah tentang bagaimana menghidupkan semula jantung dan paru-paru yang terhenti dan mengaplikasikan teknik-teknik dengan cepat dan tepat.

Dengan mempersiapkan diri anda dengan kemahiran ini, anda berupaya mengenalpasti dan menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Dan tanpa disedari, ia menjadi satu kemahiran yang tidak ternilai yang boleh kita pelajari.

By hAng keBun with 1 comment

Wednesday, March 3, 2010

amaran!!!!


aku nak bagi tau kawan2 semua....

semalam aku dapat panggilan telefon memberitahu ada individu yang bernama FIDRICK TALAP no k/p:800830-13-**** telah menggunakan nama syarikat dan koperasi di tempat aku kerja....apa lagi satu laporan polis telah aku buat bagi melindungi sebarang kejadian tak diingini....

apa punye mamat nie....nak buat duit biar ler cara yang betol...jangan sampai menyusahkan orang lain pulak....dah la ambek duit....lepas tu guna nama syarikat dan koperasi yang tak dikenali....biler aku chek...nama mamat nie tak der dalam sistem dan tak pernah lantik pun sebagai wakil koperasi....

jadi...pada kawan2 semua...jika ada yang mengenali individu ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau sebar kan cerita ni kepada kawan2 yang lain agar lebih berhati-hati apabila berjumpa dengan mana2 individu yang menjanjikan boleh mendapat pinjaman koperasi dengan kadar segera dan jumlah yang berlipat ganda....

modus operandi mamat nie ialah;
  1. akan memperkenalkan mana2 koperasi yang dia suka;
  2. koperasi tersebut akan memberi pakej pinjaman yang maxima lebih berapa kali gaji bulanan kita dan
  3. akan meminta wang sebagai pendaftaran untuk permohonan pinjaman
untuk perhatian mamat nie licik orang nyer....dia tahu macam mana nak menjawab persoalan atau cepat2 buat bende lain jika soalan itu payah nak jawab....

peringatan kepada kawan2...jangan terpedaya dengan mamat nie...kalu didatangani individu sebegini minta dulu nombor telefon syarikat atau koperasi yang dia wakili....kemudian chek nama individu tersebut...betol atau tak

berhati2....

By hAng keBun with 1 comment

Tuesday, March 2, 2010

kepada semua ngo


salam pd teman2 ku semua....

kesibukan melanda pulak pd awal bulan mac nie...macam2 aktiviti yang telah ku lakukan...untuk keluarga...sedara mara...dan tak lupe juga di tempat kerja....hehehehe

apa yang aku nak berkongsi dengan kawan2 semua ialah....baru2 nie aku pergi la SEMINAR PROMOSI LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (LPKM) anjuran (MGPSS) Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor....

banyak maklumat yang aku perolehi.......

rupa nya Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ini di tubuhkan dengan tujuan dapat membantu mana2 NGO yang telah berdaftar dengan ROS iaitu Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi mengadakan sesuatu program berterusan yang berkaitan dengan kesihatan kita dan juga masyarakat keseluruhannya...

jadi...pihak NGO yang berminat boleh la menghubungi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia untuk keterangan lanjut...

apa yang penting...pihak Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia boleh membiayai mana2 program yang akan dirancang oleh NGO dengan agenda kesihatan....

makna nya kalu ada mana2 NGO nak buat program berunsurkan kesihatan boleh mohon bajet dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dalam bentuk GERAN...tak payah bayar balik beb...

selamat maju jaya...

By hAng keBun with 1 comment
Related Posts with Thumbnails