Jauh di lubuk hati kita terpendam satu rasa, pada suatu saat apabila terjadinya keadaan kecemasan dan kita adalah antara yang terlibat. Samada kita yang memberi bantuan, atau kita yang memerlukannya. Kadang-kadang kemungkinan itu agak mendebarkan.
Bagaimanapun, jika anda salah seorang dari yang berpengetahuan dan tahu mengenai keselamatan dan tanggungjawap dalam keadaan kecemasan, peluang untuk anda panik akan reda dan tidak wujud dan hasilnya pendirian positif akan muncul dari diri anda.
Pertamanya, jika anda ada ahli keluarga yang mengalami atau menghidapi penyakit yang mengancam nyawa seperti sakit jantung atau diabetes, anda seharusnya menjadi seorang yang berpengetahuan dan sentiasa bersedia tentangnya. Walaupun anda tidak tinggal bersama mereka tetapi anda mesti sekurang-kurangnya tahu akan bagaimana keadaan mereka. Antara sebabnya, tiada siapa yang tahu apa akan terjadi.
Apabila terjadi keadaan kecemasan, sifat tidak mahu ambil tahu dan menyerahkan segala-galanya pada pasukan bantuan perubatan adalah satu keadaan yang merugikan dan kadangkala memilukan. Dalam kata lain berserah pada takdir.. persoalannya tahukah kita apa yang telah ditakdirkan?
Ia tentang perkara yang membezakan antara hidup dan mati. Kemahiran menyelamatkan ini bukanlah sasuatu yang amat sukar dipelajari, malangnya tak ramai yang menyedari betapa pentingnya ia. Ditambah lagi dengan kesukaran dimana untuk mendapatkannya, ia seakan terpinggir tanpa mengira statistik kematian mengejut yang entah bila boleh menurun.
Kemahiran CPR atau teknik menghidupkan semula jantung dan paru-paru ini mudah dipelajari, dan setelah mempelajarinya, anda sebenarnya sudah pun bersedia. Ia adalah tentang bagaimana menghidupkan semula jantung dan paru-paru yang terhenti dan mengaplikasikan teknik-teknik dengan cepat dan tepat.
Dengan mempersiapkan diri anda dengan kemahiran ini, anda berupaya mengenalpasti dan menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Dan tanpa disedari, ia menjadi satu kemahiran yang tidak ternilai yang boleh kita pelajari.
1 comments:
Skil CPR dan apa2 skil kecemasan lain memang amat diperlukan dlm diri sendiri. Berguna untuk diri dan juga orang lain... maybe keluarga kita sendiri gak.
Post a Comment