apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini...bayi yang baru jer nak bernafas di dunia nie terus di hukum dengan membuang nyer di merata tempat...paling tidak pun hantar terus ke jabatan kebajikan masyarakat @ cari sape2 yang tengah mencari anak angkat tu pun boleh jugak kan...
apa yang aku nak luah kan ialah tentang sikap kita sendiri...bukan maksud aku nak salah kan sesiapa tapi sekadar untuk renungan bersama...
adakah dengan campur tangan pelbagai pihak iaitu kerajaan,agensi yang berkaitan,keluarga,sedara-mara,kawan2 dan masyarakat boleh mengatasi masalah ini????
kadang kala kita pandai menilai dan menghukum seseorang itu kan...tapi pernah tak kita meletakkan perkara tu kepada diri kita sebagai panduan untuk kita selami bersama bagaimana untuk menyelesaikannya????
aku harap isu ini bukan setakat hangat2 tahi ayam jer....lepas 1-2 minggu terus senyap balik....aku mengingatkan pada diri aku dan kawan2 sekalian tolong laaa pesan memesan...ingat mengingati sesama kita tentang isu nie setiap masa agar ia menjadi satu perkara yang boleh menghindarkan perkara tersebut berulang lagi...
Buang bayi boleh dituduh membunuh - polis
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Polis mengingatkan mana-mana pasangan yang membuang bayi bahawa mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, perbuatan tersebut tidak seharusnya dipandang ringan oleh mana-mana pihak.
Menurut beliau, siasatan di bawah seksyen terbabit akan dilakukan sekiranya bayi yang masih bernyawa dibuang dan menemui ajal akibat perbuatan itu.
"Kita merasa sedih dan kesal dengan sikap segelintir pasangan yang berterusan membuang bayi. Harus diingat hukuman menanti mereka adalah berat.
"Sekiranya bayi yang dibuang itu mati akibat dibuang, kita akan siasat di bawah 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang menjadi-jadi dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
Beliau mengulas mengenai kes pembuangan bayi perempuan yang ditanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu dan diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.
Kelmarin, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.
sumber Utusan Malaysia 13 Feb. 2010
0 comments:
Post a Comment