Tuesday, February 9, 2010

takziah buat keluarga pakcik ghazali johari....al-fatihah


Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dengan anak bongsu mereka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki.

Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dalam nahas yang berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.

sumber dari Berita Harian
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku cuma nak berkongsi pendapat dengan kawan2...pada sesetengah yang memandu pada waktu malam memang dah menjadi kebiasaan kerana pada waktu ini perjalanan boleh dikatakan lancar terutamanya di highway bagi membolehkan cepat sampai ke distinasi....

Aku pun memang suka memandu pada waktu malam...tapi sebelum kita memulakan perjalanan ada beberapa benda yang perlu kita ambil perhatian dan fikirkan...terutamanya pemanduan pada waktu malam;

  • pastikan 'condition' kereta dalam keadaan baik,
  • baca lah beberapa ayat al-quran tanda kita mengingati Nya (yang beragama Islam),
  • senantiasa berwaspada semasa pemanduan,
  • senantiasa mengawal had laju mengikut lokasi jalan,
  • jarak penglihatan hendaklah lebih semasa memandu supaya dapat mengenal pasti kedudukan jalan,
  • menyalakan lampu tinggi ketika tiada kenderaan di hadapan,
  • berhenti di tempat selamat seperti stesyen minyak atau tempat rehat jika mula mengantuk,
  • ajak la teman bersembang jika ada teman ler,
  • mendengar muzik yang membolehkan kita ceria semasa pemanduan...(bacaan ayat al-quran atau ceramah agama digalakkan pada yang beragama Islam...maklumla di dunia kita nie bukan kita jer yang ada) dan
  • tips-tips yang anda rasa sesuai digunakan semasa pemanduan malam...

By hAng keBun with 3 comments

3 comments:

al-fatihah....
anak-anak tu semua ke syurga la tmptnye....

stuju dgn langkah2 awal tu...
tapi klau dah takdir, mengelaklah bagai...tetap jadi...

Terharu hamba membaca coretan tuan hamba.. moga-moga kita menjadi anak yang soleh.

Related Posts with Thumbnails