dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang terhingga buat mereka yang bergelar ibu.....
kerana mak telah melahirkan ku ke dunia ini dan sehingga kini masih menyanyangi ku walau pun aku dah kawin dan beranak pinak....masih lagi sanggup berkorban demi kebahagian ku serta isteri dan anak-anak ku cintai....
buat isteri tersayang....kesetiaan dan kesabaran mu dalam mengharungi liku hidup bersama ku membuat ku lebih kuat dan semangat untuk mencapai kegemilangan demi kita dan anak-anak kita....
kepada mak mertua ku....jasa mu tidak pernah ku lupa sehingga akhir hayat ku....terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh dalam daku melayari bahtera bersama anak mu yang tersayang serta memberi nasihat dan pandangan demi kesejahteraan rumahtangga kami....
Lirik Ibu Mithali:Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
0 comments:
Post a Comment