Tuesday, July 19, 2011

pegrhhh...cikgu sekolah pun dpt ipad...tahniah cikgu




Ibu bapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Mereka merupakan insan yang memerlukan bimbingan agar menjadi orang berguna kepada negara dan bangsa pada masa hadapan.

Melalui pendidikan awal, keperibadian anak-anak ini dapat dibentuk untuk memastikan mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa sekaligus menyumbang kepada negara.

Bagaimanapun, di sebalik tugasan harian yang dibebani ibu bapa, kadang kala menyukarkan pemantauan terhadap gerak geri anak-anak terutamanya apabila melangkah ke alam persekolahan sehingga mereka terdedah kepada gejala ponteng sekolah yang seterusnya menyumbang kepada masalah sosial.

Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu pembentukan keperibadian anak-anak, syarikat bumiputera Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.

Sebagai permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman, Terengganu telah menjadi perintis dalam penggunaan aplikasi ini.

Ia telah membekalkan sebanyak 41 iPad untuk guru-guru kelas di sekolah berkenaan.

Selain daripada Apple, ia juga mendapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang sememangnya memberi penekanan terhadap pendidikan.

Selepas tiga bulan tempoh percubaan, jika mendapat maklum balas baik daripada guru dan ibu bapa, ia akan diteruskan usaha ke sekolah seterusnya iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, Terengganu dengan menggunakan iPad2.

By hAng keBun with No comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails