Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksanakan menjelang tahun 2013 dengan melibatkan seramai 222 perwakilan belia dari setiap Parlimen di seluruh negara.
Bagaimanapun, pelan tindakan penubuhan PBM akan melalui beberapa peringkat sebelum ia dapat direalisasikan untuk menjana pembangunan generasi muda masa hadapan.
Antara peringkat yang kritikal adalah seperti pemilihan perwakilan yang bersesuaian untuk mewakili komuniti termasuk persidangan percubaan selama setahun bagi menilai keberkesanan penubuhan modul yang dirancang.
Pada penghujung pelan tindakan yang dirancang, penambahbaikan pelaksanaan akan dilakukan untuk menilai kelemahan yang timbul sebelum persidangan sebenar berlangsung.
Penubuhan Parlimen Belia akan melihat kerjasama orang muda dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk menjadikan resolusi institusi tersebut menjadi polisi dan dasar kerajaan.
0 comments:
Post a Comment