Tuesday, June 1, 2010

TERUS PERTAHANKAN NEGARA TERCINTA

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.


TUDM akan menyambut Ulangtahun ke 52 pada 1 Jun 2010. Bagi memperingati hari bersejarah ini, pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan pelbagai pihak samada anggota TUDM yang sedang berkhidmat, yang telah bersara dan juga masyarakat awam. Sambutan kali ini akan bertumpu di Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang merupakan pangkalan pertama Tentera Udara Diraja Malaysia.



"TAHNIAH DAN TERUSKAN MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA YANG TERCINTA"



http://www.airforce.gov.my

By hAng keBun with No comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails