Friday, December 31, 2010
Monday, December 13, 2010
Cermin Diri...
Salam sahabat-sahabat bloger yang aku sayangi sekalian....
Agak lame juge aku berdiam diri dalam mengeluarkan rasa hati ini. Bukan kerana ketandusan idea tetapi ade beberapa komitmen yang sedang aku harungi.....
Bile aku bukak balik blog nie, dia punye ranking dari 1.2 juta dah jatuh ke 4.1 juta...mak aiiii...
Nie nak kene ambek penguat semangat untuk aku lebih kerap menaip la pulak....hehehehe
Apa-apa pun insyallah....bagi tahun 2011 aku berazam akan untuk memastikan setiap hari aku dapat mengeluarkan 1 entri...mudah-mudahan
Thursday, November 25, 2010
Jualan murah baju sekolah
BUSANA adalah inisiatif ANGKASA untuk membekalkan uniform dan keperluan sekolah melalui Koperasi Sekolah yang mengambil bahagian di seluruh negara. Terdapat berbagai pilihan produk dan jenama yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Pelbagai produk keperluan sekolah seperti uniform lelaki, uniform perempuan, track-suit, kasut sekolah, beg galas, stokin, tali leher, lencana sekolah dan banyak lagi yang boleh anda miliki dengan harga rendah setiap masa!
Mana-mana Koperasi sekolah di dalam Negeri Selangor yang berminat membuat tempahan, Boleh menghubungi terus pihak ANGKASA: Busana Angkasa.
Bagi anggota Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB), Boleh membuat tempahan atau datang terus ke Ibu Pejabat Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB) seperti alamat dibawah:
Koperasi Dymium Malaysia Berhad
Suite 3A -18, 19,20,21 & 22, Staircase 5, Menara KLH,
Pusat Perdagangan KLH, Bandar Puchong Jaya,
47150, Puchong, Selangor, Malaysia
Tel : 603 8076 3645
Fax : 603 8076 3655
Pengenalan kepada BUSANA ANGKASA:
Terdapat lebih 1835 buah koperasi sekolah di seluruh negara dengan keanggotaan melebihi 1,684,649 orang. Pada masa ini pembekalan pakaian dan peralatan sekolah secara amnya diurus sendiri oleh ibu bapa. Peranan koperasi sekolah dalam membekalkan keperluan asas sangatlah kecil.
Menyedari potensi perniagaan yang besar ini, ANGKASA mengambil inisiatif memperkenalkan program yang dikenali sebagai BUSANA, ringkasan kepada “Bekalan Uniform Sekolah Angkasa”. Melalui BUSANA adalah diharapkan koperasi sekolah akan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan sosio-ekonomi pelajar semasa mereka di sekolah.
Thursday, November 18, 2010
Cegah Kanser Perut
1) Lokalisasi, Pertumbuhan:
Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).
2) Epidemiologi:
Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun' dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.
3) Faktor risiko:
Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).
Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.
4) Simptom:
- Sakit perut dan penghadaman tidak baik;
- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan;
- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.
5) Diagnosa:
- gastroskopi, ultrasound dan skan;
- endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi;
- ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.
6) Rawatan:
Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik.
- Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan,
tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit .
- radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, atau
cara paliatif .
- Kemoterapi dan immunoterapi.
7) Rawatan susulan :
Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor.
8) Pencegahan:
- Kurangkan garam dalam sajian makanan;
- Menjaga terhadap luka dalam perut;
- Menghapuskan bakteria 'Helicobacter Pylori';
- Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.
Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.
Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.
Monday, November 1, 2010
Mari kita menjayakannya
Friday, October 29, 2010
Sunday, September 12, 2010
Sosilawati dibunuh????
Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
Thursday, August 26, 2010
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Wednesday, August 25, 2010
Ingatan bersama; tunaikan zakat
Sunday, August 15, 2010
Dunia Akhir Zaman
Salam dan apa kabar kawan-kawan yang aku sayangi.....
Rasa nya belum terlewat juga untuk aku mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"...
Sama-sama lah kita mendapatkan banyak manafaat dan kelebihan pada bulan yang kita nanti-nantikan selama ini,,,,Insyallah
Baru-baru ni aku "tertonton" satu cerita drama melayu yang di keluarkan oleh Astro yang aku rase saban hari cerita-cerita yang dikeluarkan oleh syarikat prabayar nie makin lama makin membahayakan masyarakat kita keseluruhan nya....
Bila aku fikir kan semula, baru aku sedar inilah dia DUNIA AKHIR ZAMAN....
Cerita yang aku maksudkan itu ialah sebenarnya cerita untuk tontonan remaja masa kini dan menyelitkan sekali unsur-unsur kelakar....
Tapi yang menyedihkan aku ialah KENAPA ADA UNSUR-UNSUR MENGHINA AGAMA ISLAM????
Para penerbit,pengarah dan syarikat television kenapa tak de langsung rasa sensetifnya benda nie....korang hanya memikirkan poket korang jer....bila tiba "masanya" baru korang tau....
Aku tak mengharapkan cerita-cerita yang terlalu "skima"....tapi jangan la nak buat kelakar pun sampai nak menjadikan agama sebagai bahannya....
Dah la tontonan nie ditujukan kepada para remaja masa kini....secara lansung ia akan menjadi ikutan mereka pada suatu masa nanti....INIKAH CARA KITA UNTUK MEMBERI PENGAJARAN KEPADA PARA REMAJA UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN????
Renung-renungkan la wahai pihak yang berkenaan....
Friday, July 30, 2010
Monday, July 26, 2010
TAHNIAH MALAYSIA
Pasukan bola sepak kebangsaan membuktikan mereka kini wajar untuk terus digeruni apabila berjaya mengejutkan skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh pemain tengah Selangor, Safiq Rahim pada awal separuh masa kedua.
Friday, July 23, 2010
Kawan ku nak jual kereta Toyota AE86 Trueno -85 & Nissan Cefiro A31 RB20DET -90
Kalau ade sape-sape yang berminat dengan kereta nie boleh terus hubungi kawan ku seperti dalam iklan mudah tuuuuu....
Tuesday, July 20, 2010
New Distributor Workshop Training
MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA...... BOLEH MENGHUBUNGI TERUS SEPERTI BERIKUT UNTUK TEMPAHAN;
NO. TEL: 03- 8076 3645
Saturday, July 17, 2010
SELAMAT HARI KOPERASI NEGARA
Hari Koperasi Negara disambut setiap tahun dengan memberi pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang telah berjaya agar menjadi contoh terbaik kepada koperasi lain untuk mereka dapat memberi manafaat kepada setiap anggota....
Selain pengiktirafan, program ini juga dapat menemukan kesemua koperasi di mana sekarang lebih 7 ribu koperasi telah berdaftar dan mereka digalakkan untuk bekerjasama antara koperasi agar lebih kuat dan kukuh....
Moga tahun ini seluruh koperasi di Malaysia akan dapat suntikan semangat untuk memastikan koperasi mereka seiring dengan koperasi-koperasi yang telah berjaya.....
Tahun ini tema Hari Koperasi Negara ialah
Friday, July 16, 2010
AMARAN: Jangan tertipu dengan "IBU DUIT"
Aku harap kita jauhi la benda-benda yang akhir nya merugikan kita sendiri....
"Ibu duit" nie merupakan salah satu kepercayaan yang akhir nya boleh menyesatkan kita...
Jadi aku nak berkongsi dengan kawan sebenarnya "ibu duit" nie merupakan salah satu jenayah penipuan yang dibuat oleh individu-individu tertentu bagi meraih keuntungan....
Sebenar nya aku merujuk kepada saudara Kamal Affandi Hashim, beliau merupakan Penganalisis Jenayah yang memberi penerangan teknik dan tektik penjenayah sekarang dari segi penipuan berasaskan barangan-barangan tertentu....
Beliau memberi maklumat nie semasa dijemput oleh Malaysia Hari Ini, terbitan TV3 beberapa hari yang lalu....
Jika ade mana-mana pihak yang hendak menjual "ibu duit" nie....JANGAN LAYAN!!!!
( merujuk kpd sdr Kamal Affandi )
Langkah 1:
kene ade sehelai duit kertas ler...
Langkah 2:
lipat di tengah-tengah setiap kedua-dua biji mata duit kertas tersebut.....
Langkah 3:
kemudian lipat di tengah-tengah antara lipatan kedua-dua nya tadi....
Langkah 4:
gerak kan duit kertas itu ke atas dan ke bawah....hasil nya memek muka wang kertas tu akan tersenyum dan muram...
Sunday, July 11, 2010
Hari Penentuan Belanda-Sepanyol
aku harap perlawanan akhir akan lebih menarik seperti perlawanan Jerman-Uruguay yang berakhir 3-2....
saksikan aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City awal pagi esok....
aku tak nak buat sebarang ramalan....apa yang pasti aku nak menonton satu perlawanan yang menarik dalam dunia bolasepak....
maka akan berakhir la pesta bola sepak dunia yang di adakan 4 tahun sekali.....akan datang pada tahun 2014 di mana Brazil menjadi tuan rumah dan seterus nyer menjadi JUARA.....yeahhhhhh
Saturday, July 10, 2010
SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010
mengalu-alukan semua kawan-kawan untuk hadir ke majlis ini....
bermacam-macam bentuk riadah diadakan....
datang lah beramai-ramai bagi meriahkannya dan juga tanda sokongan kita kepada belia sekarang yang akan menjadi bakal pemimpin akan datang...insyallah
Friday, July 9, 2010
Israk Mikraj
Israk dan Mikraj adalah dua perjalanan hebat sebagai anugerah dan kemuliaan kepada Baginda SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT. Ia juga satu mukjizat besar bagi junjungan Baginda SAW sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maha suci tuhan yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid Al-Haram (Makkah) ke Masjidil Al-Aqsa (Palestin) yang kami berkati sekelilingnya sebagai tanda kekuasaan kami. (Surah Al-Israk, ayat 1)
Kebanyakan ulama sepakat mengatakan peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Baginda SAW dilantik menjadi rasul dan berlaku dalam keadaan sedar bukan mimpi.
Ulama sejarah mempunyai pendapat berbeza dalam menentukan tahun, bulan serta malam yang tepat mengenai peristiwa hebat ini.
Sebagai seorang Muslim, kita percaya ada tujuan dan hikmah tertentu bagi Allah SWT kerana menyembunyikan tarikh itu seperti dirahsiakan bilakah malam lailatul qadar, masa mustajab doa pada hari Jumaat dan waktu mustajab doa pada setiap malam.
Antara pendapat ulama yang boleh diketengahkan:
- Imam Nawawi dan Ibnu Abdul Barr berpendapat ia berlaku setahun sebelum hijrah berdasarkan hadis isteri Baginda SAW, Aisyah dan Ummu Hani yang menyebut peristiwa itu berlaku pada malam 17 Rabiulawal atau pada malam 27 Rejab.
- Ibnul Jauzi berpendapat berlakun lapan bulan sebelum hijrah.
- Rabi Bin Salim berpendapat berlakunya enam bulan sebelum hijrah.
- Syekh Ibrahim Al-Harbi berpendapat berlakunya setahun 11 bulan sebelum hijrah dan disokong oleh Ibnul Munir dalam kitabnya Syarhus Sirah.
- Berdasarkan apa yang dikeluarkan Imam At-Tabari dan Baihaqi, berlakunya Israk dan Mikraj pada Syawal atau Ramadan.
- Berdasarkan riwayat Abi Saad dari Ibnu Abi Sirah peristiwa itu berlaku pada pada Ramadan 18 bulan sebelum hijrah.
- Diceritakan oleh Ibnul Athir, Iyad dan Imam Qurtubi daripada Az-zuhri bahawa berlaku Israk dan Mikraj tiga tahun sebelum hijrah. (Kitab Israk dan Mikraj oleh Ibnu Hajar Asqalani, halaman 22), (Kitab Israk dan Mikraj oleh Dr Abi Syaibah, halaman 36).
- Syeikh Ahmad Syakir dalam kitabnya berjudul Israk dan Mikraj menyebut bahawa Al-Hafiz Abd Ghani Ibnu Surur Al-Maqdisi menyebut dalam sirahnya bahawa ia berlaku pada malam 27 Rejab yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia dan kebanyakan kaum Muslimin dewasa ini.
Perjalanan Baginda ke langit juga disebut Mikraj di mana Nabi SAW dipertemukan dengan semua anbiya berdasarkan kedudukan dan kemuliaan mereka di sisi Allah SWT.
Pada langit pertama Baginda bertemu Nabi Adam, langit kedua Baginda bertemu Nabi Isa dan Yahya, langit ketiga Nabi Yusuf.
Baginda SAW bertemu Nabi Idris (langit keempat), Nabi Harun (langit kelima), Nabi Musa (langit keenam) dan Nabi Ibrahim (langit ketujuh) sehinggalah ke sidratul muntaha di tempat yang tidak dapat dicapai makhluk selain Muhammad SAW (sepohon pokok yang dedaunnya lebar mengeluarkan bau harum).
(Sumber Tafsir al-Quran Al-Azim oleh Al-Hafiz Ibnu Kathir)
Monday, July 5, 2010
nak rasa? aku dah banyak kali dapat...
Thursday, July 1, 2010
HANG KEBUN DAH 35 TAHUN
Pertama sekali aku nak panjat kan syukur kepada Allah S.W.T kerana hingga ke hari ini aku dapat bernafas dan menjalani kehidupan seada nye....
Terima kasih kepada keluarga ku yang tercinta terutama nye isteri ku yang tersayang dan anak-anak ku yang amat ku kasihi kerana dapat bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan bersama ku....
Tidak lupa kepada ayah dan mak...abah dan mak...adik beradik ku serta ipar duai ku dan sedara-mara...kalian semua memang yang terbaik....hehehe
Kepada rakan-rakan yang ku sayangi....terima kasih atas ingatan dan ucapan "SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN" untuk ku....aku berharap kita semua terus kekal dengan perhubungan ini hingga akhir hayat....hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan anda semua....amin
Dalam usia baru sahaja mencecah 35 tahun masih banyak lagi yang perlu ku pelajari....dari segi agama,kehidupan,kejayaan dan benda-benda sekeliling ku.....
Berkat sokongan semua memberi ku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ku hingga akhir hayat nanti....
PEMENANG KONTEST KORANG KOMEN DAPAT HADIAH
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan bloger yang telah menyertai kontest ini....
Sebagai tanda penghargaan, aku umumkan pemenang nya ialah;
Tahniah kepada pemenang dan bagi yang tidak mendapat tempat anda semua tetap menjadi juara di hati ku ini....
Jangan lupa....senantiasa menjengah blog aku nie....insyallah...aku akan mengadakan kontest dan hadiah yang menarik pada masa akan datang....
Wednesday, June 30, 2010
disqus punyer hal
sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua rakan bloger yang telah menyertai kontest yang aku anjurkan....
sekarang nie aku terpaksa mengira secara manual setiap komen yang diberi oleh kawan-kawan semua coz gara-gara disqus tengah problem la pulak....jadi tak dapat ler jumlah komen secara auto....hishishis
walau bagai mana pun...kira tetap kira sebab nyer hari nie merupakan tarikh akhir penyertaan kontest nie....
kepada rakan-rakan bloger yang belum menyertai kontest nie, masih boleh lagi memberi komen anda di mana-mana sahaja entri yang aku keluarkan....
nantikan keputusannya pada esok hari iaitu 1hb. julai 2010.....
Tuesday, June 29, 2010
SELAMAT HARI JADI ISTERI KU
buat isteri ku yang tersayang...."SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT MU"...
moga diri mu mendapat kesejahteraan dan dilimpahi rezeki hingga akhir hayat....amin
KHAS BUAT MU ISTERI KU
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di musim yang lalu.
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: Rupanya kebahagiaan rumah tangga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri ku sayang…
Tidak abang tagihkan setiamu, sesetia Hawa kepada Adam.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Cuma terimalah kehadiranku seadanya
di sudut tersuci di dalam hatimu…..sebagai seorang isteri sejujur hati.
Sunday, June 27, 2010
bunuh potensi pelajar @ sebalik nye
|
|
CADANGAN supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga meminta supaya sistem penilaian sedia ada dikekalkan.
Pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad berhubung cadangan tersebut. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombak.
Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan mempunyai pandangan yang sama. Ketika ditemubual HAFIZAHRIL HAMID, beliau menekankan tentang pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata.
MINGGUAN: Adakah anda bersetuju UPSR dan PMR dimansuh?
ANUAR AHMAD:
Bagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum. Dari sudut teori pendidikan semua mengakui bahawa dalam diri manusia ada banyak potensi. Cumanya sebab UPSR terlalu berorientasikan pencapaian akademik, maka potensi-potensi lain walaupun dikembangkan dalam sistem pendidikan rendah tetapi tidak diutamakan. Misalnya dalam bidang sukan, kebudayaan, perbahasan, bahasa komunikasi, interpersonal. Walaupun semua itu penting tetapi oleh kerana sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan maka keperluan itu dikesampingkan.
Saya percaya peperiksaan perlu dirombak supaya semua elemen potensi manusia ini digabungkan semula. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1983, memang sudah mengambil kira semua perkara itu. Cumanya apabila dijadikan dalam bentuk penilaian, penilaian itu telah menjadikan struktur pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan.
Peringkat mana sebenarnya penilaian itu penting?
ANUAR AHMAD: Memang perlu ada dua tahap penilaian iaitu di peringkat rendah dan menengah. Itu mesti wujud. Tetapi untuk sekolah rendah, penilaian mesti dilakukan secara berterusan. Falsafah pendidikan sekolah rendah adalah pelajar menguasai perkara asas. Tidak boleh mana-mana pelajar ditinggalkan walaupun dikategorikan sebagai lemah, atau pendidikan khas iaitu menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira. Oleh itu mungkin pada peringkat paling awal iaitu Tahun 3, guru perlu menilai dan memastikan membuat laporan pencapaian pelajar sama ada telah menguasai perkara asas atau tidak. Untuk Tahun 5 dan 6 kita kena buat intervensi. Jika pelajar tidak boleh menulis, membaca dan mengira dengan baik maka guru mesti ada intervensi untuk menyelesaikan masalah pendidikan asas.
|
|
MINGGUAN: Apa pandangan Datuk tentang isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?
MOHD ALI: Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik.
Ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan fizikal (PQ), emosi, (EQ), rohani (SQ), intelek (IQ) dan saya tambah FQ atau kecerdasan kekeluargaan. Semua ini penting dalam keadaan masyarakat majmuk seperti Malaysia dan lebih penting kita tidak mahu anak-anak kita hanya berjaya dalam akademik semata-mata. Ini juga selaras dengan dasar yang mahu dibawa oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu pelajar satu sukan. Ini bagus kerana apabila pelajar mempunyai badan yang sihat otak mereka juga sihat. Ini membantu pelajar apabila meningkat dewasa tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja yang bersifat akademik dan fakta semata-mata.
Jika kita lihat sekarang ini para pelajar sebenarnya terlalu tertekan dengan peperiksaan. Selain itu pelajar juga dilihat agak ketinggalan dalam bidang bahasa. Jika kita bandingkan dengan penguasaan bahasa pelajar di Singapura misalnya pelajar kita ketinggalan dari segi komunikasi mahupun dalam menyampaikan buah fikiran.
Bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?
MOHD ALI: Bagi saya adalah penting para pelajar terutama di peringkat rendah mahupun di sekolah menengah benar-benar memahami dan menguasai kaedah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini kerana perkara ini adalah asas dalam pembelajaran. Tanpa mereka menguasai 3M, bagaimana mereka hendak meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi selain meningkatkan tahap mentaliti dan pemikiran mereka.
Oleh itu kita perlu memperhebatkan lagi proses 3M ini untuk mereka memajukan tahap pemikiran mereka dan kemudian dapat terus membudayakan sifat membaca kerana ia mengasah minat mereka sama ada dalam bidang sains, teknologi, pengiraan, sastera dan sebagainya. Sekarang ini selepas sahaja habis peperiksaan tidak ada budaya membaca kerana mereka belajar hanya untuk peperiksaan dan budaya inilah yang akan meningkatkan pemahaman dan kecenderungan mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju budaya membaca adalah asas yang sangat penting.
Sumber;