Wednesday, October 31, 2012

Pendaftaran BRIM 2.0 Mulai November 2012 - Individu Bujang

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November 2012 ini. Pendaftran atau permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah. 


Syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.
 
Marilah semua golongan Belia individu bujang seramai 2.7 juta orang menafaatkan bantuan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan.
 
 
 

By hAng keBun with

Thursday, October 25, 2012

Penyembelihan Dalam Islam




TANGGAL 10 Zulhijah yang bakal menjelang tidak lama lagi sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia kerana bermula hari itu diikuti tiga hari tasyrik, ibadat korban dilakukan dengan penyembelihan haiwan seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim)
Islam ialah agama peradaban yang bukan hanya menggariskan prinsip moral dalam interaksi sesama manusia malah mencakupi interaksi dengan makhluk lain termasuk haiwan.
Menjelang ibadat korban yang bakal dilakukan nanti, sudah tentu ribuan atau jutaan haiwan korban akan dikeluarkan dari ladang serta pusat penternakan haiwan bagi memenuhi kehendak pasaran melalui darat, udara, air menggunakan kenderaan seperti lori, kapal terbang dan kapal laut.

Islam menitikberatkan kebajikan haiwan sewaktu dibawa menempuh perjalanan. Haiwan yang dibawa menaiki kenderaan perlu dipastikan keselamatannya. Haiwan tidak boleh dibiarkan dalam kenderaan bersesak-sesak hingga menimbulkan ketidakselesaan yang membawa kecederaan.

Jika perjalanan itu menempuh masa panjang, haiwan itu perlu diberi makan dan minum secukupnya. Begitulah indahnya adab dan ihsan dalam ajaran Islam walaupun kepada haiwan.

Amalan mengambil berat kebajikan dan melayani haiwan secara wajar ini dijanjikan pahala oleh Allah. Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, adakah kami mendapat pahala dengan melayani dan menyayangi haiwan ini? Rasulullah menjawab: Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala. (Hadis riwayat Muslim) 
Sementara itu, dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan kemurkaan Allah terhadap perbuatan seorang wanita yang menganiaya seekor kucing dengan mengurungnya serta tidak memberi makan, minum dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. (Hadis riwayat Muslim)

Islam menetapkan adab sembelihan yang melambangkan kemurnian Islam sebagai agama kasih sayang. Rasulullah SAW melarang sahabat menajamkan pisau di hadapan haiwan yang hendak disembelih.

Dalam satu riwayat lain, Saidina Ali melarang penyembelihan seekor biri-biri di hadapan sekumpulan biri-biri lain. Peristiwa ini membuktikan ajaran Islam mengambil berat kebajikan haiwan dengan menjaga emosi mereka daripada ketidakselesaan walaupun di saat akhir hayat.

Penyembelihan dalam Islam juga ialah untuk mematikan haiwan dengan cara yang meminimumkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah stunning yang digunakan beberapa negara Barat.

Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado, juga mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.

Hikmah di sebalik amalan sunat sewaktu penyembelihan juga menunjukkan ihsan ajaran Islam terhadap haiwan. Amalan memalingkan haiwan sembelihan ke arah kiblat serta bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi ialah penghormatan diberikan Islam kepada makhluk Allah.



Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


By hAng keBun with

Monday, October 22, 2012

Kemuliaan Zulhijjah jadi iktibar


Umat Islam wajar rebut hikmah, ganjaran mengerjakan haji

Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam termasuk antara empat bulan haram yang dinyatakan Allah dalam al-Quran. Kehadiran Zulhijjah amat dinanti-nantikan umat Islam terutama mereka yang sudah bersedia dari segala segi untuk menyahut seruan Ilahi melaksanakan ibadat haji. 


Zulhijjah juga menyaksikan tiga kemuliaan dalam satu bulan yang sewajarnya menjadi bahan renungan dan pengajaran bagi setiap Muslim yang bertakwa. Ketiga-tiga kemuliaan terhimpun pada Zulhijjah yang mulia itu ialah kemuliaan waktu, tempat dan musim haji. 

"Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya." - Hadis Riwayat Muslim

                                                        
                                                         Jemaah haji berjalan ke Padang Arafah untuk berwukuf.


Waktu afdal beribadat 


Kemuliaan waktunya ialah kerana kita berada pada bulan haji iaitu bulan haram yang setiap detiknya amat berharga di sisi Allah. Detik-detik keemasan sepanjang Zulhijjah adalah waktu afdal beribadat untuk mendekatkan diri ke hadrat Allah. 

Hari Arafah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, salah satu daripada rukun fardu haji. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari itu.

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada hari ‘Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya.” (Riwayat Muslim) 
Kemuncak daripada itu, hari Arafah adalah hari yang Allah bebaskan sesiapa hadir di padang ‘Arafah daripada api neraka. Oleh itu, keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam menzahirkan kegembiraan ke hadrat Allah.

Kemuliaan tempatnya pula ialah kerana jemaah haji berada di Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah. Sejak dunia mengenal peradaban, Baitullah telah berdiri tegak sebagai benteng akidah yang kukuh, tidak mudah digugat, apatah lagi dihapuskan. 

Sebaliknya segala propaganda dan perancangan musuh Islam sentiasa gagal dan tidak kesampaian. Justeru, Makkah dengan Baitullah diangkat sebagai simbol keimanan dan akidah. Pusat penyebaran dakwah Islam.

Taati perintah, larangan

Sehubungan itu, setiap jemaah haji atau umrah yang berada di Tanah Suci wajib memelihara kesucian tempat mulia ini dengan mentaati semua perintah, larangan serta peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa di sana.

Allah memberi peringatan keras terhadap sesiapa yang cuba melakukan kerosakan secara zalim di dalam Masjidil Haram. FirmanNya: “Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Hajj, ayat 25) 

Manakala kemuliaan musimnya ialah kerana Zulhijjah terkandung dalamnya ibadat yang besar ganjarannya di sisi Allah. Allah menyediakan ganjaran besar bagi Muslim yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan itu.

Kelebihan musim haji

Kemuliaan musim haji tidak dapat dinilai kebesarannya, kelebihannya dan keistimewaannya kerana inilah saat indah dilalui jemaah haji demi meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Segala hikmah dan pelbagai pengajaran yang terhimpun dalam musim haji sewajarnya dimanfaatkan jemaah haji bermula daripada kesatuan umat Islam yang datang daripada seluruh pelusuk dunia. Umat Islam di Tanah Suci disatukan oleh akidah.

Risalah Islam adalah risalah agung dan amanah yang cukup besar. Oleh itu, umat Islam memerlukan kepada satu kesatuan dan perpaduan ummah yang utuh dalam menghadapi ancaman serta cabaran pascamodenisme ini.

Jana akidah ampuh, jalin ikatan ukhuwah

Hanya di bawah naungan panji Islam dengan suluhan wahyu al-Quran dan sunnah Rasulullah, barulah umat Islam dapat bangkit berperanan sebagai umat terbaik dan contoh kepada sekalian alam.

Demikianlah kemuliaan Zulhijjah yang sewajibnya diambil iktibar bukan saja oleh jemaah haji, bahkan semua umat Islam untuk mengorak langkah menjana akidah tauhid yang ampuh dan menjalin ikatan ukhuwah.

By hAng keBun with

Sunday, October 21, 2012

Hi-Tea SKBK 2012 - Terbaik

Semalam merupakan antara program yang tidak aku lupakan iaitu Majlis Hi-Tea anjuran PIBG SK Bukit Kuda Klang.










Antara yang menarik ialah kerjasama di antara PAPITA bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Terima kasih kepada pimpinan Ybhg. Dato' M.Daud yang berjaya membawa beberapa artis seperti Joey BPR dan Kak Zaiton Sameon.

Sambutan memang amat menggalakkan sehingga tak cukup tempat duduk. Ini memberi gambaran program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang.

Terima kasih juga tidak terhingga kepada penyumbang dana bagi majlis ini. Jasa kalian tidak akan kami lupakan, hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikkan anda semua.Aminnnnnnnnnnnnn.

Moga dimasa akan datang ianya lebih hebat dan hebat lagi. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BUKIT KUDA KLANG.

By hAng keBun with

Sunday, October 7, 2012

Kejohanan Woodsball

Bagi mereka yang meminati sukan sebegini boleh menyertai dengan menghubungi nombor yang tertera di poster dibawah.

Semoga berjaya.....





By hAng keBun with

Saturday, October 6, 2012

Ejen diperlukan

Baru-baru ini aku diperkenalkan kepada Pengusaha dan Pembekal Keropok Losong di Meru. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini beberapa bulan yang lalu.


Aku dan beberapa orang rakan telah diberi peluang untuk merasai keenakan keropok losong ini sama ada dihidangkan secara rebus mahupun goreng, rasanya memang berbeza.

Jika ada mana-mana rakan-rakan bloger atau usahawan-usahawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan ini boleh meninjau http://wfzglobal.blogspot.com .

Dan juga boleh menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.


Terima kasih, mudah-mudahan jaringan yang kita lakukan ini dapat memberi manafaat yang berguna kepada diri kita dan semua sahabat sekeliling kita.

By hAng keBun with
Related Posts with Thumbnails