Thursday, December 13, 2012

Warga emas 100 tahun tetap mahu mengundi


 "Kalau masih dipanjangkan umur, Pak Long akan tetap keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Semoga Allah panjangkan usia Pak Long supaya dapat mengundi lagi," demikian kata Othman Daud dari Kampung Tanah Liat, Mukim 8 di sini yang menyambut hari lahirnya yang ke-100 hari ini.

Beliau berkata, beliau mula mengundi sejak pilihan raya umum pertama pada 1959 dan tidak pernah terlepas keluar mengundi pada setiap kali pilihan raya diadakan. 


Hari lahirnya diraikan dengan meriah oleh sanak-saudara dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya. 


Namun beliau tidak pernah berkahwin kerana lebih selesa hidup bersendirian. 

Ditanya pemberita mengenai rahsia beliau kekal sihat, Pak Long berkata, beliau sering mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan ulam-ulaman termasuk pucuk 'maman'.

"Tak dak sebarang petua yang diamalkan untuk kekal sihat. Rutin harian Pak Long seperti biasa. Sejak muda lagi selepas solat Subuh, Pak Long akan bersarapan sebelum kayuh basikal kira-kira satu kilometer ke bendang.

"Jam 11 pagi, Pak Long balik berehat dan pi balik ke bendang lepas Zohor. Sekurang-kurangnya empat jam Pak Long di bendang setiap hari," katanya. 
Mengenai keluarganya, Othman adalah anak sulung daripada 12 adik- beradik berkata hanya dua adik perempuan dan seorang adik lelakinya yang masih hidup.

"Lapan lagi adik beradik Pak Long dah meninggal. Pak Long tinggal dengan anak saudara Pak Long, Faridah Ariffin dan dua adik perempuan Pak Long yang berusia 71 dan 75 tahun.

"Faridah yang jaga makan pakai kami," tambahnya.

Penglihatannya masih jelas dan tidak memerlukan cermin mata untuk membaca atau melaksanakan aktiviti harian.

"Pak Long juga suka membaca dan Alhamdulillah mata masih OK dan tidak perlu cermin mata. Sehingga hari ini Pak Long rasa bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit," katanya dengan wajah yang ceria.

Faridah, 44, berkata beliau tidak sukar menjaga bapa saudaranya itu yang masih kuat untuk menguruskan keperluannya sendiri.

"Saya bekerja sebagai operator pengeluaran dan sekiranya tidak sibuk, saya masak untuk tengah hari dan jika tidak, Pak Long akan makan di luar. 

"Pak Long mengerjakan sawah hanyalah untuk mengisi masa terluang, kerana dia sudah biasa tidak boleh duduk diam sejak muda," tambahnya.

Di samping itu Othman mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. - BERNAMA

By hAng keBun with

Monday, November 26, 2012

Ape bezanye 'keeper' Malaysia dgn Singapura - renung2 kan

Semalam bermulanya kempen pertandingan Piala Suzuki 2012 di mana Malaysia selaku juara bertahan.


Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini.








By hAng keBun with

Sunday, November 25, 2012

'Ini cara kami cegah gejala maksiat' - ada berani


PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.
Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.
Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.
"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



By hAng keBun with

Saturday, November 24, 2012

Hari Asyura


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.



Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa 

Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya’allah..Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.




By hAng keBun with

Monday, November 19, 2012

45,054 calon dapat 5A UPSR 2012

PENGARAH Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, Dr Na'imah Ishak menunjukkan Laporan Pengumuman Keputusan Peperiksaan Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 di Putrajaya, hari ini.


 Seramai 45,054 calon UPSR (8.94 peratus) berjaya memperoleh 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu. 

Jumlah itu merangkumi 27,681 (10.61 peratus) calon bandar dan 17,329 (7.51 peratus) calon luar bandar. 



Perkara itu diumumkan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, Dr Na'imah Ishak. 


Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini. 

By hAng keBun with

Wednesday, October 31, 2012

Pendaftaran BRIM 2.0 Mulai November 2012 - Individu Bujang

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November 2012 ini. Pendaftran atau permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah. 


Syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.
 
Marilah semua golongan Belia individu bujang seramai 2.7 juta orang menafaatkan bantuan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan.
 
 
 

By hAng keBun with

Thursday, October 25, 2012

Penyembelihan Dalam Islam




TANGGAL 10 Zulhijah yang bakal menjelang tidak lama lagi sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia kerana bermula hari itu diikuti tiga hari tasyrik, ibadat korban dilakukan dengan penyembelihan haiwan seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim)
Islam ialah agama peradaban yang bukan hanya menggariskan prinsip moral dalam interaksi sesama manusia malah mencakupi interaksi dengan makhluk lain termasuk haiwan.
Menjelang ibadat korban yang bakal dilakukan nanti, sudah tentu ribuan atau jutaan haiwan korban akan dikeluarkan dari ladang serta pusat penternakan haiwan bagi memenuhi kehendak pasaran melalui darat, udara, air menggunakan kenderaan seperti lori, kapal terbang dan kapal laut.

Islam menitikberatkan kebajikan haiwan sewaktu dibawa menempuh perjalanan. Haiwan yang dibawa menaiki kenderaan perlu dipastikan keselamatannya. Haiwan tidak boleh dibiarkan dalam kenderaan bersesak-sesak hingga menimbulkan ketidakselesaan yang membawa kecederaan.

Jika perjalanan itu menempuh masa panjang, haiwan itu perlu diberi makan dan minum secukupnya. Begitulah indahnya adab dan ihsan dalam ajaran Islam walaupun kepada haiwan.

Amalan mengambil berat kebajikan dan melayani haiwan secara wajar ini dijanjikan pahala oleh Allah. Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, adakah kami mendapat pahala dengan melayani dan menyayangi haiwan ini? Rasulullah menjawab: Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala. (Hadis riwayat Muslim) 
Sementara itu, dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan kemurkaan Allah terhadap perbuatan seorang wanita yang menganiaya seekor kucing dengan mengurungnya serta tidak memberi makan, minum dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. (Hadis riwayat Muslim)

Islam menetapkan adab sembelihan yang melambangkan kemurnian Islam sebagai agama kasih sayang. Rasulullah SAW melarang sahabat menajamkan pisau di hadapan haiwan yang hendak disembelih.

Dalam satu riwayat lain, Saidina Ali melarang penyembelihan seekor biri-biri di hadapan sekumpulan biri-biri lain. Peristiwa ini membuktikan ajaran Islam mengambil berat kebajikan haiwan dengan menjaga emosi mereka daripada ketidakselesaan walaupun di saat akhir hayat.

Penyembelihan dalam Islam juga ialah untuk mematikan haiwan dengan cara yang meminimumkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah stunning yang digunakan beberapa negara Barat.

Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado, juga mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.

Hikmah di sebalik amalan sunat sewaktu penyembelihan juga menunjukkan ihsan ajaran Islam terhadap haiwan. Amalan memalingkan haiwan sembelihan ke arah kiblat serta bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi ialah penghormatan diberikan Islam kepada makhluk Allah.



Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


By hAng keBun with

Monday, October 22, 2012

Kemuliaan Zulhijjah jadi iktibar


Umat Islam wajar rebut hikmah, ganjaran mengerjakan haji

Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam termasuk antara empat bulan haram yang dinyatakan Allah dalam al-Quran. Kehadiran Zulhijjah amat dinanti-nantikan umat Islam terutama mereka yang sudah bersedia dari segala segi untuk menyahut seruan Ilahi melaksanakan ibadat haji. 


Zulhijjah juga menyaksikan tiga kemuliaan dalam satu bulan yang sewajarnya menjadi bahan renungan dan pengajaran bagi setiap Muslim yang bertakwa. Ketiga-tiga kemuliaan terhimpun pada Zulhijjah yang mulia itu ialah kemuliaan waktu, tempat dan musim haji. 

"Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya." - Hadis Riwayat Muslim

                                                        
                                                         Jemaah haji berjalan ke Padang Arafah untuk berwukuf.


Waktu afdal beribadat 


Kemuliaan waktunya ialah kerana kita berada pada bulan haji iaitu bulan haram yang setiap detiknya amat berharga di sisi Allah. Detik-detik keemasan sepanjang Zulhijjah adalah waktu afdal beribadat untuk mendekatkan diri ke hadrat Allah. 

Hari Arafah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, salah satu daripada rukun fardu haji. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari itu.

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada hari ‘Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya.” (Riwayat Muslim) 
Kemuncak daripada itu, hari Arafah adalah hari yang Allah bebaskan sesiapa hadir di padang ‘Arafah daripada api neraka. Oleh itu, keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam menzahirkan kegembiraan ke hadrat Allah.

Kemuliaan tempatnya pula ialah kerana jemaah haji berada di Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah. Sejak dunia mengenal peradaban, Baitullah telah berdiri tegak sebagai benteng akidah yang kukuh, tidak mudah digugat, apatah lagi dihapuskan. 

Sebaliknya segala propaganda dan perancangan musuh Islam sentiasa gagal dan tidak kesampaian. Justeru, Makkah dengan Baitullah diangkat sebagai simbol keimanan dan akidah. Pusat penyebaran dakwah Islam.

Taati perintah, larangan

Sehubungan itu, setiap jemaah haji atau umrah yang berada di Tanah Suci wajib memelihara kesucian tempat mulia ini dengan mentaati semua perintah, larangan serta peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa di sana.

Allah memberi peringatan keras terhadap sesiapa yang cuba melakukan kerosakan secara zalim di dalam Masjidil Haram. FirmanNya: “Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Hajj, ayat 25) 

Manakala kemuliaan musimnya ialah kerana Zulhijjah terkandung dalamnya ibadat yang besar ganjarannya di sisi Allah. Allah menyediakan ganjaran besar bagi Muslim yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan itu.

Kelebihan musim haji

Kemuliaan musim haji tidak dapat dinilai kebesarannya, kelebihannya dan keistimewaannya kerana inilah saat indah dilalui jemaah haji demi meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Segala hikmah dan pelbagai pengajaran yang terhimpun dalam musim haji sewajarnya dimanfaatkan jemaah haji bermula daripada kesatuan umat Islam yang datang daripada seluruh pelusuk dunia. Umat Islam di Tanah Suci disatukan oleh akidah.

Risalah Islam adalah risalah agung dan amanah yang cukup besar. Oleh itu, umat Islam memerlukan kepada satu kesatuan dan perpaduan ummah yang utuh dalam menghadapi ancaman serta cabaran pascamodenisme ini.

Jana akidah ampuh, jalin ikatan ukhuwah

Hanya di bawah naungan panji Islam dengan suluhan wahyu al-Quran dan sunnah Rasulullah, barulah umat Islam dapat bangkit berperanan sebagai umat terbaik dan contoh kepada sekalian alam.

Demikianlah kemuliaan Zulhijjah yang sewajibnya diambil iktibar bukan saja oleh jemaah haji, bahkan semua umat Islam untuk mengorak langkah menjana akidah tauhid yang ampuh dan menjalin ikatan ukhuwah.

By hAng keBun with

Sunday, October 21, 2012

Hi-Tea SKBK 2012 - Terbaik

Semalam merupakan antara program yang tidak aku lupakan iaitu Majlis Hi-Tea anjuran PIBG SK Bukit Kuda Klang.










Antara yang menarik ialah kerjasama di antara PAPITA bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Terima kasih kepada pimpinan Ybhg. Dato' M.Daud yang berjaya membawa beberapa artis seperti Joey BPR dan Kak Zaiton Sameon.

Sambutan memang amat menggalakkan sehingga tak cukup tempat duduk. Ini memberi gambaran program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang.

Terima kasih juga tidak terhingga kepada penyumbang dana bagi majlis ini. Jasa kalian tidak akan kami lupakan, hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikkan anda semua.Aminnnnnnnnnnnnn.

Moga dimasa akan datang ianya lebih hebat dan hebat lagi. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BUKIT KUDA KLANG.

By hAng keBun with

Sunday, October 7, 2012

Kejohanan Woodsball

Bagi mereka yang meminati sukan sebegini boleh menyertai dengan menghubungi nombor yang tertera di poster dibawah.

Semoga berjaya.....





By hAng keBun with

Saturday, October 6, 2012

Ejen diperlukan

Baru-baru ini aku diperkenalkan kepada Pengusaha dan Pembekal Keropok Losong di Meru. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini beberapa bulan yang lalu.


Aku dan beberapa orang rakan telah diberi peluang untuk merasai keenakan keropok losong ini sama ada dihidangkan secara rebus mahupun goreng, rasanya memang berbeza.

Jika ada mana-mana rakan-rakan bloger atau usahawan-usahawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan ini boleh meninjau http://wfzglobal.blogspot.com .

Dan juga boleh menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.


Terima kasih, mudah-mudahan jaringan yang kita lakukan ini dapat memberi manafaat yang berguna kepada diri kita dan semua sahabat sekeliling kita.

By hAng keBun with

Tuesday, September 4, 2012

Pereka Grafik diperlukan

Salam, ada jawatan kosong sebagai Pereka Grafik ditawarkan kepada mereka yang layak;


JANTINA : PEREMPUAN
KELULUSAN : SPM (BERPENGALAMAN)
LOKASI : KLANG
HUBUNGI : 010-3065879

By hAng keBun with

Tuesday, August 28, 2012

Motor Roda 3 Buatan Malaysia

 

 SA Side Car Bucket CT100

Model SA Side Car Bucket CT100 adalah model ketiga dihasilkan bagi memenuhi kehendak pasaran semasa.  Binaan SA Side Car Bucket CT100 masih lagi mengekalkan penggunaan fibre glass berstruktur 2 lapisan (luar dan dalam) yang kukuh dan tahan lasak. 

Walaupun SA Side Car Bucket CT100 dibina ringkas, ciri-ciri keselamatan dan aksesori asas masih dikekalkan untuk menjamin keselamatan penunggang.

Antara aksesori asas adalah :
(i)    lampu signal bahagian belakang Side Car
(ii)   Sticker keselamatan pantul cahaya
(iii)   2 unit Reflector berbentuk bulat


Pihak kami akan menguruskan segala aspek dari pembinaan Side Car hinggalah ke pemeriksaan pihak yang berwajib dan pembelian insurans untuk bakal pembeli.  Harga 
yang ditawarkan adalah harga di atas jalan dan ianya harga mampu milik.






Model kedua SA Side Car Box GT128 'Mobile Ice Blended'

Model ini menjadi contoh kepada kepelbagaian perniagaan yang boleh dijalankan menggunakan SA Side Car Box GT128 keluaran syarikat kami.

Kami mampu untuk membina dan merekabentuk pelbagai jenis lagi model untuk pelbagai jenis perniagaan.

Model ini telah pun berada di pasaran.






SA Side Car Box GT128 'Mobile Food Kiosk' dibina menggunakan fibre glass berstruktur yang teguh dan tahan karat.  Anda boleh berniaga nasi lemak, nasi campur atau lain-lain perniagaan yang sesuai dengan aksesori yang disediakan.  Aksesori yang disediakan ialah :
(i)    1 unit tong nasi
(ii)   6 unit bekas lauk stanless steel
(iii)  1 stor untuk menyimpan barang-barang seperti pembungkus nasi, plastik dan lain-lain.

Ianya amat mudah dikendalikan, hanya perlu berhenti di lokasi yang dikehendaki.  Kemudian hanya perlu membuka
(i)    payung 
(ii)   penutup Side Car

Anda boleh mula berniaga dengan senyuman lebar tanpa perlu penat menyusun barang-barang dan dengan mudah dapat memastikan tempat anda berniaga sentiasa bersih dan kemas.  

Tempat menyimpan barang-barang disediakan di bahagian belakang Side Car.  Anda hanya perlu membuka pintu untuk mengambilnya. 



ingin melihat sendiri, hubungi saya untuk menetapkan temujanji, 
Shahrir di talian 010-3065879

Untuk keterangan lanjut ;
Sila sms atau hubungi saya Shahrir di talian +6010-3065879.
atau email : shahrirjani@gmail.com.


"PINJAMAN DISEDIAKAN"



By hAng keBun with

Thursday, August 23, 2012

Perhatian semua warga Klang





By hAng keBun with

Wednesday, August 22, 2012

Kereta Untuk Disewa

Untuk perhatian semua sepupu ku ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri.

jadi kepada mereka yang berminat boleh meninjau laman sesawangnya http://www.keretasewakajangbangi.com/ untuk maklumat lanjut.





By hAng keBun with

Tuesday, August 21, 2012

Peluang merapatkan hubungan

Saya sekeluarga mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua saudara mara serta sahabat handai.


Disamping kita bermaaf-maafan, hubungan kita sesama kita juga akan bertambah erat dan mendoakan agar ia terus berpanjangan hingga bila-bila dan bukan hanya bermusim sahaja.

Sikap kita semasa memandu juga harus diambil perhatian. Aku mengingatkan diri ku dan semua agar lebih berhati-hati dalam pemanduan dan senantiasa ingat orang tersayang. Jangan memandu mengikut perasaan, gunakan akal fikiran yang telah diberi oleh Allah.

By hAng keBun with

Thursday, August 2, 2012

Terima kasih Denaihati

Semalam dapat jemputan berbuka puasa di Shah Alam anjuran Denaihati. Disamping tu dapat juga berkenalan dengan beberapa orang bloger.


Bila tengok suasana ni rasa semangat datang kembali untuk aku berblog....hehehe

Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Denaihati...

Kepada Puan Rosyidayu Che Mat mohon kebenaran untuk copy gambor yer...

By hAng keBun with

Saturday, May 26, 2012

Tema Hari Belia 2012 : "JUTAAN PELUANG, RIBUAN KERIANGAN"


PEMBANGUNAN belia ke arah gaya hidup positif dapat ditakrifkan sebagai satu proses untuk menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan kedewasaan melalui aktiviti yang diselaraskan kerajaan bagi mencapai satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang.
Memperkasa generasi belia negara memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif yang dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam kepemimpinan, gaya hidup, mencungkil bakat, potensi diri dan kebolehan yang ada pada seseorang belia atau remaja.



Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan pihak kementerian serta pertubuhan belia wajar menarik lebih ramai golongan ini untuk menyertai persatuan dan mengikuti program yang dijalankan.
Ini menyebabkan belia yang tidak mendaftar dengan pertubuhan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai program anjuran kementerian berikutan kebanyakan mereka tidak tahu aktiviti yang diadakan. Mereka ini golongan terpinggir yang tidak harus dibiarkan tanpa hala tuju.

Adalah disarankan, bekas ahli Rakan Muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah melepasi had umur menyertai pertubuhan dan pergerakan yang menjadi perintis kepada pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan.

Menurut tokoh belia, Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong, bilangan belia dan remaja di negara ini memang ramai, namun minat kepada kerja sukarela hanya mengikut musim.
Apa yang penting minat mendalam mesti disemai di kalangan belia untuk menyertai persatuan mengikut minat masing-masing.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang terbabit dengan persatuan belia adalah berdasarkan minat mendalam yang bermula di peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan, tetapi sekarang kebanyakan belia akan bertanya apa yang mereka boleh dapat jika menganggotai sesebuah persatuan belia di negara ini.
Selain itu katanya, ada pemimpin belia kini hanya ingin mencari pengaruh dan sokongan untuk berjaya dalam bidang lain seperti politik dan sanggup membuat atau membiayai aktiviti dijalankan. Setiap aktiviti hanya bermusim yang seharusnya dilakukan sepanjang tahun.

Beliau menyatakan, setiap belia atau remaja yang ingin aktif dalam sesebuah persatuan belia mesti melihatnya dari sudut nilai seni dan kebajikan. Kepemimpinan belia adalah seni melalui kerja sukarela seperti sumbangan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan banyak membentuk nilai murni dan gaya hidup serta sikap yang baik dalam diri golongan belia.

Beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari Pertubuhan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan bergiat dalam persatuan belia selama lebih 40 tahun, melihat persatuan belia dan kegiatan belia wajar diperkasakan semula sebagai pembentuk pemimpin pelapis negara pada masa depan. Belia tidak akan menjadi pemimpin sebelum belajar menurut dan dipimpin. Beliau menyarankan pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh persatuan belia meliputi sukan, kebudayaan, keilmuan, ekonomi, sosial dan politik. Jika dulu persatuan belia mengadakan forum, seminar dan kursus penulisan mendapat sambutan hangat daripada belia, aktiviti itu harus dihidupkan semula pada masa kini.

Kepemimpinan belia dapat diwujudkan melalui pelbagai program dan aktiviti bagi menarik belia menyertai pertubuhan belia seperti Program Satu Komuniti Satu Persatuan Belia bagi menarik 10 juta belia dan remaja di negara ini yang belum mendaftar dengan pertubuhan belia.

Kecenderungan belia di desa pada masa kini lebih kepada bidang pertanian, keusahawanan dan penternakan. Bidang ini jika diusahakan secara bersungguh- sungguh akan menjamin pendapatan dan kehidupan di desa. Oleh itu, persatuan belia di desa wajar mengadakan aktiviti seperti kursus penternakan ikan air tawar, ikan sangkar, kambing biri-biri, lembu, ayam kampung dan sebagainya.



Mereka juga inginkan pendedahan kepada bidang perniagaan kecil-kecilan seperti terbabit dalam pertanian sebagai perniagaan. Contohnya perniagaan runcit, usahawan tani, peniaga pasar malam dan pasar tani yang dapat memberikan pulangan bagi menjamin kehidupan di desa dan di pinggir bandar. Selain itu, mereka juga berminat dalam lapangan sukan seperti bola sepak bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Sementara belia di bandar dan di kota lebih berminat kepada bidang perniagaan yang berskala sederhana, seperti bidang francais, bidang kemahiran dan bidang keusahawanan. Mereka juga mengisi masa lapang dengan sukan lasak dan sukan lain seperti go-kart, papan luncur dan sebagainya.

Pertubuhan dan persatuan belia di desa dan bandar mesti mengadakan aktiviti seperti kursus dan program yang menjurus kepada minat belia di mana sesebuah persatuan itu diwujudkan. Pemimpinnya mesti faham kehendak dan ke arah mana belia itu akan dibawa di bawah kepemimpinannya.

Bagi memperkasa dan menjana semula pendekatan baru melalui aktiviti berfaedah dan dapat menarik minat golongan belia menyertai sesebuah persatuan. Tanggungjawab pembangunan belia bukan terletak pada kerajaan semata-mata. Ia boleh digerakkan melalui kepemimpinan setempat. Aktiviti keilmuan seperti kursus kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan mesti dipertingkatkan.

Justeru, Majlis Perundingan Belia Nasional tidak lama dulu meluluskan dan menyenaraikan 11 perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan belia nasional. Antaranya teras pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan sumber manusia, program Rakan Muda, sistem penyampaian, peranan media dan komunikasi, peranan pertubuhan belia, pembangunan belia tidak berpersatuan, pembangunan kepemimpinan, penyelidikan dan pembangunan, politik dan integrasi nasional.

Pelan tindakan ini dengan sendirinya menunjukkan semua pihak ingin membangunkan belia dengan perkara positif sekali gus akan menghindarkan mereka daripada terjerumus dalam gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan belia sebagai pemimpin negara.

Pembangunan belia menghadapi banyak cabaran dalam alaf ke-21 ini. Realiti yang berlaku kepada golongan belia hari ini, mereka wajar merancang untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup pada masa depan.

Selain itu, kepemimpinan belia mesti diterajui belia yang faham terhadap minat dan kehendak golongan itu Kesimpulannya, bagi memperkasa pembangunan belia di negara ini, setiap pemimpin belia harus memasuki perspektif baru yang lebih dinamik dan saintifik. Majlis Perundingan Belia Negara wajar mengadakan penyelidikan tentang kehendak belia merangkumi minat, arah dan tujuan, serta gaya hidup.

By hAng keBun with
Related Posts with Thumbnails